Flashback !

125 9 0
                                    

Flashback setahun yang lalu,

"Broo..Kau tak okey ni..Kau demam ni.."ucap Mikail penuh kerisauan..Nuqman yang sempat tidak sedarkan diri membuatkan Mikail risau bukan main..Mana tak nya,dengan keadaan hidungnya yang berdarah dan suhu tubuh yang panas membuatkan Mikail sangat risau..Sungguh kuat kesan yang diberikan Alana sampai Nuqman boleh separah itu..

"A..Aku okey..Aku kena kejar Alana..Tolong bagitahu aku dia ada dekat mana.."pinta Nuqman sambil memicit kepalanya yang sedikit pening..Dunia seakan berputar pada pandangan mata nya..Namun dia tidak boleh lalai..Dia harus menemukan gadisnya..Memperjelaskan dan meminta maaf kepadanya..Nuqman tak nak berpisah..Dia bahkan tak menyebut langsung perkataan berpisah..Mana mungkin hal perpisahan hanya boleh diputuskan oleh sebelah pihak..Ini tidak adil..Disaat dia sedang cinta secintanya malah hubungan itu dihentikan..Dia akan berusaha mendapatkan kekasih hatinya kembali..Dia yakin Alana masih mencintainya..Alana akan kembali kepadanya..

"Maaf bang..Tapi aku cuma tahu Hil bawa Alana ke Amerika..Tapi mengenai lokasi tepatnya aku betul-betul tidak tahu.."Mikail beralasan

Masih ingat di benak Mikail akan pesan Hilman agar jangan sesekali bocorkan alamat baru Alana kepada Nuqman..Hilman ingin Nuqman berhenti menganggu adiknya..

"Biarkan mereka berpisah..Lihat cinta mereka sekuat apa dalam ujian kali ni..Jangan mentang-mentang Alana cinta mati,bang Nuqman sesuka hati menyakitinya!"pesan Hilman yang sampai saat ini Mikail pegang erat..

Tanpa berfikir panjang Nuqman menempah sebuah tiket kapal terbang untuk pergi ke Amerika..Dia membeli asal-asalan tanpa tahu bandar mana yang akan Alana tempati..Nuqman sekadar mencuba nasib..Saat ini tempat yang bakal dia tuju adalah Washington,ibu kota bagi Amerika syarikat..Jika disana Alana tiada,dia akan usaha pergi ke bandar lainnya sampai lah dia bertemu semula dengan Alana..

"Bang bagus kalau kita pergi hospital..Ni bahaya ni..Macam mana kalau ada sesuatu jadi.."cadang Mikail

"Hehhh lalu apa?? Aku buang-buang masa?? Aku tahu badan aku macam mana..Sekarang ni yang penting Alana..Aku dah beli tiket..Malam ni aku akan ke Amerika"ucap Nuqman

"Kau jangan buat kerja gila bang..Kau ingat Amerika tu kecil??"

"Kehilangan Alana lagi membuatkan aku gila..Aku taknak kehilangan dia..Kemana pun Hil bawa dia aku akan cari sampai dapat"lalu Nuqman dalam keadaan terhuyung-hayang mulai berdiri dan melangkah pergi

"Aishhhhh kenapa semua buat benda gila ni!!" Mikail mulai mengejar Nuqman

Saat dia keluar Nuqman telah melajukan kenderaannya meninggal perkarangan rumah Mikail..Nak tak nak Mikail terpaksa menyusul kenderaan Nuqman menggunakan kenderaannya..

"Apa lah diorang ni..Semua serba serbi suka buat kerja gila..Penat aku"gumam Mikail sambil melajukan keretanya

Jelas dipandangannya Nuqman memandu kenderaannya dengan sangat laju..Hal ini makin membuat Mikail risau..Kalau tadi Nuqman dalam keadaan stabil mungkin Mikail masih boleh bernafas lega..Tapi disebabkan keadaan Nuqman yang tidak stabil dia takut sesuatu terjadi..Dan akhirnya ketakutan Mikail menjadi kenyataan..Saat matanya melihat Nuqman melanggar lampu isyarat yang sedang bertukar ke warna merah..

BRAGKKKK

Satu pelanggaran hebat berlaku depan mata Mikail...Kereta yang dipandu Nuqman berlanggar dengan sebuah lori treler...Kereta yang Nuqman pandu terpelanting jauh..Semuanya berlaku dalam masa yang sangat cepat..Mikail bahkan tidak sempat untuk melakukan apa-apa..Berbicara sahaja juga dia tidak mampu..

Beberapa detik kemudian,setelah melihat kenderaan Nuqman berhenti bergolek Mikail kemudian seakan tersedar dan dengan laju keluar dari keretanya..

Lalu lintas seketika sesak..Semua kenderaan berhenti kerana terhalang dengan kenderaan Nuqman..Mikail dengan nafas tercunggap-cunggapnya mendekati kenderaan Nuqman..Tanpa basah basi dan menunggu pihak penyelamat datang memberi bantuan,Mikail.lebih dulu lari dan membuka pintu kereta Nuqman..Dengan sigap dia mengeluarkan Nuqman..Semuanya berlaku sangat pantas..Dalam hitungan detik setelah Mikail berjaya membawa Nuqman menjauh dari kenderaannya,kenderaannya kemudian meletup..Untung sahaja ada Mikail..Paling tidak nyawa Nuqman masih sempat diselamatkan..Seakan dejavu bukan..Ya semuanya seakan dejavu..Kejadian yang hampir meragut nyawa Nuqman sama persis dengan kejadian yang meragut nyawa sahabat baiknya Amran...Bezanya Amran pergi buat selamanya saat menyelamatkan sang makcik tersayang..Manakala Nuqman diaelamatkan oleh Mikail..

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now