"Sharmiza Ardina Binti Ramly"ucap Feya di layar kaca telefon
Saat ini Feya,Nora,Lady Gee,Alana dan Neya sedang melakukan panggilan video berkumpulan..Mereka sedang membahas soal wanita misteri yang Alana dan Neya lihat di restoren bersama Nuqman...
"Dia ni siapa??"tanya Nora
"Anak angkat Tuan Jonathan"ucap Lady Gee pula
"Habis tu apa kaitan dengan tuan Nuqman"saat ini Nora masih memanggil Nuqman dengan gelaran tuan..Dia begitu menghormati Nuqman sama seperti arwah bos nya dahulu..
"Aishhh lantak lah anak siapa,dia ni nak cari pasal..Jangan harap aku akan maafkan dorang!"ucap Alana emosi
"Tenang...Hubungan dorang belum dapat kita pastikan..Entah-entah dorang dua ni rakan kerja.."tambah Neya pula
"Arggghhhhhh rakan kerja sampai ke restoren..Siap bagi jam bagaiii...Eeeee geram nya aku !!!"amuk Alana dan kesemua mereka langsung menutup telinga kerana suara kuat teriakan seorang Alana dapat didengar
Tak lama selepas itu,sebuah tangisan jelas terdengar..Neya pun langsung melihat ke arah Alana yang ada di sebelahnya..
"Lana..Lana kau okey??? Jangan laa overthinking dulu..Dorang mungkin kawan je"ucap Neya cuba menenangkan Alana yang saat ini sedang terisak
"Aku takut Neya..Macam mana kalau perempuan tu ada hati dekat abang Nuqman..Aku penat ulang benda yang sama..Aku penattt..hiks...hiks..."ucapnya sambil tersedu
"Kau nak aku culik tak budak tu??"tanya Lady Gee pula tanpa rasa bersalah
"Takkkkk"sambil menggelengkan kepala,Alana menolak keras tawaran dari Lady Gee..Dia tahu apa yang Lady Gee mampu lakukan dan dia tak nak langsung menghakimi perempuan yang bernama Sharmiza Ardina itu tanpa usul periksa..Alana memang berani melakukan apapun tapi dia takkan mengacau seseorang tanpa bukti kukuh..Namun tak dimungkiri,hatinya saat ini sangat sakit..
"Neya kau jaga si Lana ni..Aku risau budak ni buat peragai"Feya lagi bersuara
"Hemm jangan risau..Aku jaga dia.."ucap Neya..Seketika kesemua mereka lupa akan masalah yang Neya alami..Seketika fokus utama semua beralih ke arah Alana..Tujuan utama Alana yang kembali ke Malaysia untuk menghibur Neya berubah menjadi Neya yang menghiburnya..Neya juga yang sempat terpuruk kini jadi semakin ceria bagai tanpa beban kerana di fikirannya hanya ada Alana..
Mereka pun terpaksa mengakhiri panggilan video mereka saat Hilman telah kembali ke rumah dan menyuruh Alana serta Feya bersiap..Kerana malam itu,syarikat Hilman iaitu Art Life Corporation akan mengadakan sambutan ulang tahun mereka..Semua orang penting telah dijemput hadir begitu juga kedua orang tua Reena Natasya kerana orang tua Reena adalah rakan seperjuangan Tan Sri Hassan..
*****
"Sayang okey??"tanya Hilman sambil mengenggam tangan Neya..
"Hemm Neya okey.."memberikan senyuman tulusnya meski masih terlihat raut kesedihan..Mana tak nya kekecewaan yang dia alami dari orang yang dia tidak sangka-sangka sangat menyakitkan..
Dikhianati oleh musuh lebih baik dan tidak terasa sakitnya berbanding disakiti oleh orang yang kita percayai..Rasa kecewa terhadap orang yang mengkhianati dan kecewa dengan diri sendiri kerana dengan mudah membiarkan diri dipergunakan..
Mereka kemudian masuk ke dalam dewan,Alana juga saat ini duduk bersebelahan dengan Neya..Kedudukan mereka saat ini di sebelah kanan Neya adalah Hilman dan sebelah kirinya pula ada Alana..Nuqman yang baru datang juga dengan laju melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah kiri Alana..Namun jelas terpancar aura dingin yang diberikan oleh Alana terhadap Nuqman..Meski tidak tahu apa kesalahannya kali ini,Nuqman tetap bersabar dengan karenah Alana yamg terus-terusan membelakanginya..
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
Ficção Geral"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...