Kerasnya seorang Alana

102 6 0
                                    

"Bila??"suara Nuqman sedikit terkejut

"Tadi pagi lagi..Tu pun semalam baru dia bagitau"ucap Feya yang turut diiyakan oleh Faiq

"Kamu buat apa hah bro?? Cuba bagitahu?? Haaaaa kesalahan apa lagi kali ini yang kau perbuatkan.."Mikail mulai bersuara

"Dia salah faham..Dia ingat aku bertunang betul-betul dengan Feya"jawab Nuqman jujur

Plakk

"Bodoh ke?? Asal kau bertunang tak ajak??""ucap Mikail sambil mengusap telapak tangannya yang memerah selepas memukul kepala Nuqman..

"Pura-pura lah..Bukan bertunang betul-betul"jawab Nuqman malas

"Ahh aku ingat betul,kalau betul takpe juga..Nanti Alana aku yang ambik..Aku on je jadi kekasih hati dia"ucapnya selamba sambil memakan lolipop nya tapi dia langsung diberikan renungan maut dari Nuqman dan Faiq

"Kau akan balik Amerika ke?"tanya Faiq

"Tak..Aku perlu settlekan urusan disini..Lagipun ada hal aku kena buat untuk Hilman dan rumah anak yatim aku tu"jawab Nuqman serba salah..Disaat dirinya dilanda banyak masalah disitu juga hubungannya dengan Alana semakin rumit

"Takpe biar aku handle Alana.."jawab Mikail tiba-tiba dengan nada serius

"Maksud kau?"tanya Nuqman

"Aku ada cara untuk buatkan dia sedar..Relax bro aku takkan kebas milik orang..Aku ni lelaki berprinsip..Hahhaaha"jawab Mikail lalu masuk ke dalam rumah Hilman untuk bertemu dengan kedua orang tua Hilman atau lebih tepat untuk menumpang makan sarapan disana..Kerana selain masakan Puan Sri Rosnah yang sedap, makanan disana juga percuma dan tak terbatas..

"Jangan risau..Saya pun di sisi sir..Saya akan bantu hubungan sir dengan budak dungu tu"ucap Feya turut masuk ke dalam rumah

"Dia bukan budak dungu lah !!"suara Nuqman sedikit berteriak

"Hahaaha dia tak tapi kau iya"ucapan Faiq jelas terdengar di telinga Nuqman

Nuqman yang malas nak berdebat pun langsung melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah Hilman tapi niatnya cuma satu iaitu menyapa kedua orang tua sahabat nya yang sudah dia anggap seperti ibu bapa kandungnya sendiri kemudian dia akan langsung menuju ke rumah anak yatimnya untuk memeriksa keadaan disana..

Dia juga telah menyelidiki kisah dan trauma-trauma yang Neya hadapi atas permintaan Hilman dan mulai saat itu dia adalah doktor peribadi kepada Neya Adriana..

"Apaaaa??? Budak Hil tu nak kahwin auntie??"Auntie serius ka?? Ke ini hanya sebuah prank??"tanya Mikail terkejut mendengar berita yang baru sahaja Puan Sri Rosnah ceritakan

"Dia serius..Dia nak kahwin dengan Neya"ucap Feya menjawab bagi pihak Puan Sri Rosnah

"Asal kau terkejut??Kau tak suka ke diorang kahwin??Ke kau ada hati dekat Neya tu??"Faiq lagi bersuara seakan menyiasat sang sepupu

"Gilaa ke aku nak ada hati dekat Neya..Takdenya walaupun dia cantik tapi aku ni masih takut mati lagi..Kau ingat Hil akan lepaskan aku hmmm"selorohnya

"Kamu pun tahu Hil suka Neya??"tanya Puan Sri Rosnah lagi

"Auntie tanya orang yang tepat..Kalau auntie nak tahu saya ni lah saksi cinta anak auntie yang bertahun-tahun tu..Alasan ke tak nak berhubungan padahal dia tu dah jatuh cinta dekat Neya sejak tujuh tahun lalu"ucapnya dengan bangga

"Tujuh tahun??Kamu serius ni??Budak batu tu dah kenal Neya selama tujuh tahun??"tanya Puan Sri Rosnah seakan tak percaya..Selama ini anaknya kelihatan tidak berminat dengan mana-mana wanita yang dirinya jodohkan..Ternyata itu adalah alasan utama Hilman menolak semua perjodohan tersebut.

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now