Hari Konvokesyen menjelang tiba dan ketibaan sang kekasih dari Malaysia membuatkan hati Alana berbunga-bunga..Pagi itu Alana dengan bahagianya mempersiapkan diri untuk menjemput sang kekasih yang akan mendarat dalam beberapa jam lagi..
Nuqman yang sibuk dengan urusan klinik serta kelasnya tidak menghalang dirinya untuk menghadiri hari istimewa kekasihnya itu..Sesampainya dirinya di lapangan terbang dirinya sempat terkejut kerana sang kekasih telah menunggunya di balai ketibaan..
"Bie ~~"jerit kecil Alana yang terdengar sangat bahagia..
Tiada rasa selain bahagia yang dirasakan oleh Nuqman kerana kehadiran sang kekasih yang mengusik jiwa..Rasa bahagia hanya dengan melihat senyum indah sang kekasih..Betapa beruntungnya dirinya memiliki Alana gadis kecil yang dulu sering kali mengikut dirinya serta sang sahabat kemana sahaja..Terimbas kenangan dimana Amran masih ada,dulu Nuqman dan Amran sering menghabiskan masa berdua..Tak jarang Nuqman mendatangi sahabatnya itu di rumahnya dan kadang Amran sendiri menjenguknya di rumah kecilnya bersama sang adik-adik yang berada di bawah perlindungan Nuqman..
Teringat juga saat Nuqman bertamu di rumah Amran dan dengan mudah Alana mengikutinya kemana sahaja..Jarak umur 9 tahun menjadikan Nuqman tidak kekok melayani karenah Alana yang manja tanpa dirinya sedar bahawa dia dan Alana bertindak bukan sekadar adik dan abang..Malah keakraban mereka menjadikan bibit cinta muncul begitu sahaja..Walau sempat Nuqman nafikan perasaan sendiri tapi siapa boleh melawan takdir..Ternyata gadis kecil itu adalah wanita yang mampu membuatnya jatuh cinta secintanya melebihi perasaan apapun yang pernah dia rasakan terhadap mana-mana gadis yang dia kenali.."Sayang datang sorang??"tanya Nuqman sambil menatap lekat wajah sang gadis yang sebulan lebih tidak dia lihat..
"Hemm sorang..Sepatutnya ada Gee tapi dia tak jadi nak teman.."ucap Alana
"Gee??"Nuqman menautkan keningnya kehairanan,nama Gee baru pertama kali ini dia dengari..Siapa Gee? Persoalan itu yang muncul di benak fikiran Nuqman
"Gee kawan Lana juga selain Feya..Dia orang yang selamatkan Lana"ucap nya menjelaskan sambil tersenyum
"Menyelamatkan??"bertambah pening Nuqman kerana penjelasan yang kurang dari pihak sang kekasih
"Yang malam tu bie..Yang sayang hampir dilecehkan..Yang...."ucapan Alana terhenti kerana takut Nuqman akan merasa bersalah lagi kerana jelas itu adalah hal yang membuatkan keduanya sempat merenggang
"Faham..Boleh bawa bie jumpa dengan dia??"pinta Nuqman sambil memegang pipi sang kekasih lalu mencubitnya
"Auchhh !!"
"Sakit lah bie!!!! Ishhh"Alana mengusap pipinya sambil memuncungkan bibir tanda marah akan tindakan tiba-tiba sang kekasih..
"Asal comel sangat cinta hati bie ni..Ishhh geram"ucap Nuqman tanpa rasa bersalah
"Haa mula dah..Mulaaaa"Alan mulai merajuk
"Alolo jangan marah sayang..Naa balas bie..Cubit bie.."memberikan wajahnya agar sang kekasih membalas perbuatannya
Namun bukannya mencubit melainkan Alana meraih tangan sang kekasih dengan lembut lalu ingin mencium tangan sang kekasih tapi berubah secara drastik dengan mengigit lengan kekar sang kekasih..Dengan kuat Alana mengigitnya hingga meninggalkan bekas tapi seakan pelik saat tidak mendengar suara langsung dari kekasih hatinya..Saat Alana melepas gigitannya matanya langsung melihat ke arah Nuqman dan jelas melihat wajah merah padan yang menahan rasa sakit akibat menerima gigitan darinya..
"Sudah puas??"tatapan lembut Nuqman berikan
"Sudah.."jawab Alana sambil tersenyum lebar tanpa rasa bersalah
"Jum..Bie dah lapar"ucap Nuqman sambil mengenggam tangan Alana
"Tak sakit ke?"tanya Alana sambil memandang bekas gigitannya
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
General Fiction"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...