Satu persatu data yang ada di dalam sampul Alana baca..Satu persatu juga gambar yang ada dia teliti dan lihat dengan kedua matanya..Rasa sakit diabaikan selama setahun ternyata memiliki kisah di sebaliknya..Kedengaran tangis Alana yang amat menyakitkan..Dadanya sesak mengatur nafas..Tangannya tidak henti-henti memukuli dadanya yang kini terasa sangat sesak..Air matanya bercucuran bahkan cecair dari hidungnya turut mengalir..Alana merutuki dirinya sendiri..
"Bodoh !!!!"
"Bodoh !!!!"
"Bodoh kau Alana !!!!"
Tangannya bergetar sambil memegang gambar yang mana didalam gambar tersebut terlihat jelas seorang lelaki yang dia sangat cintai sedang bertarung nyawa..Terbaring lemah dengan kedua kaki di balut..Wajah yang penuh dengan lebam..Sungguh membuat hati Alana bagai disiat-siat dengan sesuatu benda yang tajam berulang kali saat melihat gambar tersebut..Disaat Nuqman hampir kehilangan nyawanya, Alana bahkan tiada disisi lelaki itu..Alana bahkan pergi jauh..Seandainya Nuqman tidak berjaya melepasi masa kritikal nya apakah dirinya takkan bertemu Nuqman buat selamanya dan hanya akan mendapat khabar kematiannya..Degg jantung Alana mulai terasa sakit..Membayangkan sahaja dia tidak mampu..Apatah lagi jika betul-betul menghadapinya..
Dengan tangan bergetar dan mata yang masih berair Alana menggapai telefonnya..Tanpa berfikir panjang dirinya menelefon Nuqman.
Tut....tut....tut....
Seketika Nuqman tidak mengangkat panggilan yang Alana buat..Namun kali kedua dia mencuba akhirnya terdengar jelas suara seorang lelaki yang dia rindui di hujung talian..
"Alana??"ucap Nuqman yang terasa pelik kerana Alana menelefonnya pagi-pagi buta
Bukannya bercakap Alana malah menangis sekuat-kuat hatinya..Tangisnya terdengar sangat menyakitkan bagai dia baru lepas disiksa..Nyatanya dia menangis kerana kebodohan dirinya selama ini..Kebodohannya yang terlalu egois dan pentingkan diri..
"Sayangg~~~"panggil Nuqman dengan suara lembut dan hal ini makin membuat Alana merasa bersalah
Tiba-tiba panggilan dimatikan..Alana seketika terkejut namun dia menyambung tangisnya..Dirinya sukar menahan rasa sakit yang dia rasakan saat ini..Sungguh dia menyesal
"Ma-maaf...Alana minta maafff~~"ucapnya berkali-kali lalu deringan telefonnya terdengar lagi namun kali ini bukan sebuah panggilan biasa melainkan panggilan video dari Nuqman..
Alana langsung mengangkat panggilan tersebut dan terpampanglah wajah risau seorang Nuqman Yusuf..Perbezaan waktu beberapa belas jam antara Malaysia dan Amerika seketika dilupakan..Disaat Nuqman yang sepatutnya sedang nyenyak dibuai mimpi malah dirinya memilih untuk membuat panggilan kepada Alana,gadis kecil nya yang jauh nun di Amerika..Dirinya sangat risau tatkala mendengar isakan dari gadis tersebut..
"Kenapa ni?? Ada yang ganggu Alana ke disana?? Cuba bagitahu abang" lembut suara Nuqman memujuk sang gadis..Seakan seorang abang memujuk adiknya
"Alana....Alana min-minta maaf..Huaaaaaaaaaaa"tangisnya pecah lagi dan lagi..
"Huhh???"Nuqman sedikit binggung namun dia cepat berfikir mungkin sahaja hati yang gadis itu jalani memang sangat berat
"Abangggg..Kenapa tak bagitahu pasal kemalangan tu..Alana minta maaffff hiks..hiks..."hidung Alana juga turut kelihatan merah dan matanya sangat sembap
"Alana dah tahu??? Padahal abang tak nak Alana tahu"ucap sendu Nuqman
"Tapi kenapa??Kenapa tak nak Alana tahu??"
"Abang tak nak gunakan benda tu untuk dapatkan kemaafan Alana.."ucap Nuqman lagi
"Abanggg~~"lirih Alana
"Hemmm..Abang tahu salah abang sangat besar..Dibandingkan apa yang abang rasa,hal tu tak sebanding apa yang Alana rasa..Abang minta maaf sayang..Ab..Abang bodob sebab tinggalkan sayang malam tu..Abang datang kembali dalam masa yang sudah sangat terlambat.."lirih Nuqman yang kini turut menangis..Kali ini mereka saling meminta maaf akan kejadian lalu..Mengungkit hal lalu juga tidak mudah bagi keduanya kerana mereka sama-sama merasa sakit yang ditinggalkan oleh hal tersebut..
"Alana dah maafkan abang~~"ucap Alana pelan
"Terima kasih sayang..Terima kasih..Lepas ni abang doakan sayang bahagia selalu meski bukan den-dengan abang..Maafkan abang gagal jadi lelaki ter-terbaik untuk sayang"bergetar suara Nuqman mengucapkan ayat tersebut..Jelas terasa ayat itu menyakitinya namun dia tetap ucapkan demi orang yang dia cintai..Ya dia hanya ingin Alana bahagia lagi..Bahagia dan selalu tertawa seperti dulu..Dia ingin Alana kembali ceria lagi..Definisi cinta yang sesungguhnya kini Nuqman rasai iaitu mencintai tanpa mengharapkan balasan..Meski dirinya akan selamanya menyendiri baginya tidak apa-apa..Nuqman bahkan telah memikirkan untuk mengabdikan dirinya dan hidupnya dengan kerjaya dan rumah anak yatim yang dia miliki..
"Tapi Alana tak bahagia!"Alana mula menangis lagi..Kini dirinya memeluk tubuhnya dan wajahnya ditekapkan ke lututnya..Terlihat jelas akan mata Nuqman keadaan kacau seorang Alana Naira saat ini..Tubuhnya bergetar dan bahunya yang turut sama bergetar menandakan saat ini dia menangis sesegukan..
"Heii sayanggg..Listen to me..Look at me Alana sayang"panggil Nuqman
"Taknak !!!! Abang dah tak sayangkan Alana kan !!! Sebab...Sebab tu ..Ab..Abang cakap macam tu..Hikss..hikss.."Alana masih menekupkan wajahnya di lututnya sendiri
"Sayangggg~~~~"panggil Nuqman lembut namun ada ketegasannya
Perlahan Alana menaikkan wajahnya dan menatap layar telefonnya..Terlihat wajah Nuqman yang memandang tepat ke arahnya..
"Hemmm"sahut Alana menahan tangisnya namun saat ini wajahnya terlihat sangat basah dengan airmatanya sendiri..Hidungnya turut bertambah merah..Matanya pula kelihatan sangat sembap dan semakin sepet..
"Cinta nya abang cuma buat Alana Naira seorang"ucap Nuqman tegas
"Tapi abang tak nak perjuangkan Alana"sambil memuncungkan bibirnya tanpa sedar hal ini membuatkan Nuqman beribu kali merasakan Alana kelihatan sangat gemas...Jika mereka tidak dipisahkan oleh jarak yang beribu batu mungkin saat ini Nuqman telah menghampiri Alana lalu memeluknya erat..
"Siapa cakap abang tak nak hemmm?? Kalau boleh abang akan perjuangkan Alana seumur hidup abang..Tapi abang sudah terlambatkan..Abang tak nak kacau kebahagiaan sayang"Nuqman mengatakan hal yang sejujurnya
"Ma..Maaf..Alana buat keputusan terburu-buru.."Alana menunduk lemah dan sedar akan kesalahannya..Sungguh dirinya sangat menyesal..Kini bukan hanya berkaitan dirinya dan Nuqman..Tapi ada hati orang lain yang dirinya pertaruhkan..
"Alana cinta Faiq??"soalan dari Nuqman berjaya buatkan jantung Alana seakan berhenti..Dirinya tidak mampu menjawab soalan lelaki itu..Dihatinya tidak pernah terdetik nama lelaki lain selain Nuqman Yusuf..Dia sedar cintanya masih milik seorang Nuqman..
Alana menggelengkan kepalanya dan tanpa dia sedar saat ini Nuqman tersenyum bahagia..Ternyata cinta Alana masih miliknya..
"Alana nak teruskan pertunangan??"tanya Nuqman lagi
Masih sama seperti tadi Alana hanya menggelengkan kepalanya..
"Alana masih cintakan abang?"Nuqman cuba bertanya lagi..Dia inginkan kepastian secara langsung dari wanitanya..
"Masihhh..Hiks..hiks..."Alana menyambung tangisnya
"Tunggu abang..Abang akan teman sayang untuk jelaskan semua dengan keluarga Faiq..Jangan buat keputusan terburu-buru lagi..Kali ni biar abang selesaikan dengan Faiq"ucap Nuqman lembut namun masih dengan ketegasannya..Tapi bibirnya tak lekang memberikan senyuman
Nuqman mengucapkan kata syukur akhirnya dia diberi peluang untuk bersama gadis kesayangannya..Dia bernafas lega akhirnya tembok yang Alana ciptakan kini berjaya dihancurkan..
"Sudahh jangan nangis..Abang tetap akan ada dengan sayang..Look at me sayang"ucap Nuqman dan langsung Alana menaikkan lagi wajahnya
"Abang cintakan Alana seorang..Abang janji abang takkan buat perkara bodoh tu lagi..I love you sayang..I love you.."ucap Nuqman menampilkan senyuman yang beserta lesung pipitnya
"Alana pun cintakan abang..I love you too abang.."Alana kini mulai tersenyum..Meski mata dan wajahnya sangat kacau namun di mata Nuqman saat ini Alana terlihat sangat comel..
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
General Fiction"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...