"Jaga diri"ucap Fahmi kepada Alana..Sedari awal dia sudah mengucapkan salam perpisahan kepada semua kawan-kawan sekerjanya namun baru hari ini dia dapat berjumpa dengan Alana..Itupun setelah Alana selesai menghabisi ujian semester akhirnya..
"Hemm..Kau takkan kembali ke sini lagi ke??"tanya Alana inginkan kepastian
"Kalau kau buat kerja betul-betul buat apa aku balik..Ingat buat kerja tu jangan sambil lewa..Aku malas jumpa kau lagi"gurau Fahmi..
"Hahahah kau ingat aku nak jumpa kau lagi.."balas Alana namun kemudian dia memeluk Fahmi..mereka bahkan telah lama menjadi rakan sepasukan dan Fahmi selama ini sering menjaganya dengan baik..Fahmi ibarat salah satu rakan terbaik yang dia miliki di Amerika selain Feya dan Lady Gee..Berkat Fahmi dia tidak pernah gagal dalam menjalankan misi yang diberikan ditambah Fahmi juga sanggup menolongnya menyiasat mengenai kegiatan kotor yang ibu tirinya lakukan..
"Asal lah hari tu kau tak bagitahu kau balik Malaysia..Kalau tak aku boleh kenalkan kau dengan keluarga aku..Selain Feya aku ada satu lagi kawan baik di Malaysia"ucap Alana kerana semasa dia di Malaysia balik sempena sambutan hari jadi pak longnya,Fahmi juga berada di Malaysia untuk mengurus segala urusan perpindahannya..
"Kau nak kenalkan dengan keluarga kau buat apa?? Nak jadikan aku menantu mereka?"selamba Fahmi mengucapkan ayatnya sambil mengangkat keningnya seakan menggoda Alana
"Kepala hotak kau..Aku tak teringin jadi bini kau lah..Ishhhh sengal betul"
"Sengal-sengal pun masa aku nak kembali ke Malaysia pandai juga kau nangis kan..Ellehh nampak sangat kau sayang aku..hahhahaha"
"Hemmm kadang kau ni macam minta pijak juga kan"ucap Alana malas
"Hahhahahh sudah..Sudah...Jangan merajuk...Esok lusa tulat tahun depan,kalau ada jodoh kita jumpa lagi..Kau kalau balik Malaysia bagitahu lah..Kita boleh lepak mamak"sambil tangannya memainkan rambut Alana
"Hahahha okey deal..Kau jangan tak balas chat pula..Kau jangan samakan aku dengan orang lain..Awas ehh kalau chat aku kau balas dalam hati je..Kau buat macam tu,aku terbang ke Malaysia hempuk kepala kau!"Alana menajamkan matanya dan seakan mengugut Fahmi namun yng terlihat di mata Fahmi hanya sebuah wajah yang menggemaskan..
"Baik tuan puteri..Okey lah..Flight aku tak lama ni..Aku chaw dulu..Ingat jangan gagal dalam misi..Kau luka sedikit,aku akan flying kick kau..Faham !"selepas mengucapkan kata-kata itu Fahmi pun bergerak meninggalkan Alana..Dirinya harus bergegas ke lapangan terbang..Alana hanya mengantar kepergiannya dengan sebuah senyuman..Senyuman seorang sahabat kepada sahabat nya..
"Jaga diri di sana fahmi"batin Alana lalu dia pun bergerak menuju ke sebuah tempat..Dia telah berjanji dengan Feya untuk menemaninya berbelanja..Dia juga berjanji untuk menceritakan mengenai hal Nuqman dan dirinya kepada Feya..Tanpa sedar Feya sebenarnya banyak membantu dalam menyedarkan Alana..Alana juga bakal mengenalkan Lady Gee kepada Feya..Dia ingin mereka berdua saling bersahabat..Sama seperti dirinya dengan Neya dan Nora..Baginya Feya dan Lady Gee sama pentingnya seperti Neya dan Nora..Alana juga berfikir ingin mengenalkan Lady Gee dengan sahabat di Malaysia nya itu..
*******
"Kenapa tak tahun depan je kau datang"serang Alana saat melihat sahabatnya yang datang terlambat..
"Alaa sorry lah Lana..Tadi jem oii.."alasan Feya..
"Kau yang janji jam ni tapi kau yang lambat..Ishh geram aku"gumam Alana
"Alaa aku betul-betul minta maaf..Hemm kau cakap apa kau nak..Aku belanja kau..Yang penting kau jangan marah-marah dah..Nanti cepat tua hahhahahhah"Feya cuba memujuk Alana
"Sudah lah kau..Oh yaa kita tunggu kejap..Kawan aku lagi sorang akan join kita..Tapi dia pergi toilet kejap.."ucap Alana lalu dia memainkan telefonnya..Lebih tepatnya sedang membalas pesanan dari seseorang yang berada jauh di Malaysia..Senyum di bibir terus bermekaran seakan dunia milik mereka berdua..
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
Fiction générale"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...