"NEYA"gumamnya
"Neya??"tanya doktor Ain
"Ada suara lelaki"tambahnya lagi
"Suara lelaki?? Maksud kamu masa koma ada suara lelaki sebut nama Neya??"teka doktor Ain
"Hemm..Suara tu yang buatkan saya sedar..saya kejar cahaya tu dan bila berjaya masuk ke dalam cahaya tu tiba-tiba saya sudah ada disini"tambahnya
"Mungkin nama kamu Neya"ucap Alina yang sedari tadi menjadi pendengar antara perbualan sahabatnya dengan wanita yang saat ini baru terbangun dari komanya
"Kamu ditemui dalam keadaan terluka dan kamu juga hamil muda..Sebab itu kami mengambil keputusan untuk rahsiakan diri kamu..Kalau kamu nak tahu saya seorang doktor manakala Kak Alina seorang jururawat dan kami bertugas di hospital yang sama..Fahmi pula seorang pegawai polis..Tapi keadaan kamu mencurigakan..Kami takut kamu dalam bahaya.."jelas doktor Ain
Wanita tersebut hanya mendengar semua yang mereka ceritakan bermula dari kejadian Alina menemuinya pinggir sungai dan apa sahaja yang terjadi sepanjang dirinya koma selama empat bulan..Tangannya terus menuju ke perutnya dan membelai perutnya sendiri
"Terima kasih kerana hadir"batinnya
"Mulai hari ni kami panggil kamu sebagai Neya.."ucap Fahmi dan diiringi oleh anggukan kedua wanita yang turut berjasa dalam penyembuhannya..
"Buat masa ni kamu jangan terlalu bergerak..Kita juga perlu perlahan-lahan latih kaki kamu.."jelas doktor Ain
"Tapi saya boleh berjalan semula kan..??"
"Boleh..Kamu cuma terlalu lama berehat..Itu yang buatkan otot kaki kamu kaku"sambil memberikan senyumannya agar Neya merasa tenang..
Hari demi hari berlalu,baik Alina,Fahmi dan kadang Ain turut membantu dalam melatih otot kaki Neya agar boleh bergerak seperti biasa semula..Fahmi juga sering memberikan perhatian kepada Neya kerana merasa kesian atas kesusahannya yang berbadan dua..Rasa sayang Fahmi kepada Wafiy dan kepada anak yang dikandung Neya sangat besar lantaran dia yang sedari kecil selalu merasa sendiri meski dibesarkan oleh ibu bapa Alina..Bukan tidak bersyukur tapi ada perasaan yang dia pendam selama ini..Membesar tanpa tahu identiti ibu bapa kandungnya membuatkan Fahmi merasa seakan dirinya anak yang telah dibuang dan tidak diinginkan...
"Wafiy anak kamu ke?"tanya Neya saat melihat Fahmi yang dengan penuh sabar menidurkan Wafiy yamg sedari tadi meragam..
"Ibu kandung dia meninggal masa melahirkan..Ayah kandung dia pula tak tahu ada dekat mana..Alina yang bawa dia ke sini dan jadi ibu angkat dia"ucap Fahmi tanpa sedar dirinya diperhatikan oleh Neya
"Ahh so Wafiy anak angkat kak Lina lah.."
"Yups..Dan anak angkat aku juga.."ucapnya masih sibuk mendodoikan Wafiy
"Beruntung Wafiy ada ibu dan ayah angkat macam korang.."
"Anak kau pun beruntung ada ibu kuat macam kau..Sumpah yaa aku takut kau tak mampu bertahan masa tu..Keadaan kau lemah sangat masa tu..Dan aku yakin anak kau pun akan kuat macam kau"balas Fahmi
"Hemm..Aku nak sembuh cepat..Aku perlu kerja..Takkan aku nak harap kau dengan kak Lina je.."ucap Neya
"Tak payah lah..Kau duduk rumah buat masa sekarang..Aku masih mampu tampung korang..Kalau kau nak bantu,kau bantu jaga Wafiy masa aku dan Lina kerja..Amacam?? Deal??"sambil menaikkan kening sebelah kanannya..
"Aku perhati je kau punya ayat..Fahmi kau umur berapa ehh??"tanya Neya curiga
"Err baru dua puluh enam.."
"Kau tak panggil Kak Lina dengan sebutam kakak.."ucap Neya
"Dia tu memang macam tu..dari kecil sampai sekarang selalu panggil Lina je..Hahahhhaa"Alina yang baru pulang dari shift malamnya menjawab ucapan yang dilontarkan oleh Neya..
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
General Fiction"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...