Hari masih tersangat pagi..Selesai solat subuh tadi,Neya memuntahkan lagi isi perutnya dan setelah itu dirinya berbaring serta meminta Hilman menemaninya..Hanya dengan haruman tubuh badan Hilman membuatkan rasa mual dan loya Neya berkurang..Dirinya amat selesa di dalam pelukan sang suami..Tanpa sedar keduanya tertidur dan saat jam di dinding menunjukkan pukul 9 pagi,Neya yang pertama terbangun langsung ingin bangun dari perbaringannya..Namun aktivitinya terhenti kerana rasa sakit kepala yang masih belum hilang..Neya langsung memegang kepalanya dan memicitnya pelan berharap agar rasa peningnya berkurang..
"Sayang masih pening??"ucap Hilman yang kini sudah terbangun..Tangannya langsung mengganti tangan sang isteri dan kini Hilman lah yang memicit lembut kepala sang isteri..
"Neya bodoh kan"ucap Neya sambil menundukkan kepalanya
"Ssstt jangan cakap macam tu..Sayang lihat abang"Hilman meraih dagu Neya dan membawa wajah Neya menghadap ke arah wajahnya..Hilman seakan mengerti saat ini apa yang isterinya tengah fikirkan.
"Bodoh dan tulus hanya memiliki sedikit perbezaan..Sayang tak bodoh sebab sayang anggap perkenalan dengam Reena adalah satu anugerah kan?"tanya Hilman
Neya yang mendengar hanya mengangguk..Tak dimungkiri dia memang merasa bahagia saat pertama kali kenal dengan Reena..Sifat lemah lembut dan cara permikiran yang hampir sama dan minat yang serupa membuatkan Neya suka bersahabat dengan Reena..Dia tulus menerimanya sebagai sahabat..Dia mengira Reena memilili hati tulus sama seperti sahabatnya yang lain ternyata tak semua yang baik diluar baik juga didalam..
"Dia tak hargai persahabatan yang korang jalankan..Dia manfaatkan ketulusan sayang..Bukan sayang yang bodoh tetapi dia lah yang bodoh.."
"Lepas ni sayang jangan fikir lagi pasal apa yang berlaku ni..Anggap semua adalah pengajaran dan pembelajaran bagi sayang untuk menjadi lebih kuat.."tambah Hilman lagi dan setiap ucapannya hanya dibalas anggukan oleh Neya
"Sayang dah boleh berdiri??"tanya Hilman saat Neya mulai meleraikan pelukan mereka dan ingin bergerak ke bilik mandi..
"Ya..Okey..Abang jangan risau yaa..Ni dah pukul 9..Abang tak kerja ke?"Neya menggapai tuala kecil dan bathrobe nya..
"Abang cuti..Hari ni kita pergi klinik yaa..Abang risau sayang muntah-muntah terus..."jawab Hilman
"Boleh tak kalau tak pergi??"pinta Neya namun belum sempat dijawab oleh Hilman,rasa mualnya datang lagi
Hueekkk
Hueekkk
"See sayang masih tak okey..Abang takut sayang kenapa-kenapa"sambil mengelus belakang badan Neya yang saat ini masih berusaha memuntahkan isi perutnya
Sedar akan apa yang Hilman katakan ada betulnya,akhirnya Neya pun hanya mengiyakan apa yang Hilman katakan..
******
"Kahwin??"ucap Feya kebinggungan
"Ya sayang..Daddy nak Feya kahwin dengan Farhan..Lagipun Farhan dah lama suka Feya.."ucap daddynya
"Tap-tapi daddy yakin? Feya tak cintakan dia daddy"
"Cintakan boleh tumbuh selepas kahwin..Lagipun dia sayang Feya..Kita ni sebagai perempuan lebih baik memilih lelaki yang mencintai kita daripada kahwin dengan lelaki yang kita cintai tapi tidak cintai kita sayang"kini mommynya lagi bersuara
"Kamu jangan risau,daddy takkan pilih lelaki yang akan sakiti kamu..Lagipun Farhan tu kaya..Bisnes papa dia akan buatkan bisnes keluarga kita lagi bertambah maju..Kamu pun akan hidup senang lepas ni"tambah daddynya
Namun Feya hanya diam dan seakan ragu..Baginya perkahwinan bukanlah hal yang main-main..Dia takut dirinya tidak mampu mencintai sang suami jika berkahwin tanpa perasaan..Dirinya juga belum mengenali lelaki yang dijodohkan dengan dirinya..Namun bila mengingat kehidupan sahabat-sahabatnya timbul di hati dia juga ingin memiliki rumah tangga yang bahagia dan dicintai dengan tulus..Seperti Alana yang dicintai oleh Nuqman,Neya yang dicintai oleh Hilman dan Nora yang berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya..Feya ingin dicintai..
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
Ficção Geral"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...