Gadis pilihan Nuqman

144 7 0
                                    

Jam menunjukkan tepat pukul satu pagi..Tekak Alana merasa sangat kering dan harus dibasahkan namun botol air yang ada di biliknya saat ini telah kosong..Alana memandang ke sebelah kanan nya dan terlihat Feya yang sedang nyenyak tertidur..Tadi selepas makan malam dia langsung tidak melayani soalan-soalan dari Feya berkaitan dirinya akan kembali ke Amerika..Alana langsung tertidur dan mengabaikan semua orang..Kini sedikit rasa bersalah terbit di hatinya..Bukan salah Feya jika bertunangan dengan Nuqman..Dan bukan masalah jika keduanya saling cinta..Dirinya sendiri telah memilih Faiq,tapi rasa sakit itu tidak dapat dia bohongi..Dia sakit saat mengetahui fakta Nuqman dan Feya bersama..Terdetik di hatinya mungkin ini jugalah perasaan sama yang Nuqman hadapi saat dirinya nekad menerima Faiq..Ahh dia terasa dirinya bodoh..Nak tak nak dia harus mengakui bahawa semua ini terjadi kerana keegoisannya sendiri..

Alana melangkahkan kakinya keluar dari bilik menuju ke dapur sambil membawa botol airnya..Keadaan rumah saat ini sangat sunyi sudah tentu yang lain sudah bertiduran..Setelah selesai mengisi air Alana tidak langsung menuju ke bilik nya melainkan dia menuju ke luar rumah dan berdiri berdekatan kolam renang milik kediaman keluarga Hilman..Alana memandang langit malam yang sangat gelap tapi di terangi dengan cahaya bulan dan bintang..Semua kenangan masa lalu berkaitan dirinya dan Nuqman terlintas di fikirannya..Dia sedang memikirkan apakah dirinya mampu melepas semua hal dan perasaannya terhadap Nuqman..Sekembalinya ke Amerika sudah pasti akan membuat dirinya terikat sepenuhnya dengan Faiq ini kerana kedua belah keluarga telah menyetujui untuk mengadakan pertunangan mereka setelah mereka kembali dari Malaysia..

"Hemm kalau masih sayang perjuangkan..Jangan lari"suara Hilman memecah keheningan malam

"Ab..Abang tak tidur lagi?"tanya Alana

"Abang siapkan kerja tadi..Kamu sendiri??"

"Lana terbangun..Ni"sambil menunjukkan botol airnya yang telah penuh terisi dengan air.

"Jadi betul dah nekad?"tanya Hilman sambil menatap langit malam yang indah

"Ma..Maksud abang?"Alana seakan berpura-pura tidak memahami maksud soalan abang sepupunya itu

"Faiq..Nuqman..Kamu betul dah nekad?"

"Bukan abang memang sokong ke Alana dan abang Nuqman berpisah..Kenapa abang sekarang tanyakan soalan begini?"tanya Alana yang setahu dia selama ini sang abang selalu menyokong keputusannya..Bahkan sang abang juga yang membawanya ke Amerika dulu masa kejadian lalu itu terjadi

"Hemm betul..Abang tak nak kamu terluka..Sedikit pun luka yang orang berikan pada kamu buat hati abang sakit biarpun dia adalah abang Nuqman..Tapi"ucapan Hilman terhenti

"Tapi apa?"

"Hemm andai kamu tahu apa yang dia dah alami selama ini mungkin kamu akan ragu dengan keputusan kamu Lana.."ucapnya tidak menceritakan kisah yang terjadi terhadap Nuqman

Alana mulai tertanya-tanya namun dirinya malas ingin bercakap mengenai Nuqman..Rasa sakit akibat fakta pertunangn Nuqman dan Feya masih dirinya rasai..

"Abang bukan nak basuh otak kamu..Tapi abang nasihatkan berbincang empat mata dengan abang Nuqman..Dengar penjelasan dia..Nanti kamu tahu lah sama ada keputusan kamu ni betul ke tak"

"Hemm..Lana akan fikirkan..Oh ya tahniah pasal hal Neya..Tadi Lana tak sempat nak cakap"

"Macam mana nak cakap dah otak kamu dipenuhi Nuqman je..Abang cakap pun kamu buat tak tahu..Dasar gila bayang"selamba Hilman mengutuk Alana

"Ishhh kesitu pula..Dia yang gila bayang dekat Neya kita pula dituduhnya..Tapi macam mana abang lamar Neya??Bukan selama ni korang macam anjing sama kucing ka?"Alana mula berminat akan kisah abangnya dengan sahabat baiknya itu

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now