Pembalasan untuk Reena

97 5 1
                                    

Langkah kaki Alana dengan laju berlarian ke arah sang abang tersayang..Matanya melihat semua tempat mencari keberadaan abangnya namun langsung tiada sosok lelaki itu terlihat..

"Abang Hil !!!!!"

"Abang !!!!!!"

Alana masih melirik ke kanan dan kiri bahagian hospital tersebut sehingga matanya menangkap sosok seorang lelaki yang dia sangat kenali duduk terperosok di sudut bangunan..Lelaki tersebut sedang menangis sesegukan..

"Abang Hil ~~"panggil Alana sambil mendekati lelaki tersebut yang penampilannya sangat kacau

Tanpa basah basi Alana langsung memeluk sang abang..Hatinya juga turut sakit saat mendengar khabar dari Mikail bahawa Neya telah diculik..Hati nya remuk dan risau akan keadaan sahabat baiknya..Alana yang tadinya berada di rumah Kasih Alana bersama Nuqman langsung bergegas ke hospital selepas mendapat khabar buruk tersebut..Bahkan Alana berlarian dan meninggalkan Nuqman di kawasan parking kereta..

"Apa yang jadi??"tanya Alana saat melihat Mikail yang baru muncul bersama Nuqman..

"Hilang..Neya diculik oleh beberapa orang lelaki bertopeng..Tapi anak buah aku temgah cari tahu..Aku yakin kita akan menemukannya"ucap Mikail tetapi pandangan matanya menatap kearah sahabatnya yang masih bersedih

"Dia bahkan mengandung..Neya mengandung anak abang"ucapnya sedikit bergetar..Suara Hilman terasa berat..Matanya juga masih menumpahkan air matanya..

"Neya mengandung???"mata Alana sedikit terbeliak..Dia bahagia mendengar berita baik itu namun tiba-tiba senyumnya menghilang..Air mata mulai bertakung di matanya..

"Kalau sampai Neya atau anaknya terluka walau sikit pun aku akan pastikan orang yang usik dia merana!!"ucapnya pelan tapi jelas didengar oleh Mikail yang saat ini duduk berdekatannya..Mata Mikail dapat melihat sorot api kemarahan di mata Alana yang selama ini terlihat lembut dan menenangkan..Mikail yakin saat ini Alana akan melakukan apapun untuk sahabatnya dan dia tidak ingin Alana salah langkah..Tanpa sesiapa sedari,Mikail terus-terusan memerhati gerak geri Alana..

****

"Tolong aku !"ucap Alana di hujung talian

Alana meminta diri untuk membuat sebuah panggilan penting..Dia menjauh dari semua yang ada disana..Dengan laju dia mendail dua nombor orang yang dia percayai sepenuhnya..

"Tolong apa..Aku akan bantu semampu ku"ucap Lady Gee di hujung talian

"Cari tahu kedudukan Reena Natasya sekarang Gee..Aku tahu dia terlibat dalam penculikan Neya..Please bantu aku cari dia sampai dapat"Alana memohon kepada sahabatnya Gee..

"Baik..Aku akan cari secepatnya"jawab Lady Gee ringkas lalu mematikan panggilan telefon

Setelah itu Alana kembali mendail nombor seseorang yang akan membantunya..Namun kali ini ada sedikit keraguan di hatinya..Dia ingin memberi hukuman ke Reena  agar dia tidak berani lagi mengacau keluarganya namun apakah orang yang dia akan hubungi akan membantunya..Jelas-jelas niatnya bertentangan dengan kerjayanya..

"Hello..Aii asal call?? Kau buat hal ke hah dekat sana??"ucap Fahmi setelah mengangkat panggilan telefon dari Alana..

"Fahmi..Kau ingat pasal perempuan yang dah bunuh abang aku tu?"tanya Alana sebagai pembuka cerita

"Haa ingat..Ingat..Asal dengan betina tu?"tanya Fahmi

"Bantu aku mi..Dia dah culik kakak ipar aku.."ucap Alana setenang mungkin..Dia tidak ingin mengikut emosinya..Dia akan menyelesaikan semua dengan kepala dingin..

"Hemm..Aku akan hantar anak buah kita.."

"Sorry kalau aku tak dapat join..Aku masih di kawasan luar bandar"ucap fahmi di hujung talian

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now