OST LEO - Yang Satu (Akim and The Majistret)
'Dahagakan kasih sayangmu, Mendambakan ikhlas padaku
Atas nama cinta, Bagai isi dan kuku
Tak akan aku lepaskan
Demi kamu, hanya satu, Sampai ku menutup mata
Engkau milikku selamanya
Demi masa, sampai waktu, Kalau aku pergi dulu
Ku nanti di pintu syurga'
***********************************
Lelaki yang sedikit berusia itu, mereka pandang bersama satu pandangan yang penuh tanda soal. Kepulan asap yang terhasil dari rokok cerut yang dihisap lelaki itu, terasa begitu memeritkan tekak dan melemaskan rongga pernafasan.
Entah apa lagi kerja mereka bertiga malam ini, mereka bertiga tidak pasti. Baru beberapa hari lepas mereka bertiga di arahkan untuk merompak rumah seorang Tan Sri, dan mereka berjaya melakukan rompakan itu. Dan malam ini, sekali lagi mereka bertiga menerima tugasan penting. Sudah 15 minit berlalu, mereka bertiga masih lagi menanti penuh sabar butir bicara yang bakal keluar dari ulas bibir lelaki yang sedang enak menghisap rokok cerut di depan mereka.
"Dad, we have already inspected the White Owl mansion, but Leo and his trusted people are not there at the moment" Ricky, anak kandung Master James menghampiri dan berbisik perlahan ke telinga lelaki tersebut.
Master James angguk bersama senyuman tanda senang hati. Mudah lah urusannya malam ini bila Leo tiada di sana.
Sebut tentang Leo, mereka memang sudah lama bermusuhan. Bermusuhan dalam aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah. Juga bersaing dan bermusuhan dalam urusan perdagangan import dan eksport. Oh ya, dia bukan baru bermusuhan dengan Leo, tapi dia sudah lama bermusuhan dengan ayah saudara Leo, David. David si penjenayah tersohor satu ketika dulu. Bila sudah semakin berusia, segala urusan dan empayarnya diserahkan kepada Leo. Dan sekarang, dia terpaksa berdepan dengan Leo sebagai penyambung generasi kegiatan David.
Kedengaran Master James ketawa. Rokok cerut disedut sehingga habis sebelum pandangan matanya memanah tepat ke arah tiga sosok tubuh yang sedang berdiri dengan muka menunduk di hadapannya ini.
"Apa khabar anjing-anjing kurap ku?" Soal Master James dengan riak wajah yang sinis. Dan tiga hari dia tidak berjumpa dengan ketiga-tiga anak gelandangan ini.
"B-baik Master" Hanya Haris yang menjawab. Zed dan Darlina pula hanya diam.
"Seekor saja anjing menjawab. Dua ekor lagi mana?"
Darlina menjeling tajam. Bukan dia tidak mahu menjawab, serendah mana pun kedudukannya di mata Master James, dia tetap seorang manusia. Dia bukan binatang. Apatah lagi nak disamakan dengan anjing kurap.
"Dah bisu ke?" Soal Master James lagi dengan tawa sinisnya.
Haris menyiku Zed bila dia melihat Zed dan Darlina masih lagi membisu. Dia takut kalau Zed dan Darlina dibelasah pula nanti kalau mereka terus berdiam diri begini.
Ricky terus meluru ke arah Zed dan Darlina. Tanpa amaran, Ricky terus menumbuk perut Zed dengan kuat menyebabkan Zed terus membongkok dan terbatuk-batuk di situ. Darlina tergamam sebelum dia terkejut bila rahangnya sudah dicengkam kuat oleh tangan Ricky.
YOU ARE READING
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...