"Kenapa Leo?" Soal Mak Som bila dia melihat Leo terkaku di muka pintu dan memandang Darlina di situ. Mak Som sembunyi ukir senyum.
"Mak Som, saya keluar dulu. Terima kasih Mak Som bagi pinjam semua ni, bagi pinjam bilik air Mak Som. Mak Som je lah baik dengan saya dalam penjara ni" Darlina berlalu dari situ dan ketika dia mahu keluar, tubuh tegap Leo menghadang laluan nya di ambang pintu.
"Tumpang lalu!" Darlina berdiri sambil bercekak pinggang. Mata memicing tajam melihat ke arah Leo yang pegun melihatnya di situ tidak berkelip.
"Eh Lion! Kau pekak ke? Aku cakap tumpang lalu" Sekali lagi Darlina bersuara.
Namun Leo tetap tidak berganjak. Dengan tangan kanan bertongkat di bingkai pintu, manakala tangan kiri pula kekal memegang tombol pintu. Tubuhnya pula cukup-cukup menghalang laluan keluar di situ.
"Leo, ada apa cari Mak Som ni?" Mak Som bersuara kembali mahu menyedarkan Leo yang berkhayal di situ.
"Hah? Errr..." Tiba-tiba pula Leo jadi gagap.
Darlina terus mengambil peluang itu menendang kaki Leo menyebabkan Leo terundur setapak ke belakang dan terus terlepas pegangan tangannya pada tombol pintu. Darlina terus meloloskan diri keluar dari bilik Mak Som dan menuju ke ruang utama mansion mencari si Carut kerana si Carut bagi dia kerja untuk membersihkan kereta pula. Kerja untuk dia petang ini. Dia buat kerja tak bergaji. Maklumlah dia kan hamba si Lion firaun tu. Tapi nanti dia tetap nak minta gaji. Mana ada orang buat kerja percuma dalam dunia ni.
Kepala Leo pula ikut terpusing ke belakang melihat langkah si pencuri yang sudah berubah menjadi separa cinderella itu tadi.
"Leo..." Panggilan Mak Som menyedarkan Leo dan pantas dia pusing kepala melihat Mak Som.
"Leo tak ada dekat mansion mungkin sampai malam nanti" Sungguh pun cara hidup Leo sudah jauh berubah, tapi dia tetap tidak dapat membuang rasa hormatnya pada Mak Som yang sudah dia anggap macam ibu sendiri. Ke mana dia pergi, dia masih ringan mulut mahu memaklumkan kepada wanita tua itu.
"Leo nak ke mana?" Mak Som bangkit dari katil dan menghampiri Leo yang masih berdiri di muka pintu.
"Nak keluar berhibur. Nak release tension" Ujar Leo berterus-terang.
"Kenapa tak lepaskan tekanan dengan bersujud di atas sejadah?" Lembut, tapi menusuk ke dasar hati kata-kata Mak Som.
"Ha, err. Leo pergi dulu Mak Som" Leo segera mengelak sebelum Mak Som semakin panjang lebar berceramah nanti.
"Nak berhibur tu, beringat sikit Leo. Mak Som hanya mampu mengingatkan Leo saja. Selebihnya terpulang pada Leo sendiri untuk fikirkannya"
Leo hela nafas dan dia terus beredar dari situ. Pintu keluar mansion di tuju dan dia menjengok keluar.
"Mana si pencuri tu? Aku nak keluar ni. Suruh dia ambil kasut aku" Arah Leo sambil berdiri berpeluk tubuh di situ. Bukan dia tak boleh nak pakai kasut sendiri, tapi dia masih tak puas nak tengok muka si pencuri tu sebenarnya. Mata masih mahu hendak merenung dan melihat.
Budin yang berkawal di luar segera memanggil Darlina yang sedang mencuci sebuah kereta yang diparkir di hujung sana. Charles turut berada di situ bersama dengan Darlina. Berdiri bersandar pada kereta memerhati Darlina. Nasib saja gigi nya tak berterabur lepas melihat Darlina keluar dari bilik Mak Som hari ini.
"Hei pempuan, Tuan panggil kau"
Terus terhenti tangan Darlina yang sedang menggosok badan kereta dengan buih sabun. Tak tahu lah kereta apa ni. Tapi kereta ni ada 2 pintu je. Memang dua orang je ke boleh duduk dalam kereta ni? Yang dia nampak sekarang ada lah dalam 6 buah kereta mewah yang terparkir di sini. Takkan semua kereta ni si Lion tu punya? Badan ada satu, tapi kereta sampai 6 buah. Tamak betul!

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...