Toyota Alphard berwarna hitam berkilat itu bergerak keluar dari kawasan mansion diiringi lagi oleh sebuah kereta orang-orang bawahan Leo yang turut mengiringi mereka untuk keluar membeli barang hantaran perkahwinan.
Leo menoleh orang di sebelah. Huish! Monyok betul muka orang di sebelah. Geram je dia tengok. Mak Som dia suruh duduk depan dengan Charles selaku pemandu hari ini. Saja nak ambik aura duduk berdua di belakang dengan bakal isteri.
"Ehem!" Leo berdehem sambil menghala telefon bimbit ke arah Darlina. Ikon kamera di buka.
"Hei sayang"
Darlina berdecit. Hari ini saja rasa macam nak pecah gegendang telinga nya mendengar lelaki gila ini memanggil dia sayang. Memang betul-betul dah mereng. Dah la main paksa suruh kahwin pulak tu. Darlina ketap gigi menahan geram.
"Sayang apa khabar dengan mu, di sini ku merindu kan mu..."
Membulat mata Darlina mendengar. Menyanyi pulak dah. Mak Som di depan sudah tertawa kecil. Charles pula lebih banyak diam dan fokus memandu.
"Leo, kalau ye pun nak mengorat tu, elok-elok lah sikit" Tegur Mak Som.
Leo tersengih sambil garu kepala. Dia mengengsot sedikit tubuhnya merapati Darlina yang sedari tadi hanya memandang keluar tingkap kereta. Tak sengal ke leher tu asyik terteleng macam tu?
"Ada apa yang menarik dekat luar tu sampai tak nak tengok muka bakal suami yang kacak lagi macho ni?" Soal Leo berbisik ke telinga Darlina.
Darlina tersentak mendengar suara yang begitu dekat di telinganya. Lantas dia menoleh dan dia terkejut beruk melihat muka Leo yang tersengih-sengih.
"Duduk lah sana sikit!" Darlina menolak bahu Leo. Nak jugak menghimpit.
"Kalau boleh duduk sini, buat apa nak duduk sana? Kan tengah belajar nak merapatkan ikatan kasih sayang ni. Come, kita selfie. Kalau rindu, boleh jugak aku renung gambar kau nanti sayang"
"Huh! Aku tak berminat! Kau ambik lah gambar sorang-sorang!"
Leo mencebik. Jual mahal lagi tu. Takpe, kau sabar jap ye. Sabar. Tunggu lah kau dah jadi milik aku nanti, aku cium kau puas-puas, aku ambil gambar kita kiss banyak-banyak. Padan muka kau nanti.
"Tak apa nak jual mahal hari ini dan esok. Lusa jangan jual mahal lagi. Aku dah ubah fikiran, kita nikah lusa. Tak jadi hujung minggu. Lagi pun rezeki kau dapat pergi kursus kahwin esok, lagi mudah lah kerja aku nak halalkan kau cepat-cepat"
"Apa!!!!" Terkejut beruk Darlina mendengar. Mak Som pun ikut terkejut.
"Leo, kenapa buat main-main hal nikah ni?" Soal Mak Som tidak puas hati.
"Mana ada main-main Mak Som. Betul lah Leo dah ubah fikiran nak nikah lusa. Leo tak nak tangguh lagi Mak Som sebelum apa-apa benda tak elok jadi nanti"
Mak Som hanya geleng kepala mendengar kata-kata Leo. Toyota Alphard itu terus memasuki kawasan bangunan yang menempatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Leo terus keluar dari perut kereta untuk menemani Darlina membuat kad pengenalan.
"Kau masih ingat lagi tak nombor kad pengenalan kau?" Soal Leo sebaik saja mereka tiba di hadapan bilik Pejabat Pendaftaran.
"Mana lah aku nak ingat. Dah 10 tahun aku merayau-rayau tanpa pengenalan diri"
"Tak apa. Nama penuh ingatkan?" Soal Leo lagi.
Darlina angguk. Mereka terus masuk ke dalam. Mujurlah petang ini tidak terlalu ramai orang yang berada di Pejabat Pendaftaran. Proses memohon kad pengenalan untuk Darlina mujurlah tidak banyak masalah dan dalam masa satu jam Darlina sudah mendapat kad pengenalan nya semula.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...