Yusof memberhentikan motorsikalnya di depan kedai runcit Pak Samad. Darlina terus melompat turun sebaik saja Yusof mematikan enjin motor. Pertama kali dia merasakan betapa seronoknya ronda-ronda sekitar kampung naik motor. Sejuk je kulit muka kena tiup angin tadi. Topi keledar di kepala sekadar di biarkan.
Yusof mengambil plastik buah jambu dalam raga motorsikalnya dan dibawa masuk ke dalam kedai runcit Pak Samad. Darlina mengekori di belakang.
"Assalamualaikum Pak Samad" Yusof menghampiri Pak Samad yang sedang mengira stok barang-barang di kedai runcitnya.
"Waalaikumussalam. Yusof, lambat hari ni" Pak Samad menghampiri Yusof.
"Ye Pak Samad. Lambat sikit hari ni. Ni tiga plastik buah jambu" Yusof terus meletakkan plastik buah jambu ke atas lantai sebelum dia terus menuang kesemua buah jambu itu ke dalam bakul buah-buahan yang memang sudah siap tersedia di situ.
Darlina menghampiri Yusof dan membantu Yusof menyusun buah jambu di situ. Pak Samad terpandang Darlina yang berdiri di sebelah Yusof.
"Ni siapa Yusof? Tak pernah-pernah aku nampak kau datang bawa perempuan ke sini"
Yusof menoleh ke arah Darlina di sebelah sebelum dia ukir senyum pada Pak Samad.
"Ni Darlina, tertamu saya. Baru je sampai pagi tadi"
"Tetamu? Bukan orang sini la maksud nya?"
"Bukan Pak Samad. Kawan saya" Balas Yusof tanpa mahu memanjangkan perihal Darlina.
"Abang Yusof, baru sampai ke?" Tegur Hayati, anak dara Pak Samad yang baru keluar dari bilik belakang.
Hayati sudah lama menaruh hati pada Yusof, sejak Yusof belum berkahwin lagi dengan arwah Munirah dulu. Sampai sekarang Hayati masih lagi berharap dengan Yusof walaupun berkali-kali Yusof menolak nya mentah-mentah.
"A'a baru je sampai. Semua jambu ni ada dalam 10 kg" Yusof terus menggulung plastik di tangannya.
Hayati angguk sebelum matanya terpandang seorang gadis muda yang berdiri di sebelah Yusof. Tak pernah dia lihat perempuan ini.
"Err, ni siapa abang?" Soal Hayati mula tidak sedap hati. Kenapa Yusof tiba-tiba datang bawa perempuan pula hari ni?
"Ni kawan abang, Darlina"
"Kawan?" Soal Hayati dengan dahi berkerut.
Yusof angguk.
"Tak pernah nampak pun"
Darlina ukir senyum dan dia hulurkan tangan mahu bersalaman dengan Hayati, namun hanya riak dingin yang Hayati pamerkan tanpa mahu menyambut huluran tangan Darlina. Darlina hanya senyum dan jatuhkan semula tangan nya ke bawah. Orang tak nak salam, dia tak kisah pun.
"Dia memang tak pernah datang ke sini sebab tu tak pernah nampak" Sahut Yusof.
"Kawan abang yang mana ni?" Hayati masih lagi tidak berpuas hati. Dia mesti siasat siapa perempuan ni. Dia merasa curiga dan tidak suka dengan kehadiran orang luar ni ke sini.
"Yati tak kenal pun. Erm abang nak balik dah ni. Pak Samad, saya balik dulu"
"Ha yelah Yusof. Terima kasih" Ucap Pak Samad sambil mengangkat tangan nya ke arah Yusof.
"Jom Darlina" Pamit Yusof mengajak Darlina keluar dari situ.
Hayati hanya memandang tajam ke arah Darlina yang sudah naik di belakang motor Yusof. Makin panas hatinya melihat Yusof membonceng seorang perempuan di atas motorsikalnya, sedang dia tak pernah pun dapat peluang seperti itu selama ini.
Yusof membawa Darlina menghala ke arah kedai makan. Dia mahu mengajak Darlina duduk minum sambil bersembang di situ.
"Kita minum dulu, boleh?" Soal Yusof selepas dia memberhentikan motosikal nya di hadapan kedai makan Cik Salmah.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...