LEO 18

1.3K 166 37
                                    

"Mana kau nak lari hah? Cantik betul kau ni. Hahaha.." Dato Norman jilat bibir berkali-kali. Dia mula membuka butang kemeja nya selepas dia menarik Darlina masuk ke dalam bilik tidur yang memang tersedia khas untuknya di Sun Club ini.

Darlina memeluk erat bagpack di tangannya. Dia melihat sekeliling. Pandangan tajam di berikan kepada Dato Norman. Dasar orang tua gila tak sedar diri!

"Sini lah sayang. Kenapa jauh-jauh tu? Mesti manis rasa kau ni. Buat aku rasa tak sabar" Dato Norman menghampiri Darlina yang berdiri di sudut dinding.

Darlina berusaha untuk mengelak bila Dato Norman mahu mendekat. Dia berlari tanpa arah tuju mahu mencari jalan keluar. Namun bilik ini satu tingkap pun tiada. Yang ada hanyalah satu pintu untuk masuk dan keluar.

"Kau binatang! Tua kutuk tak sedar diri!!!" Darlina menyumpah dengan kuat. Tidak dipedulikan lagi apa yang akan terjadi. Darlina merempuh tubuh Dato Norman yang menghadangnya di situ.

Namun Dato Norman pantas menangkap tubuh Darlina ke dalam pelukan sebelum dia menarik Darlina jatuh ke atas katil.

"Setan!!!" Darlina mahu menerajang tubuh gempal Dato Norman, namun entah kenapa tenaga lelaki tua itu sangat kuat sehingga tak terdaya Darlina hendak melawan.

Bagpack yang masih erat dalam dakapan Darlina, Dato Norman cuba rampas, namun kejap pegangan Darlina sehingga Dato Norman sukar hendak merampas beg itu dari tangan Darlina.

"Aku dah beli kau dari Leo dengan share saham sebanyak 30% tau. Bukannya sikit jumlah tu. Kau jangan nak buat perangai" Jerkah Dato Norman dan dia mula hendak membuka pakaian Darlina biarpun Darlina meronta-ronta mahu menghalang perlakuannya.

"Puihhhh!!!" Tak semena-mena muka Dato Norman basah kena ludah.

"Kau ni setan! Sama dengan si lion tu! Dasar setan!!"

"Main kasar kau ya!" Dato Norman terus menindih tubuh Darlina di atas tilam dengan kuat. Rambut Darlina dicengkam dan ditarik menyebabkan Darlina menjerit akibat kesakitan.

"Kau hak aku. Tak ada sesiapa yang boleh ambil kau lagi dari aku. Mulai sekarang, kerja kau untuk layan aku. Puaskan nafsu aku" Dato Norman mahu mencumbui Darlina.

Darlina bertindak dengan meronta-ronta kaki nya sebelum dia melibas bagpack ke muka Dato Norman menyebabkan Dato Norman mengaduh sehingga tubuhnya terbaring ke tepi. Darlina pantas bangun dan meluru ke arah pintu. Dia mahu membuka pintu, namun pintu telah dikunci dari luar.

"Bukak! Bukak!!" Darlina menepuk daun pintu itu sekuat hati. Dia menoleh ke belakang dan melihat Dato Norman yang sudah tersenyum memandangnya.

"Tempat kau di sini sayang. Bersama dengan aku. Tak ada sesiapa yang akan selamatkan kau. Gelandangan macam kau ni, ada baik nya jadi pelayan lelaki. Kan lagi bagus dari merayau-rayau tak tentu hala" Dato Norman berdiri dan menghampiri Darlina yang masih galak menepuk-nepuk daun pintu.

Leo membuka pintu bilik Dato Norman. Dia melangkah masuk, namun dia dihalang oleh orang-orang Dato Norman yang berjaga di situ.

"Kau nak ke mana?" Soal lelaki itu garang menghadang Leo di situ.

"Stay aside! None of your business!" Leo terus meluru, namun orang-orang Dato Norman terus menerpa dan menyerangnya di situ.

"Lepaskan aku!!! Setan!! Tua ganyutt!!"

Suara jeritan Darlina di dalam bilik yang satu lagi, semakin membuatkan Leo cemas dan tidak tentu arah. Di luar ini dia terpaksa berdepan pula dengan 6 orang lelaki yang merupakan orang bawahan Dato Norman.

Leo tidak boleh membuang masa. Dan saat ini dia benar-benar risaukan keselamatan Darlina di dalam sana. Leo mengepal penumbuk. Dia bersedia untuk melawan di situ. Mata sudah mencerlung garang ke arah 6 orang lelaki yang menunggu masa hendak menghentamnya.

LEO'S POSSESSION | eBookWhere stories live. Discover now