Sebaik tiba di bandar, kereta orang-orang Leo terus bergerak menuju ke mansion. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Darlina hanya duduk membisu di sebelah Leo di tempat duduk belakang. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi.
Leo menoleh. Dia mengeluh kecil. Kejadian yang berlaku malam ini benar-benar di luar jangkaan nya. Mujur saja lah Charles datang tadi.
"Aku tak nak ikut kau balik ke tempat kau tu. Turunkan aku dekat tepi jalan. Pandailah aku cari tempat aku sendiri nanti" Darlina tiba-tiba bersuara.
Leo kerut dahi. Sekian lama berdiam diri, tiba-tiba cakap ayat yang boleh buatkan dia jadi panas.
"Jangan harap. Kau kena ikut aku" Leo mendengus kasar.
"Sampai bila kau nak tahan aku ni? Aku dah tak ada kena-mengena dengan kau lagi lah Lion!" Darlina mula sakit hati.
"Sampai bila-bila. Dah tak payah nak bermimpi nak minta lepas dari aku, sebab aku memang takkan lepaskan kau" Putus Leo bertegas dengan pendirian nya.
"Tak guna!!" Darlina membentak dan membuang pandang keluar dengan wajah yang tegang.
Leo hanya tertawa sinis dan tidak mempedulikan Darlina yang tunjuk protes. Suka sangat nak buat dia marah, dah kenapa? Dia ingat hidup dia akan selamat dan aman ke kalau merayau-rayau dekat luar tu?
Charles yang duduk di depan, hanya mendengar perbualan Leo dan Darlina. Cuma tadi dia nampak cara Leo melindungi dan menyelamatkan Darlina sangat lain. Bukan menunjukkan rasa kebencian, tapi menunjukkan satu perasaan yang dia sendiri sukar untuk ungkapkan.
Kereta itu akhirnya tiba di kawasan mansion dan terus masuk ke dalam kawasan mansion. Leo terus keluar dari perut kereta. Begitu juga Charles dan Darlina. Darlina langsung tidak bersuara dan dia terus saja masuk ke dalam tanpa mempedulikan Leo dan Charles di situ.
"Tuan, macam mana boleh jadi hal tu tadi? Kenapa mereka boleh tuduh Darlina mencuri?"
"Aku pun tak pasti. Tapi aku memang dah boleh syak yang perempuan tu saja nak kenakan Darlina. Thanks Charles. Kau dah selamatkan keadaan" Leo menepuk bahu Charles dan dia terus melangkah masuk ke dalam mansion.
Darlina masuk ke dalam bilik dan terus duduk bersandar di dinding. Dia berpeluk lutut sambil matanya hanya merenung kosong ke arah dinding.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan di luar pintu bilik membuatkan Darlina mendengus. Buat apa nak ketuk? Dah kalau pintu tu dikunci dari luar. Buka je lah. Si lion ni tak boleh ke nak biarkan hidup aku senang sikit? Darlina ketap bibir. Tidak pula dia menghiraukan bunyi ketukan itu.
"Darlina, Mak Som ni"
Mendengar suara Mak Som, terus bersinar-sinar mata Darlina. Dia berdiri dan melangkah menghampiri pintu. Menanti pintu dibuka dari luar.
"Ye Mak Som"
Daun pintu itu terbuka sedikit sebelum kelibat Mak Som muncul di situ.
"Mak Som!" Darlina terus saja meluru dan memeluk Mak Som. Dia hamburkan tangis dalam pelukan Mak Som.
"Dah, jangan nangis. Mak Som terkejut bila Charles bagitahu Darlina balik semula ke sini. Apa yang terjadi?"
Darlina lepaskan pelukan. Airmata yang masih mengalir di pipi dikesat kasar. Mengingatkan kembali apa telah Leo cuba buat, dia jadi sakit hati.
"Dia tipu saya Mak Som. Dia bukan nak hantar saya ke rumah kebajikan, tapi dia dah rancang nak jual saya dengan bapak ayam"
Terkejut Mak Som mendengar.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...