LEO 25

1.4K 158 39
                                        

Leo yang sedang menghisap rokok di balkoni biliknya, terus memandang ke bawah bila dia mendengar bunyi suara orang bergelak ketawa diselangi dengan bunyi suara Snow. Berkerut-kerut kening Leo sebelum dia menonyoh putung rokok yang sudah habis itu ke pagar balkoni. Pantas dia mengatur kaki keluar dari bilik dan turun ke bawah.

Leo terus menuju ke kawasan dapur. Dia hanya nampak Mak Som yang berdiri di sinki. Tapi tak nampak kelibat Darlina.

"Mak Som, Darlin mana?"

Mak Som menoleh. "Dia ke belakang tadi. Dekat rumah Snow lah agak nya tu"

"Dia sorang?" Soal Leo lagi.

"Tadi memang sorang lah. Kenapa ni Leo?" Soal Mak Som hairan.

"Charles mana?"

"Mak Som tak ada pulak nampak Charles tadi"

Leo merengus dan dia terus keluar ke kawasan belakang. Kawasan kolam renang dilalui sebelum telinganya semakin jelas menangkap bunyi suara orang sedang berbual-bual tidak jauh dari rumah Snow.

Leo lajukan langkah kaki sebelum dia berhenti di situ. Rasa mahu meletup saja dada nya melihat. Terketap-ketup gigi Leo berlaga antara satu sama lain bila melihat apa yang sedang berlaku di depan matanya sekarang. Patut lah dia dengar bunyi orang bergelak ketawa tadi.

Leo pantas meluru sebelum dia menolak Charles dengan kuat dari terus berada di atas Darlina.

"How dare you Charles!" Memerah mata Leo memandang ke arah Charles yang turut memandang ke arahnya.

"Tuan, aku..."

"Shut up!!!"

Leo terus mencengkam lengan Darlina dan dipaksa berdiri. Ditilik Darlina yang basah kuyup dari atas sampai ke bawah. Berombak dada nya menahan rasa marah. Sesukahati saja dia benarkan Charles sentuh dia.

"Kau ikut aku" Leo terus menarik Darlina pergi dari situ.

"Tuan! Jangan marah Darl. Kalau tuan nak marah, tuan marah aku" Charles berdiri dan berlari mengekori langkah Leo dan Darlina.

"Jangan ikut campur urusan aku!" Leo memberi amaran dan dia terus menarik Darlina masuk ke dalam rumah.

"Lepas lah Lion!" Darlina memukul tangan Leo yang masih mencengkam lengan nya.

"Kau diam!" Nampak tegang saja wajah Leo sekarang. Dia terus membawa Darlina naik ke tingkat atas. Dek kerana rasa cemburu yang menggila, otaknya sudah gagal hendak berfungsi dengan baik. Darlina harus di ajar!

"Kau nak bawa aku ke mana ni?" Soal Darlina bila Leo membawanya naik ke tingkat atas.

Leo tidak menyahut. Tombol pintu biliknya dipulas dan dia menarik Darlina masuk ke dalam. Bilik yang selama ini tidak pernah sekali pun dimasuki oleh mana-mana perempuan yang ditidurinya, hari ini sudah dirasmikan oleh kaki Darlina untuk kali yang kedua selepas kejadian ketika Darlina mencuri dulu.

Sudah puas dia berfikir, apa yang dia tunggu sebenarnya sampai dia tidak membenarkan mana-mana perempuan untuk masuk ke dalam bilik ini. Dia hanya akan membawa perempuan tidur di bilik sebelah termasuk Lily. Tapi, kenapa dia sendiri yang mengheret Darlina masuk ke dalam bilik tidur nya ini?

"Kenapa kau bawa aku masuk dalam bilik kau ni? Kau nak buat apa hah!?" Darlina terus meluru semula ke arah pintu, namun dia tidak dapat hendak membuka pintu kerana semuanya menggunakan kata laluan.

"Buka pintu ni!!" Darlina menepuk daun pintu bertalu-talu.

Leo tidak mengendahkan jeritan Darlina. Dia berlalu ke almari pakaian dan sehelai tuala dikeluarkan. Darlina dihampiri sebelum dia memusingkan tubuh Darlina untuk menghadapnya. Tiada kata yang terzahir dibibirnya saat ini. Hanya tangan yang mula lincah bekerja mengelap rambut Darlina yang basah. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia perlu melayan Darlina sampai macam ni sekali. Tak pernah-pernah dia nak lap kan rambut seorang perempuan. Selama ini perempuan yang jatuh tersungkur di kakinya. Malah tak keterlaluan kalau nak dikatakan ada perempuan yang sanggup hendak mencium kaki nya.

LEO'S POSSESSION | eBookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang