LEO 9

1.3K 147 24
                                        

Charles bercekak pinggang sambil memerhati Darlina menggosok lumut-lumut yang mula kelihatan di dalam parit kecil di hadapan mansion. Peluh mula merenik di dahi dan dilap kasar dengan belakang tapak tangan.

"Cepat sikit buat kerja tu! Dengan aku-aku sekali terbakar kena panas matahari ni" Charles merungut dan berdecit geram.

"Kalau nak cepat, kau turun lah sini tolong aku. Jangan tahu nak mengarah saja! Kau terbakar eh? Haaa tu tandanya kau banyak dosa!" Darlina menggosok permukaan parit menggunakan penyapu. Disental-sental dan dia membayangkan parit itu seperti muka si Lion firaun. Kemain dia bersenang-lenang dekat dalam tu ya duduk melepak dengan si Snow! Kalau aku ada peluang, memang aku tonyoh muka kau dengan penyapu ni.

Teringat kembali kejadian pagi tadi. Bukan main teruk dia kena marah gara-gara peluk Snow dan bulu Snow jadi berbau sebab melekat dengan bau badan dia. Ceh! Entah apa-apa. Terus dia di beri amaran keras supaya jangan mendekati Snow lagi. Ingat aku kisah? Makin aku nak dekat adalah! Kau tengok lah nanti, aku tidur peluk si Snow dalam rumah tu. Baru padan muka kau! Snow tak bising pun aku peluk dia, yang si Lion tu lebih-lebih pulak nak bising dah kenapa. Jeles la tuh!

"Kau tak payah nak berlagak kau tu alim sangat. Tak padan dengan diri tu pencuri! Mencuri tu tak berdosa ke?" Selar Charles lagi.

"Aik! Tahu pulak kau eh pasal dosa pahala ni. Siapa ajar kau? Lion tu ke?" Soal Darlina dengan mulut dicebikkan.

"Hei, kalau lama-lama aku mengadap kau ni, boleh gila aku ni agaknya nanti!"

"Ha, memang itulah yang tengah aku buat sekarang ni. Nak suruh kau jadi gila. Hahahahahaha!" Darlina ketawa berdekah-dekah sambil memegang perutnya.

"Diamlah!" Charles geram. Dah serupa mandur dia sekarang ini. Memerhati pekerja bawahan nya buat kerja.

"Eh Carut, kau memang orang sini ke?" Soal Darlina. Hmm sambil-sambil buat kerja apa salahnya dia berkenalan dengan si Carut ni kan.

"Sibuk je nak tahu! Dan berhenti panggil aku dengan nama entah apa-apa tu!" Marah Charles lagi.

"Kau ni masa kecik dulu banyak makan cili ke?" Soal Darlina tanpa riak.

"What? Apa maksud kau?" Soal Charles tidak faham.

"Maksud aku, makan cili tu akan menukar kau jadi incredible hulk. 24 jam asyik nak marah je. Kau ada mak ayah lagi tak Carut?" Soal Darlina sambil meneruskan kerjanya dan berganjak ke kawasan parit yang di depan pula.

"Tak ada" Balas Charles ringkas. Dia turut bergerak mengekori langkah Darlina.

"Dorang ke mana?" Soal Darlina lagi.

"Ke alam yang satu lagi" Entah kenapa Charles ringan mulut pula mahu berbual dengan Darlina hari ini.

"Nasib kita sama lah. Mak ayah aku pun dah tak ada"

Charles terus pandang Darlina yang berada dalam parit itu dengan kening bertaut.

"Keluarga kau yang lain takkan tak ada?" Ha, semakin murah hati Charles mengeluarkan suaranya mahu berbual dengan Darlina.

"Eh, kot ya pun, duduk lah dulu kalau nak berbual tu. Sini, kau duduk sini. Kau masih boleh je tengok aku buat kerja ni kan. Takut sangat kau dengan si Lion tu ye Carut? Dia kanibal ke? Makan orang?" Perli Darlina sambil ketawa kecil.

"Mana jawapan kepada soalan aku tadi? Kau jangan nak melencong ke lain!" Charles labuhkan duduk di tepi parit sambil bersila di situ.

"Oh soalan kau tadi ya. Tak ada. Aku sebatang kara di dunia ini" Jelas Darlina lagi.

LEO'S POSSESSION | eBookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang