"Gosok lah kuat sikit!" Sedari tadi mulut Charles bising mengarah Darlina menggosok lantai sekeliling kolam renang di belakang mansion.
"Bising lah kau ni. Aku nak buat kerja pun tak aman" Darlina beralih ke tepi dan menggosok di situ.
"Kau tu buat kerja lembab sangat. Penat la aku nak kena tengok kau je satu hari ni" Charles merungut tak puas hati. Nak duduk rileks pun tak dapat sejak ada si minah gelandangan ni nak perlu dipantau 24 jam.
"Siapa suruh kau tengok aku buat kerja? Pergilah masuk ke dalam tu. Aku takkan lari punya lah. Belum masanya lagi untuk aku lari. Aku masih meneliti pelan sekeliling mansion ni. Hehe..." Darlina angkat kening berkali-kali.
Charles berdecit. Kata-kata Darlina ni bagaikan satu amaran saja dan dia harus berhati-hati dengan tindak-tanduk perempuan ini. Nampak saja bodoh, tapi dia licik sebenarnya.
"Kau bagi hint lah ni nak lari?" Soal Charles sambil kecilkan mata.
"Erm yelah kot! Bagi sikit je intro. Hehe" Jawab Darlina selamba badak sambil tayang sengih.
"Nanti aku bagitahu dengan Tuan Leo yang kau nak lari" Charles mengugut.
"Bagitahu lah. Aku tak takut. Kalau aku lari, kau juga yang kena menjawab kan? Haha..."
"Kau ni kan, aku rasa nak sumbat je mulut kau tu dengan cili. Menyakitkan hati lah bercakap dengan kau ni"
"Tak payah cakap dengan aku kalau macam tu" Balas Darlina kembali menyebabkan hidung Charles dah semakin kembang kempis menahan rasa geram.
Seketika tumpuan Charles dan Darlina beralih ke arah suara yang sedang bergelak ketawa tidak jauh dari situ. Darlina menjengok di sebalik tubuh Charles yang melindungi pandangan nya.
Pasangan dua sejoli tu rupanya! Berpelukan sambil bercium-ciuman tanpa segan silu depan orang lain. Perempuan tu memang tak ada maruah ke eh? Darlina garu kepala yang tidak gatal. Ke dorang dah kahwin sebenarnya? Sebab dia lupa la nak tanya dengan si Carut ni pasal tu tadi.
"Kau tengok apa?" Soal Charles bila dia melihat Darlina leka memerhati Leo dan Lily yang asyik bercumbuan di tepi kolam renang itu. Kejap lagi memang mereka nak memadu asmara lah dalam kolam renang tu. Dia dah biasa sangat tengok si Lily tu berbikini berenang dekat kolam belakang ni.
Dah puas si Lily kena ulit dengan Leo. Walaupun dia orang yang paling Leo percaya, tapi dia tak pernah berkenan tengok si Lily selama perempuan itu bersama dengan Leo. Tak tahu lah kenapa dia rasa macam tu.
"Tu!" Darlina memuncungkan mulutnya ke arah pasangan sejoli itu.
"Kau jangan lah nak sibuk. Tuan tak suka. Itu hal peribadi dia. Lantak mereka lah nak buat apa dekat situ. Kita tak ada hak nak tengok atau nak ambil tahu. Buat-buat buta dan bisu. Dah, buat kerja kau" Charles berbisik perlahan.
"Aku tak buta, aku tak bisu. Mana aku dapat nak buat macam tu. Dah mereka berasmaradana depan mata aku, tentulah aku tengok. Dah kemaruk sangat ke tu sampai dekat kolam renang ni jugak nak bercumbuan? Tak reti nak masuk dalam bilik? Dorang dah kahwin ke belum?"
"Itu hal tuan. Kau jangan banyak tanya. Dorang tak kahwin tapi cara hidup memang macam tu lah. Macam yang kau nampak sekarang. Dan Tuan Leo bukan lelaki yang nak terikat dengan sebuah perkahwinan" Jawab Charles malas.
Berkerut muka Darlina mendengar.
"Tak payah nak kerut muka sangat. Tak payah lah tengok! Nanti kau pun ikut teringin, aku tak nak lah cium kau. Kau busuk!" Charles mengejek.
"Eleh! Kau ingat aku ni kemaruk sangat nak kau cium aku? Aku pun tak inginlah Carut!!! Cakap je lah kau pun tumpang sekaki cuci mata tengok kan. Ha, tu perempuan tu, berbikini lagi tu. Cepat lah tengok! Besar betul buah kelapa dia tu.. seronok lah si Lion tu ye.. hahahahaha..." Darlina ketawa di situ.
![](https://img.wattpad.com/cover/370048862-288-k120515.jpg)
YOU ARE READING
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...