"Leo, cháu trai của chú. Chú nhớ cháu rất nhiều (Leo, anak saudaraku. Uncle rindu sangat dengan kau)" David terus saja memeluk tubuh Leo dengan erat.
Leo hanya membalas pelukan David. Masih terkejut melihat kedatangan David yang tiba-tiba. Dia langsung tak tahu yang David akan muncul hari ini bersama dengan Lily. Tadi Spy memang ada memaklumkan kepada dia yang Lily dah balik. Tapi dia tak tahu pulak yang David turut ada sekali hari ini.
"Cháu cũng nhớ chú. Sao chú không nói với cháu là chú về hôm nay? (Aku pun rindukan uncle. Kenapa tak bagitahu aku yang uncle balik hari ini?)"
"Chỉ muốn tạo bất ngờ thôi. Chú nhớ căn biệt thự này. Đã một năm rồi chú chưa đến đây (Saja nak bagi surprise. Rindu aku dengan mansion ni. Dah setahun aku tak ke sini)"
Leo hanya ukir senyum kelat. Sedari tadi matanya mencari kelibat Darlina. Ke mana isterinya berada sekarang ini? Kalau David sudah berada di sini, tentu agak payah dia mendekati isterinya itu. Apatah lagi nak bawa tidur sebilik kalau bilik tidur David bertentangan dengan bilik tidurnya di tingkat atas.
"Uncle, go and rest. You must be tired, right?"
"Yes, I'm quite tired. After handling things in Vietnam, I flew straight here. I'll go upstairs now. We'll eat together later" David menepuk bahu Leo dan dia terus beredar naik ke tingkat atas.
Lily ukir senyum. Lengan Leo diraih dan dipeluk erat. Namun Leo menepis tanda tidak suka disentuh Lily. Namun Lily masih mendesak dan menarik lengan Leo menuju ke arah tangga.
"You nak ke mana ni?" Soal Leo hairan.
"Sayang, takkan lah you tak faham-faham lagi apa yang biasa kita buat selama ni? I rindulah dengan belaian you. Dua minggu kita tak jumpa, I penasaran tau. Jom, naik" Lily ukir senyuman menggoda. Hangat terasa tubuhnya mahukan belaian dan sentuhan Leo.
"No. I penat" Leo menolak. Tangan Lily dialihkan dari terus memeluk lengannya.
"Penat? You buat apa sampai penat ni? You cuti kan hari ini? Kenapa you dah berubah ni sayang?" Lily mendekat. Tangan mahu merangkul batang leher Leo, namun Leo tetap juga mahu mengelak.
"Lily please. I tak suka!"
"What? Tak suka? Hei, you dah berubah sangat ni!" Lily mula tidak puas hati. Gigi dikancing rapat sambil memandang ke arah Leo dengan tajam.
Dia nampak, pandangan mata Leo nampak kosong. Tidak lagi merenungnya dengan penuh bernafsu macam dulu. Dia benar-benar tidak puas hati. Dia menapak mendekati Leo. Dagu Leo dicengkam dan dia memaksa Leo untuk menatap matanya.
"I get it! Damn you Leo! Siapa perempuan tu?" Lily sudah mula naik berang.
"Perempuan mana?" Soal Leo pula.
"Yang dah rampas renungan mata you tu! You dah tak excited lagi nak renung I macam selalu! Siapa perempuan tu! I love you Leo, how could you do this to me!"
"Please Lily. Jangan nak timbulkan masalah dekat sini!" Leo turut berkeras.
Lily geleng kepala sambil ketawa geli hati. Sakit hati begitu mencengkam dada.
"I dah cakap dengan you, I takkan benarkan mana-mana perempuan rampas you dari I. You dah lupa ke Leo? I balik ni, nak kita bincang pasal pertunangan kita" Lily berdiri berpeluk tubuh.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...