Leo menggeliat malas dengan kelopak mata yang masih terpejam rapat. Tidurnya sangat lena malam tadi. Dia mimpi dia peluk Darlina. Darlina? Tangan terus meraba di sebelah. Kosong. Lantas Leo celikkan mata dan terus duduk.
"Darlin?" Panggil Leo sambil memandang ke sekeliling kamar tidurnya. Dia pasti dia bukan bermimpi. Itu memang Darlin dia. Darlin kepunyaan dia. Gebar terus diselak dan dia pantas turun dari katil.
Pintu dituju dan dibuka. Dia menuruni anak tangga dengan laju. Dia berharap apa yang berlaku malam tadi, adalah sebuah kenyataan. Bukan nya mimpi. Pintu bilik tidur Darlina tingkat bawah dituju. Kata laluan terus dimasukkan. Leo menolak daun pintu dan melangkah masuk.
"Darlin!" Kenapa bilik ni kosong? Ke mana Darlin pergi? Jangan-jangan....
"Leo, cari Darlina ke?" Mak Som muncul di situ bila melihat pintu bilik terbuka.
Leo menoleh. "Mak Som, mana Darlin?" Leo terus meluru ke arah Mak Som. Dia cemas dan tidak keruan memikirkan mungkin Darlina melarikan diri lagi darinya.
"Dia ada dekat belakang tu. Bermain dengan Snow lah agaknya tu. Kenapa nampak cemas je ni Leo?" Soal Mak Som sedikit hairan.
Leo geleng kepala perlahan. Dia tarik nafas lega bila mendengar yang Darlina masih berada di sini. Dekat dengan nya.
"Leo pergi tengok dia kejap" Leo terus keluar dari situ dan menuju ke kawasan belakang mansion.
Darlina duduk di dalam rumah Snow sambil meriba Snow. Tangan mengusap bulu Snow tanpa henti sambil sebelah tangan lagi tak lepas memegang loket burung hantu yang tergantung di lehernya. Loket ini ada kaitan dengan kisah dia dan Leo rupa-rupanya. Tapi apa yang perlu dia buat supaya dia dapat ingat dengan semua tu? Dia teringin sangat nak ingat semua tu.
Bagaimana pertemuan pertamanya dengan Leo dulu. Manis ke tidak. Dia nakal ke tidak masa tu.
"Snow, kau tengok badan kau ni. Dah sempurna. Cantik tak?"
"Owwtt! Owwtt!"
Darlina tergelak mendengar Snow menyahut.
"Bijak nya kau ni kan? Abang kata, loket ni boleh buat aku jadi jutawan. Aku tak tahu lah jutawan yang macam mana. Tapi tang mana dekat loket ni yang boleh buat jadi jutawan?" Darlina membelek-belek loket di tangan nya dengan dahi berkerut. Nampak macam biasa je loket ni.
"Dekat mata dia tu sayang"
Darlina terkejut. Terkebil-kebil matanya bila melihat Leo sudah berdiri di muka pintu rumah Snow.
Leo ukir senyum. Permulaan pagi yang sangat indah bila dia masih dapat menatap wajah cantik milik Darlina.
"Come" Leo menggamit dan hulurkan tangan nya kepada Darlina.
"Huh?" Darlina pula terpinga-pinga.
"Ikut abang" Leo terus mengambil Snow dari riba Darlina. Jemari Darlina dicapai dan digenggam erat.
"Nak ke mana?"
"Kita duduk dekat tepi kolam tu. Snow, take a rest" Arah Leo dan Snow terus terbang dan bertenggek di atas palang kayu dalam rumahnya sebelum Leo menutup pintu pagar rumah Snow.
Leo terus membawa Darlina ke arah kolam renang. Dia labuhkan duduk di situ dan menarik Darlina duduk di sebelahnya. Tangan kiri terus saja memeluk pinggang Darlina dengan erat.
"Tak payahlah nak peluk-peluk. Darlin tak nak lah berasmara dekat sini"
Leo terus ketawa. Tiba-tiba pulak cakap nak berasmara isteri dia ni.
"Sayang ingat abang nak ajak sayang berasmara dekat sini ke? Tapi kalau sayang nak, abang ni okay aje. Boleh ke?" Soal Leo tersengih nakal.
"Ada ke Darlin kata nak? Tak kuasa lah!"
YOU ARE READING
LEO'S POSSESSION | eBook
Roman d'amourRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...