"Ehem!!" Leo berdehem kuat sebaik saja dia berdiri di belakang kedua-dua manusia yang sedang bergelak ketawa itu. Sakit betul matanya melihat kemesraan yang sejak bila sudah terjalin di sini. Baru hari ini kenal tapi sudah boleh semesra ini. Apa ni?
"Eh Leo. Kau nak makan jambu?" Soal Yusof sambil menghulurkan buah jambu kepada Leo.
"No thanks" Leo menolak sambil matanya mencerlung memandang Darlina yang sedap menggigit buah jambu di tangan nya.
"Awak tak payah lah bagi dia Yusof. Dia mana reti makan buah macam ni. Dia reti makan buah yang orang putih makan je" Selamba badak Darlina berkata hingga Yusof menoleh kepadanya.
"Buah orang putih makan?" Soal Yusof dengan dahi berkerut tidak faham.
"Ya" Sahut Darlina selamba sambil menjeling Leo dengan tajam.
Terus terjegil mata Leo mendengar kata-kata Darlina.
"Kejap lagi saya nak pergi hantar buah-buah ni ke kedai runcit" Yusof terus mengagihkan buah jambu ke dalam beberapa plastik besar untuk diikat.
"Kedai? Boleh saya ikut tak? Saya nak tengok kawasan kampung sini" Ujar Darlina dengan mata yang bersinar-sinar.
"Boleh je. Tapi saya naik motorsikal je. Awak tak takut ke kalau nak ikut saya?" Soal Yusof sambil tertawa kecil.
"Tak. Saya ni dah jumpa dengan macam-macam orang. Dah kebal dari perasaan takut tu"
"Oh okay kalau macam. Awak makan lah. Saya nak masuk ke dalam sekejap. Leo, duduk lah makan sekali" Pelawa Yusof lagi sebelum dia berlalu dari situ dan menghilangkan diri ke dalam rumah.
Leo ketap gigi. Boleh lagi dia jadi halimunan dekat sini dengar makhluk dua orang tu bersembang. Leo menghampiri Darlina dan duduk di sebelah Darlina.
"Kau tak boleh ikut dia"
"Eh kenapa pulak?" Soal Darlina terkejut.
"Kau tak kenal lagi siapa Yusof tu. Baru beberapa jam kita dekat sini kau dah memandai-mandai nak ikut dia. Aku tak benarkan! Kau tu terikat dengan aku. Jangan nak buat-buat hilang ingatan pulak"
"Argh, ingat aku nak kisah ke? Aku bukan hamba kau lagi. Aku tahu Yusof tu baik. Bukan macam kau, pura-pura baik padahal jahat!" Kutuk Darlina dengan hati yang mula panas. Dia kemudian berdiri mahu beredar dari situ.
Leo pantas menyambar pergelangan tangan Darlina menahan nya dari pergi.
"Kau nak ke mana?" Soal Leo garang.
"Jangan pegang lah!" Darlina menarik pergelangan tangan nya dari pegangan Leo sehingga terlepas. Tidak dipedulikan soalan Leo, Darlina terus naik ke dalam rumah dengan muka ketat.
"Arghh!! Apa yang tak kena ni hah!!!" Leo meraup rambutnya kasar dan melepaskan geram nya di situ. Apa dia nak buat ni untuk halang Darlina tu ikut Yusof. Memandai-mandai je kan perempuan tu. Dia tidak senang duduk memikirkan dan membayangkan Darlina akan duduk bertenggek di atas motor bersama dengan Yusof.
Darlina terus ke dapur untuk mencari makcik Limah. Melihat wanita tua itu sedang duduk bersimpuh di atas lantai, pantas Darlina menghampiri dan dia turut duduk bersila di situ. Ruang dapur ini sederhana luas dan hanya beralaskan tikar getah dilengkapi beberapa kabinet dapur. Tiada meja makan dan ahli keluarga makcik Limah memang lebih selesa memilih untuk duduk makan di atas lantai.
"Makcik buat apa?" Soal Darlina sambil melihat makcik Limah yang menumbuk daun ubi dalam lesung batu.
"Ni makcik nak buat masak lemak pucuk ubi. Darlina pandai makan pucuk ubi?" Soal makcik Limah.
YOU ARE READING
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...