Mereka selamat tiba di mansion. Leo terus menggendong Darlina ke atas bahunya selepas keluar dari perut kereta. Mak Som sudah terlebih dulu sampai di mansion selepas diarahkan Leo balik bersama dengan Budin tadi.
"Ya Allah! Darlin! Leo apa yang dah jadi ni?" Mak Som meluru ke arah Leo. Terkejut melihat Darlina yang tidak sedarkan diri di atas bahu Leo.
"Dia tak apa-apa Mak Som. Mak Som pergilah rehat" Arah Leo dan dia terus menapak masuk ke dalam. Perasaan marah masih bersisa dalam dirinya saat ini. Dia pantas mengatur langkah menuju ke arah tangga untuk naik ke bilik tidur nya di tingkat atas.
"Leo nak bawa Darlina ke mana tu?" Mak Som menegur. Bimbang kalau Leo berniat nak buat yang bukan-bukan pulak nanti.
"Mak Som pergi tidur" Keras bunyi suara Leo sebelum dia terus mendaki anak tangga naik ke tingkat atas.
Bebola mata Charles hanya setia memerhati Leo yang sudah menghilang ke dalam bilik tidurnya bersama dengan Darlina. Gigi nya berlaga antara satu sama lain bila otaknya sudah berfikir yang bukan-bukan. Sial! Apa yang Leo cuba nak buat tu? Dia jadi tidak senang duduk sekarang ini.
Selepas menutup daun pintu, Leo terus membawa Darlina menghala ke arah katil sebelum dia menghempas tubuh Darlina di situ. Dia berdiri sambil bercekak pinggang. Bebola mata bergerak-gerak sebelum berhenti ke arah Darlina yang masih tidak sedarkan diri selepas dia menekap hidung Darlina dengan ubat pelali tadi.
Dada Leo berombak dengan kencang. Butang kemeja terus dibuka satu persatu sehingga habis. Kemeja terus saja dilucutkan dari tubuh dan dilempar kasar ke lantai sehingga mendedahkan tubuh badan nya yang sasa itu. Dia menghampiri katil. Mata tidak lepas dari merenung Darlina. Darlina sudah menghuni katilnya. Saat dan waktu yang dia tunggu-tunggu, cuma mereka belum ada ikatan yang sah lagi. Dia tunggu waktu itu tiba. Tapi hatinya sangat sakit dengan apa yang Darlina buat malam ini. Darlina berniat hendak melarikan diri darinya.
"How dare you, Darlin. How dare you! How could you do this to me huh? I like you, I really like you. Aku dah berniat nak halalkan kau, aku dah berjanji akan setia dengan kau. Kenapa kau tergamak lari nak tinggalkan aku? Why?" Leo bermonolog sendiri. Dia berperang dengan perasaan nya sendiri. Fikiran terasa sangat serabut.
Leo labuhkan duduk di sisi Darlina. Anak rambut yang menutupi muka Darlina diselak ke tepi sebelum jemarinya mengelus pipi Darlina dengan perlahan. Ada satu rasa aneh yang hadir dalam diri. Dan rasa itu adakalanya sangat membahagiakan, adakalanya sangat menyeksakan. Jemari yang semakin meliar, mula menyentuh ulas bibir Darlina berkali-kali. Liur ditelan sehingga bergerak halkumnya. Otak sudah mula memberi arahan menyuruhnya jangan teragak-agak untuk melakukan nya. Bukan dia tidak biasa meniduri perempuan. Dan dia sudah lama tidak merasa tubuh perempuan sejak Darlina hadir ke dalam hidupnya.
"Kalau aku sentuh kau malam ni, kau takkan berani tinggalkan aku lagi kan?" Soal Leo lagi.
Wajah didekatkan. Leo mahu memagut ulas bibir yang memerah bak delima itu. Di saat bibirnya hampir bersatu dengan bibir Darlina, tindakan nya serta-merta terhenti bila hatinya menegah untuk berbuat begitu. Leo jarakkan diri. Tapak tangan naik meraup muka. Rambut diraup kasar ke belakang sebelum dia berdiri.
Leo cuba untuk mententeramkan gelora perasaan yang hadir tadi. Bibir digigit sambil dia berjalan mundar-mandir di situ. Dia mula berfikir apa yang harus dia lakukan untuk memastikan Darlina tidak akan banyak fikir untuk menolak berkahwin dengan nya.
"Argh! Ini bukanlah cara yang terbaik! Aku dah berjanji tidak akan sentuh perempuan dengan cara haram lagi. Aku nak sentuh Darlina selepas dia halal menjadi milik aku" Leo geleng kepala berkali-kali. Dia kena bersabar.
Sofa dituju dan dia menghempaskan tubuhnya di situ. Cukuplah dia tidur sebilik dulu dengan Darlina malam ini, bukan sekatil. Esok dia ada perhitungan yang perlu diselesaikan dengan Darlina.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...