LEO 8

1.3K 152 32
                                    

"Woi Carut!!!"

Charles yang sedang melangkah di ruang legar mansion, terus berhenti. Dia menoleh ke kanan. Riak muka berkerut-kerut sambil memandang ke arah Darlina yang sedang duduk bertenggek di atas palang tangga dengan batang mop di tangannya. Rasa diri tu samseng sangat la tu!

Charles tuding jari pada diri sendiri sambil memandang Darlina.

"Ha, kau lah. Ada orang lain lagi ke dekat sini?" Soal Darlina bersama senyuman sinis.

"Who is Carut?" Soal Charles tidak puas hati.

"Nama kau lah. Carut kan?" Soal Darlina lagi.

"Heiii, mulut kau tu jaga sikit. Ada aku rabak-rabakkan jugak mulut kau dengan pisau nanti. Nama aku Charles!!! Stupid!!" Charles menyumpah dalam nada geram.

"Hahahaha. Argh, tak kisah lah. Cat ke, char kue tiaw ke.. aku peduli apa dengan nama kau. Aku ada permintaan ni"

"Kau ingat hamba abdi macam kau ada mandat nak buat permintaan ke? Pergi cermin dulu muka kau tu. Berkeladak!"

Darlina mencebik. Tidak terkesan sedikit pun dengan kata-kata ejekan Charles. Dia sudah lali dan sudah biasa.

"Alah, sekarang berkeladak. Nanti aku pakai bedak banyak-banyak, cantik lah. Baru kau tau! Jangan sampai gigi kau berterabur ke lantai tengok aku nanti"

"Eleh, ada hati konon! Puihhh!!!" Charles mencebik. Dia bercekak pinggang.

"Aku nak minta keluar dekat kawasan belakang tu. Aku tengok ada pokok jambu air yang dah masak. Aku nak mintak. Sebelum ni aku nak beli, tapi aku tak ada duit. Pernah aku mencuri buah jambu dekat rumah orang, tak pasal-pasal aku kena kejar dengan angsa makcik pokok jambu tu" Darlina bercerita walaupun Charles tak minat nak mendengar loyar buruknya.

"Permintaan tidak dilayan. Pergi buat kerja kau. Bersihkan kereta Tuan Leo" Arah Charles lagi.

Hari ini Leo dah beri arahan jangan ke mana-mana. Duduk di mansion saja. Kebetulan lagi hari ini hari minggu. Jadi Leo arahkan semua untuk berada di mansion dan tidak keluar.

"Bagi aku ambik jambu dulu, baru aku cuci kereta" Darlina bertegas. Jangan ingat dia nak akur pada kata-kata si Carut ni semudah itu. Nak suruh dia buat kerja, kena ada cagarannya.

"Kau nak melawan ke apa ni?" Soal Charles geram.

"Ya, memang aku sedang melawan. Kenapa? Kau masih tak nak bagi? Kau tak bagi pun aku tetap akan ambik. Tak ada buah jambu, tak ada cuci kereta. Kalau kau paksa aku cuci juga, aku akan calarkan kereta si Lion tu macam kena cakar dengan singa nanti. Padanlah dengan nama dia!"

"Hoi, gila betul kau ni. Nama tuan tu, Tuan Leo. Lidah kau ni pendek ke apa hah? Nak sebut nama orang pun tak betul!" Makin sakit hati Charles dibuatnya.

"Hah? Apa dia? Aku tak dengar lah? Yang aku dok dengar Lion je lah. Lion, Carut, Lion, Carut.. hahahahaha... padanlah ke sana ke mari macam belangkas.."

"Kurang ajar kau ni!!" Charles mahu meluru, namun langkahnya serta-merta terhenti bila batang mop sudah menyapa ruang matanya.

"Kau langkah lagi, aku tonyoh muka kau dengan rambut mop ni. Kali ini aku tak guna cecair yang wangi, hari ini aku guna CLOROX!" Darlina sebut kuat-kuat perkataan Clorox di depan Charles. Sepuluh tahun dia hidup menjadi gelandangan, mana pernah dia buat kerja-kerja sebegini. Hidupnya hanya tahu mencuri demi untuk mengisi perutnya. Itu saja.

"Sial betul!" Charles menyumpah.

"Ha, padan lah nama kau tu Carut. Sebab kau suka mencarut. Aku nak jambu! Kalau kau tak bagi, aku keluar sendiri!" Darlina melompat turun dari palang tangga dan terus menuju ke dapur untuk keluar melalui pintu belakang.

LEO'S POSSESSION | eBookWhere stories live. Discover now