LEO 28

1.4K 170 14
                                        

Leo dah mula resah. Jam di pergelangan tangan nya di lirik entah berapa kali sudah. Setengah jam sudah berlalu, namun bayang Darlina masih tidak muncul-muncul. Dia buat apa lama-lama dekat tandas tu? Hati dah mula disapa rasa tidak enak.

"Mak Som, Leo nak pergi tengok Darlina kejap"

"Ha pergilah. Mak Som pun risau ni kenapa lama sangat dia dekat dalam tandas tu"

Leo terus saja berlari menghala ke arah tandas. Tidak dipedulikan lagi pengguna tandas wanita yang keluar masuk di situ, Leo terus saja menerjah masuk menyebabkan wanita yang berada dalam tandas menjerit terkejut dengan kehadiran nya di situ.

"Sorry, aku masuk kejap. Nak cari isteri aku" Leo terus menolak satu persatu pintu tandas yang tertutup. Ada juga yang menjerit marah bila pintu diketuk bagai nak roboh dari luar oleh Leo.

"Darlin!!!" Leo sudah seperti orang sasau. Tinggal pintu tandas yang terakhir. Dia cuba tolak dan pintu terus terbuka. Sah! Darlina tidak berada dalam tandas. Ke mana dia pergi?

"Damn!!! Kau lari dari aku Darlin? Aku akan cari kau sampai dapat! Kau milik aku! Kau takkan boleh lari dari aku!" Memerah bebola mata Leo menahan rasa marah. Urat hijau jelas timbul di sekitar dahi dan juga tangan nya.

Sungguh dia tidak sangka Darlina akan mengambil langkah seberani ini. Dia risaukan keselamatan Darlina. Kenapa Darlina suka membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Leo terus berlari keluar dari tandas. Dia benar-benar cemas dan risau. Dia jadi tidak tentu arah. Leo terus berlari menghampiri Charles yang berdiri bersama dengan Mak Som dan Budin di situ.

"Charles!!! Huy động người của chúng ta, tìm Darlina ngay bây giờ! Budin, làm ơn trông chừng Mak Som! (Charles! Kerahkan orang-orang kita, cari Darlina sekarang! Budin tolong jaga Mak Som!)"

Charles terkejut mendengar kata-kata Leo.

"Chuyện gì đã xảy ra, thưa ông? (Apa yang terjadi tuan?)" Soal Charles terus berlari ke arah Leo.

"Darlina has escaped! I won't let her get away so easily! Find her quickly!"

"What? Escaped?" Terkejut beruk Charles mendengar. Dia terus berlari keluar dari bangunan pusat membeli-belah bersama dengan Leo.

Tergesa-gesa Darlina berlari keluar melalui jalan tangga di bahagian belakang. Sejak dia mengintai tadi, dia bersabar menunggu peluang untuk melarikan diri dari pandangan mata Leo yang tak lepas memerhatinya dari arah sana. Sebaik saja Leo terleka ketika bersembang dengan Mak Som, Darlina terus saja mengambil kesempatan menyusup keluar dari situ dan menyelit di celah-celah pengunjung yang lalu-lalang di sekitar di situ.

Hanya inilah peluang nya untuk melarikan diri dari berkahwin dengan lelaki gila itu. Dia tidak sanggup hendak menyerahkan diri kepada lelaki yang langsung dia tidak kenal dan tidak suka itu. Tak dapat otaknya hendak menghadam nak tidur sebilik, sekatil dengan seorang lelaki kaki perempuan macam tu.

Sejahat-jahat dia pun, dia takkan perjudikan nasib memilih lelaki kaki perempuan untuk dijadikan suami. Tak ada satu pun yang baik tentang lelaki itu. Lebih-lebih lagi bila dia sendiri sudah beberapa kali melihat aksi asmara Leo dengan Lily di depan mata, mana mungkin dia mahu menerima Leo. Dia pun ada harga diri walaupun dia gelandangan dan pengemis.

Dia tak nak terlibat dalam kehidupan lelaki itu. Dia tak tahu siapa lagi keluarga lelaki itu. Kehidupan lelaki itu terlalu mewah. Terlalu senang dan dia bukan perempuan yang sesuai untuk berada di samping lelaki seperti itu. Lagi pula kehidupan Leo penuh dengan kehidupan jenayah. Tentu ramai musuh di sekeliling nya. Dan dia tidak akan lupa apa yang lelaki itu dah cuba buat sebelum ini bila lelaki itu sewenang-wenangnya mahu menjual dia dengan lelaki tua. Tak, dia tak akan terima lelaki seperti itu menjadi teman hidupnya. Biarlah dia mencari teman hidup yang tiada apa-apa, yang sama seperti dirinya juga. Itu yang selayaknya.

LEO'S POSSESSION | eBookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang