Sut hitam tersarung dengan kemas di tubuh tegapnya. Cermin mata hitam yang menutupi mata, diperbetulkan. Senyuman nipis terukir di bibir sebelum dia melangkah dengan penuh bergaya menghala masuk ke syarikat milik Tuan Idlan itu. Sekali imbas, memang tak ubah gaya nya seperti seorang bodyguard bertaraf antarabangsa.
Kaki diatur menghala ke meja penyambut tetamu. Peti suara diperbetulkan dan dia terus menyapa petugas kaunter di situ.
"Selamat pagi"
"Selamat pagi. Boleh saya bantu encik?" Soal si petugas kaunter.
"Saya Azhar. Hari ini saya ada temuduga untuk jawatan pemandu dan bodyguard"
"Oh ya. Sekejap ya encik. Saya semak dulu senarai nama calon"
Sementara menunggu petugas kaunter menyemak senarai nama, mata Spy meliar ke sekeliling dalam bangunan syarikat yang mewah itu. Memerhati satu persatu setiap ruang yang ada. Tak ada yang terlepas dari perhatian mata helang nya.
"Okah Encik Azhar, encik boleh naik ke tingkat satu. Nanti setiausaha Tuan Idlan akan uruskan"
"Baik, terima kasih" Spy menundukkan kepalanya dan dia terus berjalan menghala ke arah lif.
Butang lif ditekan, menunggu pintu lif terbuka, kemudian dia melangkah masuk dan lif itu terus bergerak naik ke tingkat satu. Kaki terus melangkah keluar dengan penuh yakin sebaik sahaja pintu lif terbuka di tingkat satu.
Cermin mata ditanggalkan dan disimpan ke dalam kocek baju kot hitam yang dipakainya. Kecuali pelitup muka yang sentiasa menutupi sebahagian dari wajahnya sahaja dibiarkan. Itu penampilan dia, dan tiada siapa yang dapat mengubahnya waima Tuan Idlan yang bakal menjadi bos dia nanti. Spy menghampiri seorang wanita yang sedang duduk di meja tidak jauh dari situ.
"Selamat pagi, saya Azhar"
Wanita yang sedang menaip itu, angkat muka. Dia melihat seketika ke arah Spy sebelum ukir senyum.
"Oh Encik Azhar. Selamat pagi. Kedatangan Encik Azhar memang dinanti. Sekejap, saya maklumkan dengan Tuan Idlan dulu"
Spy angguk. Menanti dengan penuh sabar wanita itu bercakap dengan Tuan Idlan melalui interkom.
"Mari Encik Azhar, saya bawa encik masuk ke bilik Tuan Idlan"
"Baik puan" Spy mengekori langkah wanita itu yang menghala ke arah sebuah bilik yang ditutupi oleh pintu berwarna keemasan.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk!"
Wanita itu terus memulas tombol pintu dan mempersilakan Spy masuk ke dalam.
"Jemput masuk Encik Azhar"
"Terima kasih puan" Ucap Spy perlahan dan dia melangkah masuk.
Daun pintu ditutup dan Spy berdiri di situ sambil memandang ke arah kerusi tinggi yang diduduki oleh seseorang yang sedang membelakanginya.
"Selamat pagi, Tuan" Ucap Spy sebagai pembuka bicara pertemuan pertama mereka.
Idlan pusingkan kerusi, dan dia terus memandang ke arah seorang lelaki bertubuh tegap yang mengenakan sut hitam berdiri di hadapan pintu.
"Azhar?" Soal Idlan sambil sandarkan tubuh.
"Ya tuan" Spy menunduk. Sekilas senyuman terukir di hujung bibir.
"Jemput duduk" Pelawa Idlan lagi.
Spy terus saja melangkah dan menarik sedikit kerusi di hadapannya dan dia terus labuhkan duduk di situ. Fail putih yang mengandungi resume tentang dirinya, ditolak perlahan ke arah Idlan. Anak mata hitamnya mengecil, dan bayang wajah Idlan terbias di situ.
YOU ARE READING
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...