Leo bersandar kelelahan. Dadanya sedikit berombak sambil tangan menekap lengan kirinya yang luka akibat dipukul dengan kayu oleh Ricky tadi. Mata dipejam rapat untuk seketika. Terasa ada sentuhan yang menyentuh lengannya, Leo celikkan mata. Tangan isterinya singgah di tempat yang luka.
"Abang luka"
"Sikit je sayang"
"Nanti balik rumah rawat cepat-cepat"
Leo angguk seraya ukir senyum. Biarpun kelelahan, namun itu semua bagaikan tidak terasa di saat dia tahu yang isterinya sudah mengingati tentang dirinya. Itu yang lebih membahagiakan dirinya tika ini.
"How did they know my whereabouts tonight, Spy?" Soal Leo dengan tenang.
Lelaki yang sedang memandu itu melirik sekilas melalui cermin pandang belakang. Charles pula sesekali menoleh ke belakang melihat keadaan Leo. Mereka sudah lali berada dalam situasi begini. Bergaduh, bertembak, cedera ketika bergaduh, memang sudah menjadi makanan mereka sejak beberapa tahun ini.
"There is someone who is always watching you silently" Balas lelaki yang diberi gelaran Mr Spy itu.
Darlina sedari tadi memandang ke arah lelaki yang mengenakan hoodie itu. Dia cuba mengintai, namun wajah lelaki itu sukar untuk dilihat. Suaranya juga kedengaran keras, namun telinganya seolah-olah biasa mendengar suara itu. Lama Darlina berfikir. Ataupun mungkin itu cuma perasaan nya saja.
"How did you know Spy?" Soal Charles pula. Mujurlah dia dan Spy cepat sampai tadi.
Mr Spy hanya ukir senyum nipis disebalik pelitup muka yang dipakainya. Soalan Charles hanya dibiarkan tidak berjawab. Dia kena berhati-hati ketika menjawab sebarang soalan. Tugas dia, mengintip dan memberi maklumat kepada Leo. Jadi dia tidak boleh tersilap langkah dalam setiap tindakan yang dia lakukan. Dia terus saja memandu menghala ke mansion White Owl.
"One more thing Sir, you must be aware with Dato Norman. I don't think he will just sit quietly after what happened a few weeks ago"
"I know. Thanks Spy for the information" Balas Leo lagi.
"Charles, esok tolong selesaikan Lambo aku tu. Jangan dibiarkan tersadai di tepi jalan tu"
"Baik tuan"
Kereta yang dipandu Mr Spy, memasuki perkarangan mansion. Mereka terus keluar dari perut kereta.
"Sayang pergi masuk dulu. Bersihkan diri, rehat. Abang nak cakap dengan mereka ni sekejap"
Darlina hanya mengangguk. Namun matanya sejak tadi tak lepas dari memerhati lelaki yang dipanggil oleh suaminya dengan nama Spy itu. Siapa lelaki itu? Ini adalah kali pertama dia melihat lelaki itu. Selama ini, hanya Charles yang selalu berada dengan suaminya jika berlaku apa-apa hal yang tidak diingini.
Leo berdiri sambil menyedut nafas dalam-dalam sebelum dia memandang Charles dan Mr Spy bersilih ganti. Dia kemudian menapak ke arah meja kopi tidak jauh dari situ.
"Duduk dulu" Arah Leo sebelum dia tarik kerusi dan labuhkan duduk di situ.
Charles dan Mr Spy sekadar menurut. Mereka turut duduk di situ. Untuk seketika, masing-masing hanya mendiamkan diri.
"I hate traitors" Suara Leo kedengaran bersahaja, namun menyampaikan makna yang sangat mendalam. Dia tidak memandang Charles mahupun Spy. Pandangan hanya tertala ke luar laman mansion yang terang disimbahi cahaya lampu lentera yang tergantung di tiang sekeliling mansion.
Charles dan Spy, hanya diam. Membiarkan Leo berbicara selanjutnya.
"Pengkhianat umpama racun yang membunuh dalam diam tanpa sedar. Jadi, bagaimana Master James dan Ricky boleh tahu keberadaan aku malam ni? Darlin berada dalam bahaya hanya kerana kerja seorang pengkhianat" Jemari ligat mengetuk permukaan meja. Hujung bibir dijungkit sedikit sinis.
![](https://img.wattpad.com/cover/370048862-288-k120515.jpg)
YOU ARE READING
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...