"Darlina!! Lariii!!!" Suara cemas Zed dan Haris, membingitkan telinga. Berkali-kali mereka menoleh ke belakang melihat Darlina yang masih ketinggalan jauh di situ.
"Zed! Kau pergi dulu! Aku tak boleh tinggalkan dia!" Haris patah balik ke belakang mahu mendapatkan Darlina.
"Ris!! Bahaya Riss!!" Zed sudah melaung kuat bila melihat Haris sudah berlari semula ke tempat di mana mereka bertiga berada tadi.
Entah bagaimana mereka bertiga boleh berfikir sejauh ini. Mengambil risiko untuk cuba mencuri di mansion White Owl, kepunyaan ketua penjenayah yang mereka langsung tidak tahu sejauh mana bahaya yang menanti. Muka Zed sudah habis bermandikan peluh. Bila melihat Haris sudah hilang dari pandangan, dia tidak betah untuk terus menunggu di situ.
Lantas dia turut buka langkah dan berpatah balik ke belakang. Dia tidak akan tinggalkan Haris dan Darlina begitu saja. Sudah 10 tahun mereka bertiga sentiasa bersama-sama walau ke mana saja mereka bertiga pergi.
Mereka bertiga anak gelandangan. Cari makan hanya dengan cara mencuri, tak pun menyelongkar tong sampah untuk mencari sisa makanan. Bukan mereka yang meminta untuk jadi begini, tapi takdir tak menyebelahi mereka. Mereka tiada keluarga, mereka anak terbuang. Jadi apa lagi yang mampu mereka melakukan untuk meneruskan hidup selain dari membuat pekerjaan hina seperti ini?
Dan mereka terus terjebak dengan satu sindiket yang menjadikan mereka sebagai alat untuk mencuri dan merompak rumah orang-orang kenamaan dan orang kaya. Sudah dua tahun mereka bertiga bekerja di bawah sindiket Master James, seorang ketua kongsi gelap dan pengedar dadah. Dan sekarang, mereka bertiga sudah menjadi orang kepercayaan Master James, lebih-lebih lagi Darlina. Dia adalah 'harta'kesayangan Master James kerana kecekapan Darlina yang sentiasa saja berjaya mencuri apa yang Master James mahukan.
Ya, memang nampak jahat dan dipandang hina oleh masyarakat. Tapi demi untuk mencari sesuap makanan, mereka butakan mata, butakan hati menerima cemuhan dari masyarakat sekeliling. Asalkan mereka dapat meneruskan hidup selagi hayat dikandung badan.
Darlina terus terkaku di situ bila disergah oleh seseorang. Dapat dia rasakan belakang kepalanya sedang diacu dengan pistol. Kaki mula menggeletar hebat. Peluh dingin mula mengalir dari dahinya.
"Darlina!!!"
Bangg!!!
"Harisss!!!"
"Arghhhhhhh!!!!"
Haris terus rebah bila kakinya terkena tembakan yang tidak dijangka itu. Zed yang mahu meluru mendapatkan Haris, terus hentikan larian bila jeritan Haris bergema di situ.
"Lari Zed!! Selamatkan diri kau!! Lari!! Tapi tolong, tolong selamatkan Darlina nanti Zed!!! Kau lah harapan aku!! Selamatkan diri kau!!" Tercungap-cungap Haris menahan nafas yang terasa sesak ditambah lagi kesakitan yang mula menjalar ke segenap urat saraf nya.
"Kejar dia!!!" Arah Charles, orang kanan yang paling dipercayai oleh Leo kepada orang-orang mereka agar mengejar Zed yang sudah melarikan diri.
Kini, Haris dan Darlina tersekat di situ. Mereka gagal melarikan diri, dan mereka telah ditangkap oleh orang-orang Leo.
"Đưa họ đi (Bawa mereka!)" Arah suara lelaki itu kepada Charles sebelum dia berlalu dari situ dan terus masuk ke dalam mansion.
Darlina dan Haris terus ditangkap dan dibawa masuk semula ke dalam mansion. Tubuh mereka diheret secara paksa tanpa belas kasihan. Darlina berkali-kali memandang ke arah Haris. Sungguh dia rasa mahu menangis melihat keadaan Haris sekarang. Nampak teruk sangat kesan tembakan di kakinya dan darah menitis di sepanjang permukaan jalan.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...