Kelopak mata Leo bergerak-gerak bila dia merasakan bahunya ditepuk berkali-kali. Dia menggosok mata sebelum dia buka sedikit kelopak matanya dan pandangan nya serta-merta silau. Tak sedar hari sudah siang rupa-rupanya. Leo bingkas tegakkan duduk dan dia terkejut melihat ada dua orang lelaki berdiri di hadapan nya.
"Maaf nak, pakcik tak ada niat nak ganggu. Tapi ini kawasan kebun pakcik. Anak ni kenapa tidur dekat sini?" Lelaki itu memandang Leo sebelum dia memandang ke arah Darlina yang masih lagi tidur di pangkuan Leo.
"Ha,err... ini kebun pakcik?" Soal Leo sambil melihat sekeliling. Bersama dengan lelaki tua ini ada seorang lelaki muda berdiri di belakangnya.
"Ya, ini kebun pakcik"
"Oh, maaf pakcik kami tumpang tidur dekat sini" Leo memandang Darlina yang masih lena tidur dipangkuannya sebelum dia menggoncang lengan Darlina perlahan untuk mengejutkannya.
"Darl, bangun. Dah siang ni"
Darlina bergerak-gerak dan dia menguap malas. Dengan mata masih terpejam rapat dia bangun dan duduk sebelum dia menggeliat semahu hatinya. Leo pula sudah terbelik mata melihat sebelum dia turunkan tangan Darlina yang sudah mengenai muka nya itu.
"Anak berdua ni siapa ya?" Soal lelaki itu lagi.
Darlina buka mata bila dia mendengar suara orang berbual. Dia terkejut bila melihat ada dua orang lelaki berdiri di situ. Seorang tua, seorang lagi nampak masih muda mungkin dalam lingkungan 30 an.
"Saya Leo, dan ini Darlina" Leo memperkenalkan diri.
"Suami isteri?" Soal pakcik itu lagi.
"Ha eer y..."
"Bukan pakcik" Darlina memintas. Dia jarakkan diri bila baru perasaan kedudukannya yang begitu rapat dengan Leo.
Leo hanya ketap bibir memandang Darlina dengan perasaan yang geram.
"Oh, kiranya anak berdua ni kawan lah ya? Nama Pakcik Jailani, dan ini anak lelaki pakcik, Yusof" Pakcik Jailani memperkenalkan diri.
"Oh, ye, ye..."
Yusof ukir senyum dan dia mendekat sebelum hulurkan tangan untuk bersalaman dengan Leo. Mulanya Leo sekadar melihat huluran tangan Yusof sebelum akhirnya dia sambut juga tangan lelaki itu.
"Pakcik tak pernah nampak anak berdua dekat kampung ni. Anak berdua orang luar ke?"
"Ye pakcik. Aaa err kami sesat. Haa.. sesat... sampai ke sini. Tak tahu macam mana nak cari jalan keluar"
"Sesat?" Pakcik Jailani kerut dahi.
Leo hanya mengangguk mengiakan walaupun terpaksa berbohong.
"Oh jadinya nak pakcik tolong ke macam mana ni?" Soal pakcik Jailani lagi.
"Errr, pakcik.. maaf lah kalau permintaan kami ni kedengaran tidak masuk akal sebab kita pun tak kenal antara satu sama lain. Tapi kalau pakcik tak keberatan ada tak dekat sekitar sini rumah tumpangan ke, rumah sewa ke untuk kami berteduh buat sementara waktu"
Pakcik Jailani tersenyum manis.
"Ni kawasan kampung kecil. Tak ada orang yang sewakan rumah dekat sini. Kalau Leo dan Darlina tak keberatan, duduk lah dulu di rumah pakcik buat sementara"
"Err boleh ke pakcik?" Soal Leo lagi.
"Boleh je, apa salahnya. Lagi pun dekat rumah tu pakcik tinggal bertiga je dengan Yusof dan isteri pakcik"
Leo angguk faham. Tak sangka masih ada orang baik dekat tempat macam ni.
"Jom lah ke rumah pakcik dulu. Pakcik tengok anak berdua ni nampak macam letih je. Nanti boleh alas perut tu dulu. Pakcik yakin kamu berdua ni mesti belum makan lagi" Ujar pakcik Jailani tersenyum. Yusof sekadar mendengar saja perbualan ayahnya bersama dengan dua orang yang rasanya orang luar ini. Yang lelaki wajahnya nampak macam kacukan, dan yang perempuan tu comel sangat muka dia. Comel plus cantik. Tapi apa yang mereka berdua buat sampai sesat dekat sini?
YOU ARE READING
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...