LEO 23

1.9K 159 38
                                    

Darlina terkejut bila dia tiba-tiba ditarik sebelum tubuhnya ditolak jatuh ke tanah. Beberapa orang wanita menarik rambutnya dengan kasar dan tubuhnya dipasung.

"Hei, kenapa ni?" Soal Darlina terpinga-pinga. Dia memegang rambutnya kerana kulit kepalanya terasa sakit.

"Kau mencuri ke?" Soal Milah yang turut berada disitu.

"Mencuri apa?" Soal Darlina tidak faham.

"Periksa poket seluar dia!" Arah salah seorang wanita di situ.

Milah terus bertindak kasar dengan menyeluk poket seluar Darlina sebelum dia menjumpai 5 utas gelang manik dalam poket seluar Darlina. Darlina pula terkejut melihat.

"Ni kau orang tengok ni! Dia ni pencuri!!" Milah menjerit. Memerah matanya melihat Darlina.

"Aku tak curi!!" Darlina mempertahankan dirinya. Sumpah dia tak mencuri.

"Kau jangan nak menipu! Kalau dah pencuri tu, mana nya nak mengaku!"

"Kenapa ni Milah?" Soal Hayati yang tiba di situ.

"Ni ha, mencuri! Konon-konon nak tengok gelang dekat gerai aku tu tadi, alih-alih mencuri! Sampai 5 utas gelang manik aku dia curi"

"Apa? Dia curi?" Hayati terkejut dan memandang ke arah Darlina.

"Aku kata aku tak curi, aku tak curi lah!" Turun naik nafas Darlina menahan marah.

"Kau nak nafikan apa lagi kalau Milah sendiri jumpa gelang tu dekat kau? Kau cakap kau tak ada duit tadi kan? Jadi nya kau mencuri? Datang ke kampung kami kau nak cari pasal pulak"

"Apa kita nak buat dengan dia ni Yati?" Soal Milah.

"Belasah dia!" Arah Hayati tanpa berfikir panjang.

Dan beberapa orang wanita yang menahan Darlina tadi terus saja memukul Darlina tanpa henti. Beberapa kali tamparan hinggap ke muka Darlina sehingga bibirnya berdarah.

"Aku tak curi!!!" Darlina menjerit dan cuba melawan. Namun kudratnya hilang bila 5 orang wanita berbadan gempal menyerangnya di situ.

"Din! Ambilkan kayu!!" Arah Hayati lagi. Hilang sudah sifat kemanusiaan dalam dirinya.

Lelaki yang bernama Din terus mencapai sebatang kayu dan diserahkan kepada Hayati.

"Datang ke kampung orang, lepas tu mencuri! Kau terimalah akibatnya. Memang layak pencuri di pukul biar beringat sikit lepas ni! Biar aku pukul tangan dia sampai patah! Ini pengajaran untuk kau!" Hayati terus mengangkat tinggi kayu ditangan nya.

Bukkkkk!!!

Namun kayu itu tidak mengenai tubuh Darlina bila tubuhnya dilindungi oleh seseorang. Darlina yang kelihatan lemah terus angkat muka sebelum dia melihat wajah Leo yang sudah merah padam memandang ke arahnya. Nampak sangat tegang wajah Leo ketika ini sehingga jelas menimbulkan urat-urat hijau di leher dan dahinya. Belakang tubuh Leo sudah luka dan berdarah.

"Apa hal ni?" Soal Yusof cemas. Pantas dia mendapatkan Leo dan Darlina di situ. Yusof turut terkejut bila mendengar bunyi kecoh berlaku di sini tadi dan dia tak sedar bila masa Leo berlari ke sini.

"Abang, abang betul-betul kenal ke siapa mereka berdua ni?" Soal Hayati bersama muka puas hati.

"Apa maksud Yati ni ?" Soal Yusof tidak faham.

"Jadi abang tak tahu lah ya? Nampaknya mereka berdua ni sedang menipu keluarga abang semata-mata nak mendapat tempat berteduh dekat kampung ni" Ujar Hayati lagi.

Semakin berkerut dahi Yusof mendengar kata-kata Hayati yang begitu memeningkan kepalanya.

"Abang tak faham" Kata Yusof.

LEO'S POSSESSION | eBookWhere stories live. Discover now