LEO 39

1.6K 154 32
                                    

"Kau ni memang anak tak guna! Pembawa sial! Menyusahkan aku!" Pukulan demi pukulan singgah ke tubuh kurusnya tanpa henti.

"Papa! Zam minta maaf pa.." Tangan naik cuba untuk menghadang libasan rotan itu dari terus singgah ke tubuhnya. Sudah berpuluh garisan yang terlakar di seluruh tubuhnya kalau dikira. Sudah menjadi parut hitam yang tak mungkin dapat dihilangkan lagi sampai bila-bila.

Namun lelaki yang bergelar ayah itu langsung tidak mempedulikan raungan si anak. Tangan nya terus ligat bekerja melibas rotan ke tubuh Azam tanpa henti. Melampiaskan segala kemarahan nya di situ. Sudah lah hidup mereka susah, ada anak pulak tak boleh nak harap untuk membantu mencari duit.

Si isteri pula hanya mampu memandang anak lelaki sulung nya itu menjadi mangsa pukulan si suami. Dia hanya duduk memeluk anak perempuan nya yang berusia 9 tahun itu. Tidak berani hendak masuk campur dikala si suami mengamuk begini. Apa sangatlah anak lelakinya yang berusia 10 tahun itu faham erti kesusahan hidup. Anak-anak nya hanya berbeza usia setahun saja kerana selepas melahirkan Azam, dia terus mengandung lagi.

"Aku tak boleh dah nak terus bela kau. Kau anak lelaki, kau sepatutnya tolong aku cari duit. Kerja. Ni tak datang kerja, sibuk nak pergi sekolah. Kalau dah bodoh tu, bodoh jugak. Tak payah terhegeh-hegeh nak sekolah. Ni satu sen gaji pun tak dapat!" Hambur si ayah semahu hatinya. Sudah tidak dipedulikan lagi kata-kata yang keluar dari ulas bibirnya.

"Azam nak sekolah papa...." Suaranya tenggelam timbul diiringi dengan esak tangis yang kuat.

"Kau ingat aku ni banyak sangat duit nak belanja sekolah kau? Cukup lah aku nak simpan duit untuk sekolahkan adik kau tu nanti. Dia perempuan. Dia yang perlu sekolah, belajar tinggi-tinggi. Nanti bila dah besar, tak ada lah dia dipandang rendah oleh lelaki. Aku nak bila dia dah besar nanti, dia didampingi lelaki yang berharta, kaya raya! Seiring dengan pelajaran yang dia ada"

Azam menangis mendengar kata-kata papa nya. Berdosa ke kalau dia pun nak jadi budak yang pandai demi masa depan nya sendiri?

"Kau tu lelaki. Nanti kalau kau sekolah pandai-pandai, buat apa? Mesti kau sibuk nak habiskan duit kau dengan betina bila dah besar nanti. Satu sen pun aku tak dapat. Ni, aku dah setuju nak jual kau dengan ketua samseng dekat bandar tu. Aku nak kau kemas semua pakaian kau nanti. Pagi esok aku hantar kau ke bandar" Putus si ayah tanpa rasa bersalah dengan keputusannya.

"Papa! Azam tak nak papa! Tolong jangan jual Azam papa! Azam tak nak berpisah dengan mama dan papa, dengan adik" Azam terus memeluk kaki ayahnya dengan erat. Merayu agak ada sedikit simpati dari si ayah.

"Argh! Sudah! Kau tu tak ada kepentingan untuk aku! Tokey cina tu nak beli kau dengan harga RM100,000.00. Takkan aku nak tolak rezeki? Nanti kau kerja dengan dia. Dia memang perlukan budak-budak macam kau untuk kerja dengan dia. Kau pun akan dapat duit. Kau jugak yang senang nanti"

"Azam tak nak papa! Tolong papa!!! Mama! Tolong Azam mama" Esakan Azam semakin kuat. Dia mahu merayu pada ibunya, namun tubuhnya disepak dengan kuat oleh ayahnya tanpa belas.

Si ibu pula hanya mampu mendiamkan diri. Menahan hati. Apalah nasib anak nya itu kelak. Dia bakal berpisah dengan anak lelakinya. Dia tidak berdaya hendak menghalang. Kelak tubuh badan nya yang turut menjadi mangsa pukulan suaminya. Dia dah tak larat nak menghadap semua itu. Dia letih. Dia penat.

Segala kata-kata rayuan si anak, langsung tidak diendahkan oleh si ayah. Betapa kejamnya si ayah. Tega menjual anak sendiri hanya kerana wang. Usianya baru 10 tahun. Apa saja yang mampu dia faham erti hidup di luar sana.

Semenjak dijual kepada tokey cina bernama James itu, hidupnya terus berubah 180 darjah. Dia disuruh mencuri, merompak, menjual dadah dan segala kerja-kerja jenayah semuanya dia buat. Seawal usia 11 tahun dia sudah mampu menyimpan wang yang begitu banyak.

LEO'S POSSESSION | eBookWhere stories live. Discover now