"Kau binatang!!!" Darlina berdiri dan meluru ke arah Leo. Dia memukul semahu hatinya dada Leo tanpa henti. Airmata sudah merembes keluar tanpa henti dari tubir matanya melihat Haris yang sudah tidak bernyawa lagi.
Leo hanya ketawa tanpa rasa bersalah sedikit pun. Dia sekadar membiarkan dada nya menjadi mangsa hentaman tangan Darlina yang tidak mahu berhenti.
"Aku dah bagi amaran pada kau kan? Kau ingat aku ni apa? Kalau kau tak kenal aku siapa, kau jangan cuba-cuba nak bermain dengan aku. Bawa dia!" Arah Leo keras.
Orang bawahan Leo terus menarik Darlina dan dibawa semula masuk ke dalam mansion.
"Kau binatang! Aku bunuh kau! Aku benci kau! Kau memang setannnnn!!!" Jeritan Darlina langsung tidak dipedulikan oleh Leo. Dia menyerahkan semula pistol kepada Charles yang setia berdiri di situ.
"Ném xác của anh xuống vực (Buang mayat dia ke gaung)" Arah Leo lagi dan dia terus berlalu pergi dari situ.
Orang bawahan Leo terus mengangkat mayat Haris dan dibawa pergi dari situ mengikut apa yang telah diarahkan oleh Leo tadi.
"Tuan Leo, kami dah dapatkan maklumat berkenaan dengan yang seorang lagi yang berjaya melarikan diri semalam. Nama dia Zed, adik Haris yang dah terbunuh. Dan yang perempuan tu nama dia Darlina Sofea. Mereka bertiga gelandangan dan kerja memang mencuri. Sejak dua tahun ini, mereka bertiga bekerja di bawah Master James. Memang selalu dah mencuri di rumah orang-orang kenamaan. Dan kecurian di mansion, adalah atas arahan Master James sendiri. Darlina ni antara yang paling Master James percaya kerana hasil kerja dia selalu menepati citarasa James. Dan Darlina juga rapat dengan seorang wanita tua yang bernama Nek Siti" Jelas orang upahan Leo selepas mereka mengorek maklumat berkenaan Darlina dan Haris.
"Darlina Sofea...." Leo menggumam perlahan bersama senyuman. Dia mengangguk perlahan.
Leo melangkah masuk ke dalam mansion. Suara jeritan Darlina yang kuat dari dalam bilik tahanan begitu menganggu ketenteramannya. Niat yang tadinya hendak naik ke bilik untuk mandi, terus terbantut. Dia melencongkan langkah kaki menghala ke bilik tahanan Darlina. Pintu dibuka kasar dan dia meluru masuk.
Darlina yang tak henti-henti menendang daun pintu, jatuh terduduk bila daun pintu di buka kasar dari luar. Melihat wajah lelaki setan itu, hati Darlina mula dihambat rasa marah yang menggila. Dia bingkas bangun dan menyerang Leo.
"Aku bunuh kau! Sampai mati, aku akan bawa rasa dendam ini dengan kau!! Kau memang kejam! Tak ada hati perut!! Kau bunuh Haris yang tak bersalah! Kau setann!!!" Darlina menyumpah tanpa henti. Dia mahu menendang tubuh Leo, namun Leo terus mencengkam kemas pergelangan kakinya menyebabkan dia terjatuh ke atas lantai. Leo mencengkam rahang Darlina dengan kuat. Dan sekali lagi, pandangan nya mula tenggelam dalam renungan tajam sepasang anak mata berwarna hazel itu. Namun cepat-cepat Leo sedarkan diri.
"Hahahahaha! Kau ingat aku ni jenis yang merasa simpati dengan orang lain? Mulai hari ini, apa saja yang aku arahkan dan suruh kau buat, kau kena patuh. Kau dah jadi hamba abdi aku! Kalau kau ingkar, cuba nak melarikan diri, kau akan terima akibatnya nanti. Tapi mulai saat ini, kau takkan mampu nak keluar dari tempat ini walaupun melangkah ke muka pintu itu sekali pun! Hidup kau, akan terkurung di sini!" Leo bertempik, dia menolak kasar wajah Darlina.
Darlina turut ketawa sinis. Dari perlahan kemudian semakin kuat.
"Aku bukan perempuan lemah! Aku sudah biasa hidup dalam keadaan yang lebih teruk dari ini. Dan aku, tak akan berdiam diri macam tu saja. Apa pun, aku tetap akan lari dari sini nanti"
"Cuba lah kalau kau dapat. Kalau kau cuba nak lari, kau jangan salahkan aku kalau lepas ni, aku bunuh yang lagi sorang tu, dengan.... Nek Siti.. kau sayang dia kan? Hahaha..." Leo terus berlalu keluar dari situ bersama sisa ketawa yang berpanjangan.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...