Leo menghampiri Charles yang duduk termenung di taman luar mansion. Dia jadi pelik dengan sikap Charles sejak beberapa hari. Sudah kurang bercakap dan menegur dia. Bercakap kalau bila perlu sahaja dan berkaitan dengan kerja. Charles seperti hendak menjarakkan diri dari dia.
"Kau ada masalah ke?" Leo berdiri sambil berpeluk tubuh memandang ke arah Charles.
Charles menoleh sekilas sebelum dia mengalih semula pandangan nya ke arah taman bunga dihadapan nya. Rahang bergerak-gerak menahan rasa. Tadi semasa dia hendak ke belakang mansion, tak sangka dia boleh ternampak aksi mesra Leo bersama dengan Darlina di dalam kolam.
Dia jadi tak puas hati bila Leo dengan semudah itu boleh mendapatkan Darlina. Adilkah untuk Darlina menerima lelaki seperti Leo ini? Lelaki yang sudah puas meniduri perempuan lain? Sangat tidak adil! Darlina itu terlalu polos dan terlalu baik untuk menerima semua ini. Darlina sepatutnya bertemu dengan lelaki yang baik, bukan lelaki seperti Leo yang hanya tahu merosakkan perempuan demi untuk memuaskan nafsunya semata-mata.
"Kenapa? Nampak aku macam ada masalah ke tuan?" Soal Charles tenang.
"Aku dah lama kenal kau Charles. Kalau ada masalah, cakap. Jangan diamkan saja"
"Aku okay" Charles ukir senyum.
"Ni aku nak bagitahu, perkahwinan aku dengan Darlina, adalah rahsia dalam mansion ini saja. Orang luar tak berhak tahu. Dan Darlina adalah orang yang aku cari dan tunggu selama ini, Charles"
Charles menoleh. Dahinya berkerut. "Maksud tuan?"
"Pemilik separuh loket owl aku tu" Leo ukir tersenyum.
Terus membesar mata Charles mendengar. Dia teringat dengan apa yang diceritakan oleh Leo kepadanya sebelum ini. Perihal loket burung hantu yang bernilai jutaan ringgit itu. Separuh lagi disimpan oleh seorang gadis yang bernama Darlin. Jadi Darlina orangnya?
"M-macam mana tuan tahu dan yakin yang Darlina tu pemilik nya? Sekarang macam-macam boleh jadi. Darlina kan pencuri. Tak mustahil kalau dia curi loket tu"
Leo tarik senyum. Tak perlu pun orang lain tahu lebih-lebih tentang siapa Darlina. Cukup lah hanya dia seorang yang tahu dan bukti itu memang jelas nyata. Kerana satu bukti yang tersembunyi itu, hanya dia yang tahu dan hanya dia yang layak melihatnya.
"Aku yakin Charles. Firasat aku tak pernah salah. Kau sendiri kenal aku macam mana"
"Jadi dengan Tuan David dan Cik Lily sekalipun, tuan tetap nak rahsiakan perkahwinan tuan ni?"
Leo angguk. "Ya, kau dan yang berada di mansion ni saja yang tahu. Andaikata kalau ada orang lain selain dari korang semua tiba-tiba tahu, bermakna ada orang yang belot dengan aku" Leo jungkit hujung bibir, tersenyum sinis.
Charles angguk. Faham dengan arahan Leo.
"Tapi kenapa nak sembunyikan? Bukankah lebih mudah kalau tuan bagitahu pada Tuan David perkara ni? Kalau Tuan David datang ke sini nanti, macam mana tuan nak dekat dengan Darlina?"
"Itu nanti aku fikirkan. Aku sembunyikan bukan saja-saja Charles. Ada sebab. Kerana sekarang ada ular berbisa yang perlu diburu dalam diam"
"Maksud tuan?"
"Nanti aku bagitahu dengan kau. Ingat pesanan aku. Sekarang, Darlina dah jadi mem besar dalam mansion ni. So please, respect her sepertimana kedudukan dia sekarang"
Charles hela nafas. Cuba menahan sabar. Jadi sekarang, dah semakin terbatas pergaulan antara dia dan Darlina. Dah tak boleh nak panggil nama macam tu saja? Kena panggil Puan? What the hell! Charles menyumpah dalam hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...