Leo dan Charles, dua-dua ketawa. Mentertawakan Darlina. Seolah-olah Darlina sedang membuat satu sketsa maharajalawak di atas pentas. Leo bercekak pinggang sambil geleng kepala berkali-kali. Lengan kemeja disingsing sehingga ke siku sehingga menampakkan ukiran tato pada tangannya. Tato berbentuk burung hantu.
"Itu kalau kau menang. Kalau aku menang, macam mana?" Soal Leo dengan wajah yang cukup sinis. Tangan diseluk ke dalam poket seluar jeans yang dipakainya.
Darlina ketap bibir. Tak, dia tak akan kalah. Dia yakin akan itu. Dia harus membawa Haris keluar dari sini dengan segera.
"Aku takkan kalah dengan kau lah lion!" Darlina berkata dengan yakin.
"Hahahahaha! Jangan terlalu yakin lah si pencuri! Aku tanya kau tadi, kalau aku menang, macam mana?" Soal Leo lagi. Jam di pergelangan tangannya dibuka dan diserahkan kepada Charles. Dia sudah bersedia untuk berdepan dengan Darlina walaupun dia tahu bila-bila masa saja nyawa Darlina boleh berakhir di tangannya. Berani nya perempuan ini hendak mencabar dia. Tak pernah lagi seumur hidupnya ada perempuan yang mencabar hendak berlawan dengan nya. Selalunya perempuan yang datang lebih rela menyerah tubuh mereka di tempat tidur. Tak ada lagi yang berani nak menentang dia sepertimana si pencuri busuk ini buat. Hebat, sangat hebat.
"Kalau kau menang, aku akan jadi hamba kau. Tapi aku mintak lepaskan kawan aku!" Entah kenapa Darlina boleh membuat perjanjian seperti itu. Dia hanya memikirkan keselamatan Haris saja sekarang ini. Dia sudah tidak peduli dengan apa yang berlaku selepas ini. Sekurang-kurangnya kalau Haris selamat, Haris boleh tolong jaga Nek Siti. Tentang dia, biarlah apa nak jadi. Dia pun sebatang kara, tiada sesiapa lagi di dunia ini.
"Wow! Kau nak jadi hamba aku? Apa saja lah pencuri macam kau ni boleh buat? Hamba aku sendiri pun terdiri dari golongan kelas atasan. Ini kan pula kau?" Ejek Leo sambil ketawa kuat. Geli hati.
"Okay, kalau kau tak setuju, kau boleh bunuh saja aku. Tapi aku minta, tolong lepaskan kawan aku nanti"
Leo angguk-angguk sambil ketawa.
"Okay. Aku setuju. Tapi sekali kau dah cagarkan diri kau, kau takkan dapat patah balik sampai kau mampus tau. Kau akan jadi hamba aku untuk seumur hidup"
Darlina pula jungkit hujung bibir. Tayang senyum senget tanpa rasa takut.
"Okay!"
Haris yang mendengar perbualan Darlina di luar sana, sudah susah hati. Apa lah yang Darlina cuba nak buat tu. Dia mengengsot perlahan menuju ke arah pintu dan mengintai di situ. Dia nampak Darlina dan Leo saling memandang tajam antara satu sama lain.
"Esok kita bertarung" Putus Leo tanpa persetujuan. Dia mahu berlalu dari situ kerana sekejap lagi 'makanan' dia untuk malam ni akan sampai ke sini. Dia mahu menikmati malam yang indah ini tanpa gangguan. Sudah dua hari dia tidak membelai tubuh seorang perempuan.
"Aku cabar kau malam ini! Aku tak nak esok!" Darlina pula bertegas dengan pendiriannya. Masanya bukan untuk dibazirkan begitu sahaja. Dia nak cepat-cepat lepaskan Haris pergi dari sini.
Terus terhenti langkah kaki Leo. Dia pusing semula tubuh dan memandang Darlina dengan pandangan yang penuh terkejut.
"Malam ini? Aku tak nak. Malam ini aku ada aktiviti yang lebih menyeronokkan untuk dibuat berbanding nak menghidu bau busuk badan kau tu"
"Aku tak kira! Kalau kau tak nak, kau pengecut!"
Leo memang pantang kalau orang kata dia pengecut. Dan tak semena-mena dia terus meluru ke arah Darlina. Namun Darlina pantas mengelak dan berlari sedikit jauh.
"Kau nak bertarung sangat kan? Baik! Jangan menyesal kalau tulang-temulang kau patah nanti!" Leo terus membuka butang kemeja nya dengan kasar. Kemeja dibuka dan dicampak ke lantai sebelum Charles tunduk mengutip kemeja Leo dan dia beredar ke tepi.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
Lãng mạnRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...