LEO 32

1.4K 158 67
                                    

15 minit yang sangat berharga! Masa yang ada jangan dipersiakan begitu saja. Pantas Darlina menukar pakaian nya. Kemeja disarung ke tubuh. Seluar jeans turut dipakai. Rambut panjangnya diikat satu. Kemudian dia mencapai beg galas dan beberapa helai pakaian disumbat ke dalam beg.

Pintu dihampiri. Tombol dipulas, Darlina menjengok keluar. Sunyi keadaan di luar. Mungkin semua dah tidur sebab letih. Charles pun tak nampak bayang sejak tadi. Charles langsung tak tegur dia hari ini. Dia pun tak tahu kenapa.

Dan dia tidak dapat hendak menerima semua ini. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia tak suka, bukan lah impian nya. Tambahan lagi lelaki yang kaki perempuan, lagi lah bukan dambaan nya. Dia tak nampak pun masa depan nya hidup bersama dengan Leo. Tak mustahil kalau Leo akan bermain asmara dengan perempuan lain dibelakang nya kelak. Kalau itu sudah memang menjadi tabiat hidup lelaki itu selama ini, mustahil dia dapat membuangnya begitu saja. Apatah lagi nak setia pada seorang perempuan, dia tak rasa Leo akan mampu untuk setia.

Darlina terus melangkah keluar dengan perlahan dan berhati-hati. Tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi tapak kaki. Terjengket-jengket dia berlari menuju ke bahagian dapur. Mak Som juga tidak kelihatan di situ. Mak Som dah tidur barangkali. Makin melebar senyuman Darlina bila tiada gangguan untuk nya meloloskan diri dari dalam mansion ini.

Apa nak jadi, jadi lah. Dia tidak peduli. Dia dah bertekad. Apa yang penting, dia harus lari dari sini sebelum dia masuk ke dalam perangkap buaya tembaga tu. Persetankan lah dengan gelaran isteri itu. Aku dah cakap aku tak nak kahwin dengan dia, aku tak suka dia, kenapa dia masih nak paksa aku. Jadi jangan salahkan aku kalau aku ambil tindakan gila macam ni.

Darlina capai tombol pintu. Mujur lah dia ada tengok kata laluan masa Mak Som buka pintu ni semalam. Terus dia hafal dan ingat. Semua pintu keluar dalam mansion ni semua guna kata laluan kecuali pintu tandas saja tak guna. Kenapa tak buat kata laluan sekali untuk pintu tandas tu? Biar tercirit depan tandas tu sebab tak sempat nak buka pintu. Entah apa-apa. Orang kaya memang macam ni ke? Takut sangat rumah kena curi la tu kan?

Hmm, aku nak curi apa ye sebelum lari ni? Tak ada apa yang menarik dekat dapur ni. Takkan nak curi senduk kuali? Buat jadi beban je nanti nak panjat tembok belakang tu. Bukan dia tak biasa pun nak panjat tembok. Masa dia bersama dengan Haris dan Zed ceroboh masuk ke sini dulu, tembok dibelakang tu jugak lah yang mereka bertiga panjat naik. Jadi dia rasa tak akan ada masalah untuk dia lari malam ni.

Biarpun kawasan belakang tu adalah kawasan hutan, dia rasa mungkin lebih baik dan mungkin lebih mudah untuk dia lari dan menyembunyikan diri nanti dari belari keluar ke jalan besar.

Sebaik saja pintu belakang berjaya dibuka, Darlina terus melangkah keluar. Kasut sukan yang dibeli masa keluar membeli-belah semalam turut dibawa bersama dan terus disarung ke kaki. Daun pintu ditutup perlahan. Darlina terhendap-hendap dan berlari di sebalik dinding sebelum dia terus menuju ke arah kolam renang dikawasan belakang.

Darlina memerhati ke sekeliling kawasan untuk memastikan dia tidak terakam oleh cctv yang ada di situ. Tapi mujur saja kawasan kolam renang tidak diletakkan cctv. Yalah, kawasan kolam renang ni kan tempat si Leo tu memadu asmara dengan kekasih-kekasih nya.

Tidak mahu melengahkan masa, Darlina terus berlari menghala ke arah tembok di bahagian belakang. Ketika dia melintasi rumah Snow, Snow terus saja mengibaskan kepaknya dengan kuat.

"Shhhhh!!" Darlina membuat isyarat kepada Snow supaya jangan bising. Kalau Snow bising, habis lah plan dia nanti.

Darlina mendongak ke atas tembok yang sedikit tinggi itu. Dia melihat sekeliling untuk mencari kalau ada yang boleh dijadikan sebagai tempat berpijak untuk dia memanjat naik ke atas. Seketika Darlina teringat ada kerusi kayu di tepi rumah Snow. Selaju mungkin dia berlari ke situ.

LEO'S POSSESSION | eBookWhere stories live. Discover now