LEO 14

1.3K 150 31
                                        


Leo hanya membuang pandang ke luar tingkap kereta sepanjang perjalanan pulang. Selepas balik dari rumah Lily tadi, dia hanya banyak mendiamkan diri. Terasa kusut kepalanya memikirkan kata-kata Idlan itu tadi. Sudah sejauh itu kedua beranak itu bertindak untuk membuatkannya menjadi tersepit dengan keadaan.

Penumbuk dihentak ke dinding pintu kereta menyebabkan Charles yang sedang memandu menoleh ke arahnya.

"Kenapa tuan?" Soal Charles sedikit hairan.

Leo ketap gigi bersama bebola mata yang bergerak-gerak menahan amarah yang menggila ketika ini. Kemudian dia meraup kasar rambutnya dan tindak-tanduk nya ini jelas menggambarkan yang dia sedang berada dalam jiwa yang sangat kusut.

"Uncle Idlan, dah mula nak desak aku berkahwin dengan Lily"

"Hah? Betul ke?" Soal Charles dengan riak terkejut.

"Pandai-pandai saja kedua beranak tu buat keputusan tanpa berbincang dengan aku. Lily tu memang melampau! Sudah berapa kali aku cakap yang aku tak ada hati nak kahwin dengan dia. Aku tak pernah cintakan dia" Leo merengus.

Charles tetap tenang memandu dan menjadi pendengar setia luahan perasaan Leo di sebelah.

"Mungkin sebab dia tengok tuan kekal setia bersama dengan Lily selama dua tahun ni, jadi dia anggap tuan serius nakkan si Lily tu" Teka Charles lagi sambil matanya melihat-lihat keluar untuk mencari gerai beger.

Tak sampai hati pula tak tunaikan permintaan Darlina. Setakat nak belanja Darlina sebiji beger paling mahal, apalah sangat. Charles tak pernah rasa macam mana rasanya jatuh cinta. Jadi kalau orang jatuh cinta, mereka akan sanggup buat apa saja ke untuk orang yang mereka cintai? Contohnya macam apa yang dia nak buat malam ini. Belikan beger yang diminta oleh Darlina? Macam ni ke rasanya mencintai seorang perempuan?

"Sudah beratus kali aku cakap dengan Lily tu, hubungan aku dengan dia hanya sekadar hubungan atas ranjang. Jangan nak melebih-lebih. Sekarang ni uncle Idlan tu dah nak libatkan uncle David untuk mencampuri urusan hubungan aku dengan Lily"

Makin terkejut Charles mendengar. Kalau Tuan David dah masuk campur, susah lah Leo hendak membantah nanti. Setinggi apa pun kuasa Leo, Leo pasti akan kalah dan tunduk dengan Tuan David juga nanti. Mana ada orang yang berani hendak melawan apa yang Tuan David kata. Tuan David tu ketua mafia terbesar di wilayah Vietnam.

"Jadi apa tuan nak buat sekarang?" Soal Charles lagi. Kemudian bersinar-sinar matanya bila ternampak gerai beger di hadapan sana. Tak pernah juga lah seumur hidupnya singgah beli beger dekat gerai tepi jalan macam ni.

Leo pasti akan membawanya makan di restoran-restoran mewah. Gerai tepi jalan macam ni bukan selera mereka.

"Aku pun tak tahu lagi lah Charles. Aku nak tumpu pada bisnes aku dengan Dato Norman dulu. Lusa aku nak serahkan Darlina pada orang tua tu"

Charles telan liur. Dan dia langsung tidak suka bila mendengar Leo membangkitkan isu hendak menjual Darlina kepada Dato Norman. Jangan sampai dia bunuh Dato Norman tu nanti. Charles sendiri sudah terbiasa membunuh. Jadi apa sangatlah kalau setakat nak membunuh orang tua gersang macam Dato Norman tu.

"Tak ada calon lain ke tuan? Biarlah Darlina bekerja jadi hamba tuan dekat mansion tu seumur hidup dia. Hasil kerja dia bagus tuan. Lumut-lumut dalam parit tu habis hilang dia sental hari tu. Licin berkilat permukaan parit tu, kalah kulit muka saya ni" Charles cuba lagi untuk membuat Leo berubah fikiran.

"Tak ada apa yang dapat mengubah apa yang dah aku putuskan" Balas Leo tetap dengan keputusannya.

Charles ketap bibir dan dia terus memandu masuk ke simpang sebelah kiri.

LEO'S POSSESSION | eBookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang