Selepas seharian kembali ke mansion, Leo langsung tidak mahu menjamah apa-apa makanan. Dia hanya duduk memerap di dalam bilik sehingga sekarang. Mak Som pula sudah risau memikirkan keadaan Leo.
Pintu kayu berukir keemasan itu diketuk berkali-kali. Masuk kali ini, sudah 4 kali Mak Som naik ke atas ini membawa makanan untuk Leo. Namun Leo tetap berkurung di dalam bilik tidak mahu keluar.
"Leo, ni Mak Som bawakan makanan. Makan sikit Leo. Nanti Leo sakit" Mak Som masih berusaha mahu memujuk.
Dia sendiri sangat terkesan dengan pemergian kedua-dua majikannya yang sangat baik hati itu. Sampai sekarang Mak Som masih susah hendak menerima kenyataan yang Tuan Ronny dan Puan Nora sudah tiada. Terlalu tragis kematian mereka. Ngeri untuk dibayangkan. Apalah perasaan Leo bila melihat kapal itu hangus terbakar di depan matanya. Walaupun jauh di tengah laut, namun Leo masih dapat melihat kepulan asap yang terhasil dari kebakaran itu.
"Is he still not coming out, Mak Som?" Soal David yang muncul di situ.
"Err tak tuan David" Balas Mak Som takut-takut.
Mak Som memang tak berapa berkenan kalau David ada di sini. Cara hidup David yang Mak Som risaukan sekarang. Dia tahu David bukan Islam. Cuma Mak Som risau kalau Leo terus membesar di bawah jagaan David, tak mustahil Leo akan terikut-ikut cara hidup David pula nanti. Sedangkan Tuan Ronny sudah berpesan pada nya supaya sentiasa memastikan Leo berada dekat dengan Allah, tidak lupa pada pegangan agamanya.
Baru sekejap David berada di sini, Mak Som sudah rasa lain macam. Riak yang terpeta di wajah David, langsung tiada riak kesedihan yang sepatutnya terpamer untuk seorang adik yang telah kehilangan abang kandungnya. Sekarang ni dapat Mak Som hidu bau minuman beralkohol yang datang dari mulut David. Tak tahu ke mana David ni pergi tadi dan baru sekarang dia balik dan muncul di sini.
"If he doesn't want to eat, let it be. When he gets hungry, he will come out on his own" Kata David tanpa perasaan.
"Tapi tuan, Mak Som risaukan Leo. Langsung tak jamah apa-apa makanan sejak balik siang tadi"
"I said to leave him alone earlier, didn't I? Why are you arguing with me, Mak Som?" David mula hendak marah sekarang ini.
"T-tapi tuan..."
"Go away Mak Som!" Arah David, keras.
Mak Som hanya mampu menuruti kata-kata David. Tergesa-gesa dia turun ke bawah dan tidak menoleh lagi sebelum David naik angin pula nanti.
"Đừng cứng đầu quá, Leo. Tôi không có thời gian để chịu đựng tính bướng bỉnh của cậu (Kau jangan nak keras kepala sangat, Leo. Aku tak ada masa nak layan perangai degil kau tu)" David menjerit di luar pintu bilik Leo sebelum dia beredar dari situ dan masuk ke dalam biliknya.
Sementara di dalam bilik itu, Leo tak henti-henti menangis mengenangkan kedua ibu bapanya. Gambar dia bersama dengan ibu bapanya dipeluk erat sejak tadi. Dia merasakan yang dirinya sudah putus asa untuk hidup. Apa lagi yang dia nak harapkan sekarang ini? Dah tiada apa lagi yang tinggal sekarang ini.
Deringan telefon bimbitnya mengalih tumpuan Leo. Skrin telefon yang berkelip itu di pandang dan dia kerut dahi seketika bila melihat nama uncle Idris muncul di situ. Setahu dia, dia tak ada menyimpan nombor lelaki itu. Serta-merta Leo teringat yang petang semalam papa nya ada meminta telefon bimbitnya. Mungkin saja papa yang memasukkan nombor telefon bimbit uncle Idris. Tidak berlengah, Leo terus menjawab panggilan itu.
"Hello uncle..." Sapa Leo dengan suara tenggelam timbul.
"Hello, assalamualaikum Leo..."

YOU ARE READING
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...