Charles mundar mandir di hadapan bilik Mak Som. Sejak sampai ke mansion tadi, hatinya gelisah tak tentu arah. Dia menunggu Darlina keluar dari bilik Mak Som. Leo sudah mengarahkan untuk membawa Darlina ke salon selepas ini.
Rambut dicengkam kuat. Terasa serba-serbi tak kena. Apa yang patut dia buat sekarang ini? Perlukah dia memberitahu Darlina? Atau perlukah dia membantu Darlina melarikan diri dari sini?
Argh!! Kenapa semuanya jadi begini bila melibatkan arahan dari Leo? Kenapa Leo tergamak sangat buat Darlina macam ni? Melihat pintu bilik Mak Som dibuka dari dalam, Charles berhenti dari mundar-mandir. Darlina muncul di situ sudah menukar pakaian kepada t-shirt longgar dan seluar tracksuit. Ada begpack di bawanya pemberian Mak Som.
Tadi Leo suruh dia bagitahu dengan Mak Som nak bawa Darlina ke rumah kebajikan. Walaupun pada mulanya Mak Som tidak setuju, namun apalah daya Mak Som nak membantah arahan Leo? Terpaksa juga Mak Som menurut walaupun dia berat hati hendak melepaskan Darlina pergi dari sini. Baru saja dia merasa bahagia dengan adanya Darlina di sini.
"Darl, kau dah siap?" Soal Charles serba-salah. Tidak sampai hati dia melihat wajah Darlina yang tidak tahu apa-apa sekarang.
"Dah. Eh betul ke si lion tu nak hantar aku ke rumah kebajikan? Kalau aku tak nak, boleh tak?"
"Kau nak ke mana?" Soal Charles pula.
"Aku nak balik ke tempat aku. Si Lion dah bebaskan aku ni pun aku dah cukup bersyukur"
Charles ketap bibir. Sebak hatinya mendengar kata-kata Darlina. Dia jadi tak sampai hati melihat wajah polos Darlina.
"Err, Darl.. Mak Som.. aku ada benda nak bagitahu ni.." Charlers melihat sekeliling.
"Apa dia Charles? Kenapa nampak macam takut-takut je ni?" Soal Mak Som mula curiga.
"S-sebenarnya, Leo bu..."
"Charles!"
Terus terhenti bicara Charles bila suara keras Leo menerjah pendengarannya. Charles menoleh dan melihat ke arah wajah merah padam Leo yang berdiri tidak jauh dari situ. Leo memberi pandangan yang penuh amaran pada nya.
"Sebenarnya apa Charles?" Soal Mak Som lagi.
"Kita kena pergi sekarang. Takut lewat pulak nanti" Leo bersuara lagi menyebabkan Charles terus kunci mulut. Leo terus berlalu ke ruang hadapan dan menunggu di situ.
"Ha ye.. Darl, jom lah kita pergi sekarang. Taku lewat sampai nanti"
Darlina mengangguk. Dia kemudian memandang ke arah Mak Som dengan pandangan yang sayu. Dia sudah jatuh sayang pada Mak Som. Mak Som sudah dia anggap macam ibu sendiri. Tak sangka pulak malam ini jugak si lion tu nak bebaskan dia dan nak hantar dia ke rumah kebajikan. Tapi tak apalah, kemudian lah dia fikirkan apa yang perlu dia buat seterusnya. Asalkan dia boleh lepas dari tempat neraka ni. Lepas dari si lion tu pun dah cukup baik.
"Mak Som, terima kasih sebab sudi sayangkan Darlin selama Darlin ada dekat sini. Darlin minta maaf kalau banyak susahkan Mak Som, kalau Darlin ada terkurang ajar ke apa, ampunkan Darlin ya. Lepas ni Darlin akan rindukan Mak Som"
Mak Som sudah menangis. Dia terus menarik Darlina ke dalam pelukan.
"Nanti Mak Som pun akan rindukan Darlin jugak. Jaga diri baik-baik dekat sana ya. Kalau Mak Som ada kesempatan, nanti Mak Som lawat Darlin dekat sana" Mak Som leraikan pelukan dan dia mengesat airmata di pipi Darlina.
Darlina ukir senyum.
"Pakaian yang Mak Som bagi tu, pakailah nanti. Jaga baik-baik. Kalau rindu dengan Mak Som, tengok lah pakaian tu nanti"

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...