Charles berjalan santai menghala ke belakang mansion. Hari ini dia tidak mengikut Leo ke pejabat. Sejak dua menjak ini, Leo lebih banyak berurusan dengan Spy. Sepertinya Leo seakan tidak memberi kepercayaan kepadanya lagi. Nafas dihela perlahan.
Dia berhenti di tepi kolam. Pandangan di tala ke tengah kolam renang yang berkocak tenang itu. Sesekali bibir mengeluh kecil. Mengenangkan khidmatnya yang sudah menjangkau usia 6 tahun menjadi orang kanan yang paling dipercayai oleh Leo. Selama bekerja dengan Leo, dia memang senang hati dan tidak pernah mengeluh walau sedikit pun.
Kenapa sejak dua menjak ini banyak saja masalah yang berlaku. Seakan banyak benda yang berantakan. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Seketika telinga Charles menangkap bunyi suara orang ketawa di tepi mansion. Lantas dia menoleh dan mula mengorak langkah ke situ.
"Snow, kau ni manja macam kucing lah. Kau ni burung ke kucing?" Darlina ketawa suka sambil mengusap bulu Snow di situ. Snow pula nampak mesra dan manja bila dibelai Darlina begitu.
Charles berhenti tidak jauh dari situ sebaik saja matanya menangkap figura Darlina berada dalam rumah Snow. Bibir diketap dan dia menunduk untuk seketika. Kepala di angkat semula lalu dia mengatur langkah mendekati rumah Snow.
Gelak ketawa manja Darlina menghiasi halwa telinganya. Charles ukir senyum kecil. Suka bila melihat Darlina ketawa begitu. Nampak berseri-seri saja wajahnya. Tapi, dia dah tak mampu nak menggapai Darlina lagi. Terlalu tebal garisan yang memisahkan antara dia dan Darlina sekarang ini.
"Owwtt! Owwtt!"
Snow melihat keluar. Darlina turut melihat keluar.
"Eh, kau Carut"
Charles angguk dan tersenyum. Dia melangkah dan berdiri di pintu rumah Snow sambil memerhati Darlina yang leka mengusap bulu Snow.
"Puan buat apa ni?"
Terus berkerut dahi Darlina mendengar bahasa panggilan Charles yang kedengaran agak pelik itu. Snow terus diletakkan ke atas palang kayu dan dia menghampiri Charles.
"Kenapa kau panggil aku macam tu? Geli lah telinga aku dengar"
"Kau kan dah jadi isteri tuan. Jadi aku kena panggil kau puan"
Darlina melangkah keluar dan menghala ke arah paip untuk mencuci tangan. Darlina hela nafas sebelum dia pusing tubuh melihat Charles yang turut mengekorinya.
"Tak payahlah nak panggil aku macam tu. Aku ni bukan siapa-siapa pun. Aku ni pencuri, gelandangan. Kau lupa ke? Aku nak terus jadi kawan kau"
"Mana boleh macam tu Puan Darlina"
"Hisy! Kalau kau masih nak panggil aku macam tu, aku tak nak lah cakap dengan kau lagi" Darlina protes dengan muka masam. Dia melangkah ke arah kawasan kolam renang dan berdiri di situ.
"Nanti tuan marah aku lah kalau panggil kau guna nama macam tu je. Sepertimana aku hormat tuan, seperti itu jugalah aku kena hormat dengan kau" Charles berdiri di sebelah Darlina sambil berpeluk tubuh.
"Kenapa? Penting sangat ke semua kedudukan ni? Aku tak suka. Aku sedar asal usul aku dari mana. Dah lah, aku tak nak cakap lah pasal ni. Kau tak ikut abang kerja ke hari ini?" Darlina bergerak mencapai penyapu. Mahu menyapu bunga-bunga yang bertaburan di sekitar tepi kolam.
"Tak. Tuan suruh aku duduk jaga mansion je hari ini. Kau buat apa ni Darl?"
"Tak nampak ke aku pegang apa ni?" Darlina menjeling geram.
"Lah, kau kan mem besar dekat mansion ni. Kenapa kau nak buat lagi semua kerja ni. Nanti tuan marah kalau dia tahu"
"Alah, aku bosan lah Carut tak ada buat apa-apa. Biarlah aku keluarkan peluh ni" Darlina tetap menyapu bunga-bunga yang bertaburan disitu.

YOU ARE READING
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...