10 tahun yang lalu.. *flashback*
Tuan Ronny berkali-kali mengerling jam di tangannya. Leo yang turut sekali mengikut ayahnya pagi ini, sekadar ukir senyum melihat wajah gelisah papa nya yang seperti cacing kepanasan sejak tadi.
"Tại sao bố trông có vẻ lo lắng vậy? (Kenapa papa nampak gelisah saja ni?)" Soal Leo sambil menyedut minuman Mocha Latte di dalam gelas nya. Baru semalam dia habis menduduki peperiksaan SPM dengan jayanya.
"Bạn của bố vẫn chưa đến. Lúc nãy anh ấy nói rằng đã đang trên đường (Kawan papa ni ha, tak sampai-sampai lagi. Tadi katanya dah dalam perjalanan)"
"Kejap lagi sampai lah tu agaknya. Istimewa sangat ke kawan papa ni sampai nak kenalkan dengan Leo ni?" Soal Leo ingin tahu sebab papa nya begitu mendesak mahu memperkenalkan dia dengan lelaki yang bernama Idris itu.
"Istimewa sangat. Papa nak Leo kenal dengan dia, anak dia dan seluruh ahli keluarga dia. Mana lah tahu kalau suatu hari nanti kita boleh merapatkan lagi pertalian kekeluargaan kita dengan keluarga mereka. Mereka keluarga orang yang baik-baik" Kata-kata Tuan Ronny penuh makna.
Leo sekadar ukir senyum mendengar kata-kata papanya.
"Ha itu dia dah sampai!" Teruja Tuan Ronny bila melihat Idris sudah muncul di situ.
Dia risau kalau tak sempat berjumpa dengan Idris kerana pagi esok dia akan berlayar bersama dengan isterinya menaiki kapal laut untuk pulang ke Vietnam. Kapal itu adalah milik empayar nya yang sudah dia bangunkan hampir 15 tahun lamanya. Dan dia sudah pun mewasiatkan segala harta dan empayar nya kepada Leo beberapa hari sebelum ini kerana dia tidak mahu hartanya jatuh ke tangan orang yang salah nanti. Lebih-lebih lagi adiknya, David.
"Tuan Ronny, sorry I'm late" Idris hulurkan tangan dan mereka terus berjabat tangan seperti biasa.
"No, it's okay Idris. Have a seat" Pelawa Tuan Ronny dan mereka terus duduk.
Seketika mata Tuan Ronny tertumpu ke arah seorang budak perempuan di sebelah Idris. Dia dapat agak mungkin itu anak Idris.
"Your daughter?" Soal Tuan Ronny.
"Ya, my daughter. Darlina Sofea. Darlin, ni uncle Ronny" Idris memperkenalkan Darlina kepada Tuan Ronny.
Darlina ukir senyum sebelum dia menghampiri Tuan Ronny dan bersalaman dengan lelaki itu. Tuan Ronny ukir senyum dan mengusap kepala Darlina dengan lembut.
"She's beautiful, I guest maybe she is just like her mom. Berapa tahun umur dia?" Soal Tuan Ronny lagi.
"12 tahun. Yang ni, sudah tentu anak bujang Tuan kan? Raphael Leo?" Teka Idris lagi. Nampak sangat segak anak lelaki Tuan Ronny ni, saling tak tumpah wajah Tuan Ronny sendiri.
"Ya betul. Raphael Leo. Just call him Leo. Leo baru habis SPM semalam. Leo, ni uncle Idris, dan ini anak dia, Darlina Sofea"
"Hai uncle" Leo terus bangun dan bersalaman dengan Idris.
"Hai. Handsome betul, just like his papa" Puji Idris sambil tersenyum.
"Hai abang Leo" Darlina menghampiri Leo dan ukir senyum buat lelaki itu.
"Hai budak kecik" Sapa Leo kembali. Comel je si Darlina ni. Baby face sangat muka dia walaupun umur dia dah 12 tahun.
"Abang Leo handsome lah. Jadi boyfriend Darlin boleh tak?"
"Darlin.. cakap apa tu sayang? Sini.." Idris menegur. Darlina ni memang sejenis petah bercakap. Kalau tak dilarang, mahunya melarat budak ni cakap yang bukan-bukan.
YOU ARE READING
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...