Leo terus mengeluarkan pistol dari dashboard keretanya. Sebelah tangan kanan mengawal stereng, sebelah tangan kiri berpegang pada kepala kerusi yang diduduki oleh isterinya. Sesekali Leo menoleh ke belakang. Ada beberapa buah kereta yang mengekori mereka di belakang.
Dumm!!!
"Arghhh!!" Hampir saja dahi Darlina terhantuk pada dashboard kereta akibat dari perlanggaran yang tiba-tiba saja datang dari arah belakang. Mujur saja Leo pantas menghadang tangannya di situ untuk menghalang dahi isterinya dari terhantuk di dashboard.
"Sayang, pegang kuat-kuat!" Leo menyelit di celah-celah kereta di hadapannya selagi boleh. Dia tidak mahu merisikokan keselamatan isterinya dalam keadaan yang sangat membahayakan seperti ini. Bagaimana Master James dan Ricky boleh tahu keberadaan nya malam ini?
Bang! Bang! Bunyi tembakan masih lagi kedengaran dan Leo harus cekap untuk mengelak tembakan itu.
"A-abang, kenapa mereka tembak kita? Siapa tu abang?" Soal Darlina cemas.
"Ricky dengan Master James"
"Hah!?" Darlina terus menoleh ke belakang. Dia nampak beberapa buah kereta sedang mengejar mereka.
"Kenapa mereka serang kita? Nak balas dendam ke?"
"Tak" Sepatah jawapan yang meluncur keluar dari ulas bibir Leo. Tangan masih cekap mengawal stereng kereta.
"Jadi, kenapa?"
"Mereka nak dapatkan sayang semula"
Terkedu Darlina mendengar. Dia menoleh lagi ke belakang. Adakah Zed ada bersama di belakang sana?
"Untuk apa?" Darlina keliru.
"Loket sayang tu. Sebab tu abang pesan jaga loket tu elok-elok. Master James tahu pasal loket tu sebab tu dia suruh sayang curi separuh lagi loket dari abang. Tapi abang tak tahu macam mana Master James boleh tahu abang ada simpan loket tu. Selama sayang bekerja dengan dia, sayang pernah tunjukkan loket sayang dekat dia tak?"
Darlina geleng kepala. "Tak pernah. Darlin memang sentiasa sembunyikan dalam baju"
Leo angguk. "Selain dari Master James? Kawan sayang yang dua orang tu?"
Darlina cuba untuk mengingati semula. Kawan dia hanyalah Haris dan Zed. Dengan Haris tak pernah, tapi dengan Zed.. terus Darlina pekup mulutnya dengan mata membulat luas.
"Dengan Zed. Tapi bukan Darlin yang tunjuk. Dia sendiri yang tiba-tiba tarik rantai ni keluar dari baju Darlin"
"So, that's it. Zed!" Leo ketap gigi. Rahangnya bergerak-gerak sambil mata tak lepas dari memerhati cermin pandang belakang.
Kereta mereka masih kejar-mengejar di atas jalanraya. Leo menurunkan cermin tingkap dan sepantas kilat dia melepaskan tembakan ke belakang. Dan tembakan itu tepat mengenai tayar salah sebuah kereta orang-orang Ricky menyebabkan kereta itu terus hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan.
"Tapi, masa tu Zed sendiri yang ikut Darlin mencuri. Takkan lah dia nak khianat.." Darlina berkata perlahan. Entah kenapa kolam matanya terasa hangat bila mengenangkan Zed. Betul ke Zed nak perdajal dia tanpa dia sedar malam tu?
"Itu plan dia sayang. Bila sayang dah berjaya bawa keluar peti besi tu, dia akan rampas peti tu dari sayang dan dia dah rancang nak bunuh sayang. Dalam masa yang sama, dia cuba nak belot dengan Master James. Tapi hajat dia tak kesampaian. Dia sakit hati bila sayang tak dapat lepaskan dari abang lepas sayang berjaya bawa keluar peti besi tu. Sebab tu dia langsung tak datang nak selamatkan sayang dengan Haris semula masa tu"

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...