LEO 33

1.7K 197 54
                                        

Okaylah, kita sambung.. :) jgn sedih2..  pejuang2 OG, tahniah kerana masih bertahan. Harap kisah Leo dan Darlin ni akan menjadi kisah kegemaran semua.

*********************



10 tahun masa sia-sia begitu saja. 10 tahun dia merindui tanpa batas. 10 tahun nama gadis comel itu tak pernah terpadam sedikit pun dari hatinya. 10 tahun dia merindu orang yang dianggap telah tiada, tapi hakikatnya masih hidup. Dan sekarang berada dalam dakapannya. Sudah menjadi isterinya yang sah. Tangisan Leo sedikit reda sebelum dia lepaskan pelukan.

Wajah kebingungan Darlina menyapa ruang matanya. Ya Allah, takdir apa kah yang engkau aturkan untuk aku ini? Kenapa ianya terlalu indah untuk diterima? Ibu jari mengusap airmata yang membasahi pipi mulus Darlina. Walaupun berkali-kali Darlina mahu menepis jarinya, namun dia tetap mahu mengesat airmata jernih itu agar tidak terus mengalir keluar.

"Darlin.. 10 tahun masa berlalu macam tu saja.. abang mati-mati ingatkan Darlin dah tak ada.. k-kenapa pengakhiran nya boleh jadi begini? Kalau abang tahu Darlin masih hidup malam tu, abang akan pergi dapatkan Darlin. 10 tahun Darlin hidup menderita tanpa arah tuju..." Anak rambut yang menutupi wajah Darlin diselak ke tepi.

"Kau cakap apa ni?" Soal Darlina tidak faham. Tangan nya kejap menutup dadanya yang terdedah.

"Maafkan abang kalau abang berkasar.." Jemari Leo menyentuh butang kemeja Darlina dan dibutangkan semula. Seluar Darlina yang terlondeh tadi turut dinaikkan semula ke atas untuk menutupi pahanya yang terdedah.

Rantai leher Darlina ditarik keluar dari dalam baju. Direnung lama. Rupa-rupanya Darlina berada di depan matanya selama ini. Patut lah dia rasa kenapa Darlina selalu menghantui mindanya sejak Darlina hadir ke dalam hidupnya. Rupa-rupanya ini lah si comel yang pernah selamatkan dia dulu. Si comel yang sudah bertakhta dalam hatinya selama 10 tahun ini.

"Darlin memang tak dapat ingat ke dari mana Darlin dapat rantai ni?" Soal Leo lagi. Mungkin saja kerana tekanan hidup menjadikan Darlina begini. Dia jadi lupa pada kisah silam nya. Lagi pula Darlina baru berusia 12 tahun ketika kejadian pahit itu berlaku. Dia masih lagi seorang kanak-kanak kecil. Dan tentu saja semua ini sukar untuk diterima oleh Darlina.

Darlina kerut dahi. Dia ingat-ingat lupa. "Aku hanya ingat abah yang bagi rantai ni"

"Betul abah yang bagi. Tapi Darlin tak tahu ke rantai ni dari siapa?" Soal Leo lagi.

Darlina geleng kepala. Dia memang tidak dapat hendak mengingati kisah silam zaman kanak-kanak nya.

"Kejap" Leo bangun dan menghampiri peti besi yang terletak di dinding biliknya. Kata laluan dibuka sebelum dia mengeluarkan satu lagi peti besi kecil yang disimpan di situ dan dia kembali menghampiri Darlina yang duduk di atas katil.

Darlina hanya memerhati peti besi di tangan Leo. Peti besi yang pernah dia curi sebelum ini. Dia sendiri tak tahu apa sebenarnya isi dalam peti besi itu.

"Tu kan peti yang aku nak curi sebelum ni"

Leo ukir senyum dan dia mengangguk. "Ya betul"

"Apa dalam tu?" Soal Darlina ingin tahu.

Leo terus saja membuka peti besi itu sebelum dia mengeluarkan seutas rantai yang berloketkan separuh badan burung hantu.

Tergamam Darlina melihat. Dia terus saja memegang rantai lehernya, kemudian melihat ke arah rantai leher di tangan Leo. Kenapa nampak macam sama? Nampak macam badan burung hantu yang terpisah.

Leo terus menanggalkan loket burung hantu itu. Rantai leher ditangan Darlina di ambil, dan dia terus saja mencantumkan badan burung hantu yang sudah sekian lama tidak sempurna itu, menjadi sempurna kembali hari ini.

LEO'S POSSESSION | eBookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang