Darlina terus berlari keluar dari bangunan supermarket Giant. Berkali-kali dia menoleh ke belakang dan tiga orang lelaki tadi masih lagi mengejarnya. Dia melihat ke kiri dan ke kanan untuk mencari tempat bersembunyi.
Keadaan jalanraya agak sesak dan sedikit menyukarkan pergerakan. Darlina terus membelok menghala ke arah hujung bangunan. Kalau dia dapat mencari tempat bersembunyi nanti, dia akan telefon Charles untuk memaklumkan keberadaan nya.
"Itu dia! Tangkap dia cepat!" Suara lelaki yang mengejarnya tadi kedengaran.
Darlina menoleh ke belakang. Semakin cemas jadinya bila jumlah penyangak itu sudah bertambah menjadi 6 orang. 3 orang lagi muncul dari arah luar.
"Argh! Sial betul!" Darlina menyumpah geram. Dia terus berlari menyusuri laluan pejalan kaki di tepi jalan.
Charles mencari-cari kelibat Darlina. Pemicu pistol ditarik sebelum dia ternampak Darlina sudah berlari jauh di hujung sana. Pantas Charles meneruskan lariannya untuk mengejar.
Damn! Sungguh Charles risau sekarang ini. Risaukan keselematan Darlina. Bagaimana kalau Leo tahu nanti? Sedangkan Leo bermati-matian melindungi Darlina.
Darlina masuk ke kawasan belakang bangunan yang agak sunyi. Kawasan tempat pembuangan sampah. Dia melihat ke kiri dan ke kanan untuk mencari tempat bersembunyi. Namun, tak sempat dia hendak buka langkah, rambutnya ditarik dari belakang menyebabkannya terus menjerit di situ.
"Mana kau nak lari hah!?" Cengkaman pada rambut Darlina sangat kuat. Berkerut-kerut muka Darlina menahan rasa sakit. Tangan nya rakus memukul tangan lelaki yang mencengkam rambutnya itu tanpa henti.
"Lepas lah! Setan betul! Kau nak apa hah!? Aku dah cakap tadi aku tak ada harta! Aku ni pencuri lah bodoh! Bukan anak orang kaya!"
"Hahahaha! Bos kami nakkan kau. Kau kena ikut kami" Lelaki itu terus menarik Darlina bila sebuah kereta Mercedes hitam muncul di situ.
"Aku tak nak! Kau bodoh!" Darlina meronta-ronta sambil kakinya tak henti-henti memijak kaki lelaki yang mengheretnya itu.
Pintu kereta di tempat duduk belakang terus dibuka. Tubuh Darlina terus ditolak masuk ke dalam.
"Hello sayang... kita jumpa lagi"
Darlina menoleh. Terbuntang matanya melihat muka lelaki tua itu. Dia tak akan pernah lupa muka lelaki tua ini. Lelaki yang hampir saja meragut maruah dirinya dulu. Tapi sekarang mata lelaki itu ditutup dengan kain di bahagian sebelah kiri. Dah serupa macam lanun.
"Setan!! Lepaskan aku!!!" Darlina mahu membuka pintu namun telah dikunci.
Bang! Bunyi tembakan mengenai bumbung bahagian luar atas kereta.
"Jalan! Jalan!" Dato Norman terus mengarahkan pemandunya segera pergi dari situ.
"Darl!!!!" Semakin kencang larian Charles dibelakang mahu mengejar kereta yang sudah bergerak pergi dari situ. Semakin tidak tentu arah hatinya bila melihat Darlina sudah dibawa pergi oleh kereta hitam yang dia belum dapat nak pastikan siapa pemiliknya.
Charles cuba mencari jalan pintas untuk membolehkannya mengejar kereta yang sudah semakin menjauh itu. Tembakan sekali lagi dilepaskan namun tersasar. Dia tidak boleh membiarkan kereta itu terlepas. Darlina berada dalam bahaya. Memang jahanam mereka ini semua. Bagaimana mereka tahu keberadaan mereka hari ini? Adakah itu tadi orang-orang Ricky ataupun orang-orang Dato Norman? Charles semakin penasaran. Dia benar-benar bimbangkan keselamatan Darlina.
Sementara di dalam kereta itu, Darlina masih berusaha mahu membuka pintu dan mahu terjun keluar. Namun tubuhnya dipeluk kuat oleh Dato Norman. Dia benar-benar geli dan serasa mahu saja kakinya naik ke muka orang tua tak sedar diri ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...