Tak berkelip mata Darlina sebaik saja kereta yang dipandu oleh Leo masuk ke arah kawasan pantai dan naik ke atas bukit. Sebuah rumah mewah tersergam indah di situ.
"Ni rumah siapa?" Soal Darlina sebaik saja Leo memberhentikan keretanya di hadapan penthouse itu.
Leo ukir senyum. "Jom turun" Leo terus membuka pintu dan melangkah keluar. Dia kemudian terus berlari ke sebelah dan membukakan pintu untuk Darlina. Jemari Darlina terus dicapai dan dipimpin masuk ke dalam penthouse berwarna kelabu cerah itu.
"Cantiknya...." Darlina ternganga. Lebih kurang besar macam mansion Leo juga. Tapi kenapa tak ada orang dekat sini.
"Cantik? Sayang suka?" Soal Leo ketika mereka sudah melangkah masuk ke dalam. Penthouse yang sudah dilengkapi dengan perabot mewah. Hanya perlu masuk bawa diri saja lagi.
"Suka. Cantik sangat rumah ni. Sunyi je. Tak ada orang ke tinggal dekat sini?"
"Ini rumah sayang"
Mulut yang tadi ternganga, terus tertutup. Anak mata mencari wajah suaminya. Mahu mengesahkah apa yang didengarinya tadi.
"R-rumah Darlin?" Darlina menunjuk ke arah dirinya sendiri.
Leo angguk. "Ya, rumah sayang"
"T-tapi buat apa rumah besar macam ni?" Darlina terus berjalan mendekati sofa yang tersusun elok di situ. Disentuh dan diusap perlahan. Mata masih mahu memerhati sekitar rumah mewah ini.
"Ini pemberian ikhlas dari abang. Abang nak sayang hidup selesa dan tenang dekat sini" Leo menghampiri Darlina. Pinggang Darlina dipaut dan dipeluk erat.
"Darlin tak perlukan semua ni. Darlin dah biasa hidup susah" Darlina menunduk. Segan bila berada serapat ini dengan Leo. Nak nak pula Leo peluk dia rapat sangat macam ni. Terasa hembusan nafas hangat suaminya menampar wajah.
"Kalau dulu sayang dah biasa hidup susah, biar sekarang abang senangkan sayang pula. Ini kan tanggungjawab abang untuk sediakan keperluan nafkah untuk sayang. Banyak dah abang belajar dari pakcik google tau tentang tanggungjawab suami. Abang tak nak ambil sambil lewa dengan semua tu"
"Pakcik google? Siapa tu?"
Leo tertawa. "Pakcik goole pakcik penyelesai segala persoalan dan masalah. Macam ni" Leo terus membuka skrin telefon bimbitnya dan ditunjukkan kepada Darlina.
Darlina turut melihat ke situ. Melihat suaminya menaip sesuatu di situ. "Apa tu?"
"Ni abang nak tanya dengan pakcik google, macam mana cara nak tunjukkan rasa sayang seorang suami pada isteri. Nanti sayang boleh buat macam ni dekat iPhone sayang" Leo tersengih.
"Eh, ada ke macam tu? Telefon ni dapat jawab ke?" Soal Darlina dengan muka tidak percaya.
"Dapat. Apa pulak tak dapat. Ni sayang tengok apa dia jawab. Cuba sayang baca. Sayang masih pandai baca kan?"
Darlina angguk. Membaca yang asas-asas tu dia masih ingat lagi. Cuma sedikit lambat dan perlahan bait-bait ayat yang mampu dibacanya.
"Err dia cakap, suami kena selalu peluk isteri.. haaa?" Darlina terus tekup mulutnya sambil memandang ke arah Leo yang sudah tersengih-sengih.
"Lagi sayang, baca lagi.."
Darlina melihat kembali ke arah skrin telefon bimbit Leo.
"Suami kena... kena selalu cium isteri" Terus Darlina tutup mulutnya dengan kedua tapak tangan.
"Ajaran apa dia bagi ni?"
"Ajaran apa pulak sayang? Memang betul lah tu. Lagi apa dia cakap?"
"Yeke ni?"

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...