LEO 30

1.4K 154 19
                                    

Leo menunggu Darlina di luar pintu mansion. Dia sendiri akan menghantar Darlina ke Hotel Purnama pagi ini untuk menghadiri kursus pra perkahwinan di situ. Sebaik saja tamat kursus nanti, dia akan terus membawa Darlina ke pejabat agama untuk majlis pernikahan mereka. Dia tidak mahu membuang masa lagi. Dia sudah siap mengenakan baju melayu nikah berwarna 'peach'. Tema pilihan dia ketika memilih baju nikah mereka di butik tempoh hari. Majlis pernikahan hanya diadakan secara tertutup. Hanya dihadiri oleh Mak Som dan orang-orang Leo sahaja.

Darlina muncul di muka pintu. Nampak ayu mengenakan baju kurung moden berwarna senada. Kepalanya pula ditutupi dengan tudung bawal berwarna senada. Wajah pula disolek nipis. Hasil tangan Mak Som sendiri. Mak Som dan beberapa orang-orang bawahan nya termasuk Charles akan menyusul petang nanti sebelum majlis akad nikah bermula.

Terpaku Leo di situ melihat penampilan Darlina yang begitu menawan kalbu. Pertama kali dia berdiri di sisi wanita yang berpakaian sopan dan ayu begini walaupun ini bukan penampilan harian Darlina. Tapi dia nampak lebih cantik bila bertudung begini.

Darlina pula tayang muka masam. Jelingan maut diberikan kepada Leo sebelum dia menyarung kasut wedges setinggi dua inci itu ke kakinya. Ikutkan hati, nak je dia pakai selipar jepun. Lagi selesa. Pakai kasut tinggi-tinggi macam ni buat sakit kaki je.

"Aku dah sudah ni. Kau tunggu apa lagi?" Sekilas, Darlina turut memerhati penampilan Leo hari ini. Segak mengenakan baju melayu berwarna senada dengan nya, bersamping hitam keemasan dan bersongkok. Semuanya Mak Som yang siapkan. Jadi mak andam Mak Som hari ini. Mujurlah masa muda-muda dulu Mak Som biasa juga menghias pengantin di kampung nya.

Leo tersengih. "Kau cantik sangat hari ni" Puji Leo ikhlas.

Darlina mencebik. Tak makan dengan pujian. Dia marah dan sakit hati. Semua benda di paksa. Dia tak rela dan tak suka.

"Nak naik kereta mana ni?"

"Oh, tu" Leo menunjuk ke arah sebuah kereta mewah Lamborghini di sebelah sana.

"Kereta banyak-banyak ni kau nak buat apa je sebenarnya? Yang nak guna kau sorang je" Darlina membebel. Dia menghala ke arah kereta yang ditunjukkan oleh Leo.

"Nanti aku bagi sebijik dengan kau. Kau cakap je nak yang mana" Leo menunjuk lagi ke arah kereta Porche, Ferrari, Ford Mustang yang terparkir di situ.

"Hisy, tak ingin lah aku. Kau pakai lah sorang. Bukak lah pintu ni. Kenapa kereta ni ada dua pintu je?"

Leo menghampiri Darlina. Handle kereta terus ditarik dan pintu dinaikkan ke atas.

"Dah nama nya kereta sport. Memang untuk dua orang je. Untuk kau dan aku. Hehe"

Darlina menjeling geram sambil berpeluk tubuh.

"Dah berapa orang perempuan duduk dekat kerusi ni?" Soal Darlina tiba-tiba.

"Kerusi ni masih suci murni. Tak pernah ada lagi perempuan yang duduk dalam kereta ni. Kau yang pertama" Leo berkata bersungguh-sungguh.

"Tak payah lah kau nak temberang. Berlagak lah kau kan bawa kereta macam ni, ada awek seksi naik duduk sebelah kau. Sedap raba sana, raba sini" Ejek Darlina dengan mimik mukanya sekali.

"Sedap nya mulut kau mengata aku ya. Tunggu kau malam nanti. Aku ajar mulut kau tu nanti. Aku tak temberang lah. Kalau kereta yang tu, betul. Aku mengaku, dah macam-macam perempuan yang naik dan duduk dalam tu" Leo menunjuk ke arah kereta Ferrari berwarna kuning itu.

"Ah, aku tak percaya lah dengan kau ni. Kau ni penipu besar!"

"Yelah. Penipu besar pun penipu besarlah. Yang penting aku cakap benar. Aku tak tipu. Dan aku takkan bawa kau naik kereta yang tu, okay sayang? Puas hati?"

LEO'S POSSESSION | eBookWhere stories live. Discover now