Bergerak-gerak bebola mata Leo memandang Charles yang turut memandangnya di situ. Kemudian matanya dijatuhkan pula pada Darlina yang sedang meronta-ronta dan berusaha mahu melepaskan diri dari pelukannya.
"Ai cho phép bạn đưa anh ấy ra khỏi phòng đó? (Siapa benarkan kau bawa dia keluar dari bilik tu?)" Soal Leo, garang. Dibiarkan saja Darlina meronta-ronta dan memijak kakinya, namun dia langsung tidak melepaskan tubuh Darlina yang tenggelam dalam pelukannya.
Charles sedikit gugup. Dia mati-mati ingatkan Leo dah tidur tadi. Macam mana Leo boleh turun ke bawah ni? Budin ke yang bocor rahsia? Nanti kau Budin! Tak guna! Charles menyumpah dalam hati.
"Nói đi! (Cakaplah!)" Leo bertempik kuat menyebabkan Charles dan Darlina terkejut.
"Heh, kau ni kenapa jerit-jerit? Lepaskan aku lah Lion!" Darlina masih galak memijak kaki Leo tanpa henti.
"Errr... chính tôi đã đưa anh ấy ra ngoài (Aku sendiri yang bawa dia keluar)" Balas Charles perlahan.
"Tại sao bạn tự ý làm tất cả những việc này? Bao nhiêu lần tôi phải nói với bạn, đừng có tốt với anh ta quá? (Kenapa kau memandai-mandai buat semua ni? Berapa kali aku nak cakap dengan kau, jangan nak layan baik sangat dengan dia ni?)" Soal Leo lagi, masih tidak puas hati. Sakit betul matanya melihat kemesraan Charles dan Darlina tadi. Boleh lagi bergurau-senda dekat depan rumah Snow ni. Nasib baik lah Snow berbunyi tadi. Dan dia tahu, Snow memang berbunyi untuk memaklumkan dengan dia pasal Charles dan Darlina berada di sini.
"Tôi chỉ đưa anh ấy đi ăn burger ở đây thôi (Aku sekadar bawa dia makan burger dekat sini)" Mata Charles langsung tak kalih melihat Darlina yang berada dalam pelukan Leo. Entah kenapa dia merasa cemburu dan sakit hati saat ini.
"Đây là lời cảnh báo cuối cùng cho cậu, Charles! Đừng tự ý đưa anh ấy ra khỏi phòng đó mà không có sự cho phép của tôi! (Ini amaran terakhir untuk kau, Charles! Jangan pandai-pandai nak keluarkan dia dari bilik tu tanpa pengetahuan aku!)" Leo memberi amaran keras.
Charles hanya mengangguk dan menunduk menerima arahan dari Leo walaupun dia tak nak terima sebenarnya.
"Tak pe, biar aku hantar dia masuk semula ke bilik kurungan tu" Charles mahu mendekat dan menarik Darlina, namun tangan kekar Leo tetap menjadi penghalang untuk Charles mencapai dan menarik Darlina ke arahnya.
"No need!" Leo terus menarik Darlina dari situ dan dibawa masuk semula ke dalam mansion.
"Tak payah lah pegang-pegang. Aku boleh jalan sendiri lah!" Darlina kerut muka dan masih menolak tubuh Leo yang melekat dengan tubuhnya.
"Kau diam!" Marah benar Leo sekarang.
Marah ke cemburu? Leo sendiri keliru dengan perasaan nya. Kenapa dia beria-ia marahkan Charles tadi? Apa yang dia tahu, dia benar-benar tidak suka melihat apa yang berlaku antara Charles dan Darlina. Sakit matanya melihat adegan kejar-mengejar itu tadi.
Darlina terus ditarik dan ditolak masuk ke dalam bilik kurungan sebelum Leo pantas menarik dan menutup pintu bilik. Dan automatik pintu itu akan terkunci dengan sendirinya.
Helaan nafas kasar begitu menjerut dirinya saat ini. Dia berdiri dengan bercekak pinggang di situ sebelum dia kembali beredar dan naik ke tingkat atas. Pintu bilik dibuka kasar. Leo labuhkan duduk di birai katil. Berkerut-kerut mukanya sambil tapak tangannya menyentuh dada kirinya yang terasa pedih.
Dia kemudian bangun dan membuka peti besi sederhana besar yang melekat di dinding sebelum dia mengeluarkan peti besi kecil yang satu lagi di dalamnya. Dia labuhkan semula duduknya di birai katil. Peti besi kecil itu dibuka dan seutas rantai berloketkan separuh burung hantu menyapa ruang mata. Rantai itu diambil dan di renung lama-lama.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...