LEO 31

1.2K 144 17
                                    

Leo terus memarkir keretanya sebaik saja tiba dihadapan pejabat agama. Sekarang sudah pukul 4.50 petang. Bukan main laju dia pecut tadi sampai nak termuntah-muntah Darlina dibuatnya. Leo menoleh di sebelah. Dia tertawa kecil melihat Darlina yang kelihatan seperti orang mabuk.

"Kau okay tak ni? Kita dah sampai. Jom lah kita kawin" Ajak Leo tak sabar.

"Aku pening ni tau tak. Yang kau pergi bawak kereta macam nak terbang tu kenapa!?" Marah Darlina.

"Alah, aku nak cepat sampai. Dah janji dengan tok kadi kita nikah pukul 5 petang. Jom lah keluar. Tu Mak Som dah tunggu dengan Charles tu" Leo terus membuka pintu dan melangkah keluar dari perut kereta.

Dia berlari ke sebelah. Membuka pintu untuk Darlina dan menanti Darlina melangkah keluar. Melihat Darlina yang terhuyung-hayang, segera dia memaut lengan Darlina agar Darlina tidak terjatuh.

"Kau okay tak ni?" Risau pula Leo dibuatnya.

"Okay lah. Tak payah la pegang" Darlina menepis tangan Leo.

"Sempat lagi tu nak jual mahal. Kita nak tolong pun tak boleh"

"Aku masih boleh berjalan. Bukannya aku kudung kaki" Selar Darlina.

"Yelah. Janganlah membebel. Aku kejap lagi nak lafaz akad. Kang aku gigil satu badan. Kau patut beri semangat pada aku"

"Tak ingin lah aku" Darlina terus berjalan ke depan meninggalkan Leo di situ.

"Eh sayang, laju nya jalan. Dah tak sabar ke tu?" Leo terus mengejar langkah Darlina.

Masuk ke dalam pejabat, mereka terus dibawa masuk ke dalam sebuah bilik yang menjadi tempat untuk upacara akad nikah dijalankan. Pertama kali Leo dan Darlina menjejak kaki di sini. Mak Som pula terus menemai Darlina dan sempat juga Mak Som touch up sedikit make up Darlina yang sudah pudar. Gincu yang berwarna merah jambu cair dioles ke bibir Darlina supaya tidak nampak terlalu pucat. Nanti kalau nak tangkap gambar, nampak lah berseri-seri.

Kedua-dua pengantin diminta untuk mengisi borang. Jurunikah terus menyemak borang dan selepas memastikan semuanya lengkap, acara akad nikah terus saja dimulakan. Leo sudah berpeluh-peluh. Tak sangka pulak perasaan gemuruh ni datang menyerang. Memang macam ni ke rasanya bila lelaki nak melafaz akad nikah? Kena serang dengan darah gemuruh tak henti-henti.

"Pengantin lelaki dah bersedia ke?" Soal jurunikah kepada Leo.

"Dah encik"

"Pengantin perempuan?"

Darlina tidak menjawab. Dia ketap bibir. Dia tak rela, macam mana nak cakap bersedia.

"Pengantin peremuan macam mana?" Soal jurunikah bila dia melihat Darlina tidak menjawab pertanyaan nya tadi.

"Darlina, pegawai tu tanya Darlina sedia ke tak?" Mak Som menegur separa berbisik.

Leo pula terus menoleh ke belakang. Sedikit sebanyak dia merasa tidak sedap hati melihat reaksi Darlina. Memang dia sorang saja yang beria-ia sekarang ini, tapi Darlina tidak. Memang nampak dia pentingkan diri sendiri, tapi soal hati dia, dia tak mampu nak bantah. Dia nak jadikan Darlina milik dia walau apa pun halangan nya. Walau Darlina membantah sekali pun, dia akan ketepikan semua itu asalkan Darlina menjadi milik dia.

"Ha, ya, ya, sedia" Darlina menjawab dalam keterpaksaan.

Jurunikah angguk.

"Kalau macam tu, kita mulakan saja akad sekarang"

Leo angguk. Hatinya berdebar-debar sekarang ini. Dup dap dup dap. Rasa macam nak pergi berperang pun ada. Badan pula rasa panas kerana berpeluh padahal suhu dalam bilik ni dah cukup sejuk.

LEO'S POSSESSION | eBookWhere stories live. Discover now