LEO 6

1.2K 132 10
                                    

"Sampai bila kau nak menganggur ni Idlan?" Soal Idris selepas mereka menikmati makan malam tadi.

Idlan mendengus kasar.

"Kenapa? Kau rasa aku ni beban ke duduk dalam rumah kau yang besar dan luas ni?" Soal Idlan tidak puas hati.

"Bukan macam tu maksud aku. Kau tu ada anak bini nak kena bagi makan Lan. Dah 5 bulan kau duduk terperap je dekat rumah ni. Carilah kerja" Nasihat Idris sambil memicit pelipisnya perlahan.

"Kau tu abang aku. Tapi kenapa kau tak nak bantu aku? Syarikat tu cukup besar dan luas. Takkan langsung tak ada jawatan yang kau boleh beri dengan aku?" Bidas Idlan tidak puas hati.

Idris mendengus kasar. Dia geleng kepala perlahan.

"Kau lupa ke apa yang kau pernah buat sebelum ni? Kau pernah diberi peluang bekerja di syarikat tu, tapi apa kau buat? Kau songlap duit syarikat sampai beratus ribu. Teruk aku kena menjawab dengan semua pihak. Kau tak tahu betapa susah payahnya aku nak kena ganti balik duit yang kau dah makan tu. Kau ingat semudah itu ke aku nak ambil kau bekerja balik di syarikat tu walaupun kau adik aku?" Tempelak Idris geram.

"Aku tahulah itu salah aku. Aku terdesak perlukan duit masa tu. Tapi takkan lah kau tak boleh beri peluang kedua untuk aku?" Idlan cuba merayu. Sudah lama dia idamkan mahu mendapat jawatan yang tinggi di syarikat abang nya itu.

"Aku bukan tak nak bantu kau. Tapi pihak pengurusan syarikat tu dah blacklist nama kau. Jadi aku tak nak bersikap berat sebelah. Aku kena berlaku adil dengan semua pihak. Kau kalah judi, tapi kau guna duit syarikat tanpa kebenaran untuk bayar hutang kau!" Idris bertegas dengan pendiriannya.

"Kau ni memang berkira dengan aku. Kau dah lupa ke amanah arwah mak dengan ayah suruh kau jaga aku dengan baik? Tapi ini ke cara kau jaga aku, hah!?" Idlan memekik tidak puas hati.

"Kalau kau tu masih kanak-kanak, aku boleh terima lagi untuk jaga kau. Tapi sekarang kau tu dah ada keluarga sendiri, dah ada tanggungjawab. Kau kena usaha sendiri. Kau bukan tanggungjawab aku lagi" Idris turut bertempik kuat di situ.

"Kau...."

"Abah...." Suara halus Darlina mematikan perbualan antara Idris dan Idlan.

"Eh, sayang abah. Sini.." Idris terus menarik tubuh Darlina ke dalam pelukannya.

"Abang Leo dah balik ke?" Soal Darlina dengan suara serak. Lena betul dia tidur sepanjang hari ini sebab kesan ubat bius yang masih tidak hilang ketika dia menerima rawatan di hospital tadi.

"Lama dah abang Leo balik sayang. Kenapa?" Idris mengusap rambut anaknya penuh kasih. Hanya Darlina satu-satunya anak yang dia ada. Isterinya mengalami masalah kesihatan dan doktor tidak sarankan isterinya mengandung lagi kerana boleh menyebabkan kandungan isterinya berrisiko tinggi.

"Tak sempat Darlin nak jumpa abang Leo" Darlina mencebik. Mahu menangis.

"Janganlah nangis. Nanti ada masa kita jumpa dengan abang Leo lagi ya" Idris memujuk. Kemudian dia baru teringat dengan rantai yang diberikan oleh Leo tengahari tadi. Lantas rantai yang masih tersimpan dalam poket seluarnya itu di keluarkan dan diserahkan kepada Darlina.

"Ni, abang Leo bagi untuk Darlin. Sebagai tanda terima kasih dia sebab Darlin dah selamatkan dia pagi tadi"

Darlina memandang seutas rantai berwarna emas putih di atas tapak tangan Idris. Perlahan jari halusnya terus mengambil rantai itu dan diangkat tinggi di hadapan matanya.

"An owl?" Soal Darlina pada Idris.

Idris hanya mengangguk. Apa yang dia tahu dari cerita Tuan Ronny, Leo sangat sukakan burung hantu dan Leo pernah berhajat mahu memelihara seekor burung hantu di mansion mereka. Namun isterinya menegah kerana kata isterinya burung hantu itu menyeramkan. Jadi Leo terpaksa lupakan saja niatnya yang satu itu.

LEO'S POSSESSION | eBookWhere stories live. Discover now