Setibanya di perkarangan kelab persendirian milik Leo, Charles terus memberhentikan kereta di tempat parkir yang memang dikhaskan untuk Leo. Enjin kereta dimatikan sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam kelab. Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 5 petang.
Leo melilau sekeliling sambil ulas bibirnya ukir senyum melihat para pelanggan yang sudah mula mengunjungi kelab nya petang ini. Nun di sana dia ternampak Dato Norman sedang bermesra dan berpelukan dengan dua orang perempuan yang berpakaian tak cukup kain. Bagi Leo, itu perkara biasa untuk dia. Lantas langkah kaki di atur menghampiri ahli perniagaan itu yang masih tidak menyedari kedatangan nya. Charles mengekori di belakang Leo.
Kelab ini sudah 3 tahun beroperasi. Mulanya Leo hanya tubuhkan untuk menjadi tempat hiburan orang-orang bawahan nya sahaja. Tapi ada pula permintaan dari golongan VVIP mahu jadikan kelab ini sebagai kelab persendirian khas untuk mereka berhibur sambil ditemani oleh perempuan-perempuan sebagai peneman untuk berhibur.
Demi wang dan kuasa, Leo akur saja menurut permintaan pelanggan nya.
"Hello Dato" Sapa Leo sambil berdiri di tepi sofa yang diduduki oleh Dato Norman. Dato Norman ni sejenis lelaki tua tak sedar diri. Tak padan dengan tua tapi nafsu mengalahkan nafsu kuda. Agaknya Datin Serina tak tahu perangai jalang Dato Norman ni. Kalau si Datin tu tahu, memang perang besar agak nya.
"Eh, Leo.. you dah sampai. Sorry, I tak perasan" Dato Norman ketawa senang bila tubuhnya tak henti-henti dibelai oleh dua orang perempuan muda yang duduk di kiri dan kanan nya.
Leo labuhkan duduk di sofa yang bertentangan dengan Dato Norman. Kaki kanan kemudian dinaikkan ke atas kaki kiri dan dia kemudian menyalakan rokok dan disedut perlahan. Mata galak memerhati gelagat Dato Norman yang seakan kemaruk saja di situ. Nafsu dah membuak-buak la agaknya tu.
"So Dato, macam mana dengan persetujuan kita untuk bekerjasama nanti?" Soal Leo sambil membuang abu rokok ke dalam bekas abu. Asap rokok dihembus perlahan ke udara.
Charles memanggil pekerja bar untuk membawakan minuman wain untuk Leo.
"Seperti yang I cakap hari itu, asal you boleh sediakan ada pucuk muda, I on terus dengan perjanjian tu. You dah cari belum apa yang I nak tu?" Soal Dato Norman memandang Leo.
"Kalau aku bawa perempuan muda untuk Dato, berapa yang Dato nak share dengan aku saham syarikat Dato tu?" Soal Leo lagi. Dia sudah membayangkan share saham syarikat Dato Norman yang bakal diperolehinya kelak.
"I dengan rela hati akan share sebanyak 30% dari jumlah saham tu, Leo. Dan you tahu kan yang I ni bukan jenis yang mungkir janji. Asalkan apa yang I nak, I dapat. Kalau you setuju, kita buat perjanjian sekarang"
Leo menyedut habis rokok di tangannya sebelum puntung rokok ditonyoh ke dalam bekas abu rokok. Kemudian dia sandarkan tubuh sambil tertawa kecil.
"Okay deal. Aku akan bawa perempuan muda yang Dato nak tu"
Charles terus melihat ke arah Leo. Berkerut-kerut dahinya mendengar kata-kata Leo. Dan entah kenapa hatinya mula merasakan sesuatu. Adakah Leo sedang mencagarkan Darlina sekarang ini? Benarkah? Kalau benar, dia pasti tidak akan setuju. Darlina terlalu baik dan polos untuk dijadikan sebagai alat jual beli.
"Wah! Jadi you dah ada calon? Confirm masih bergetah?" Bersinar-sinar mata Dato Norman mendengar jawapan Leo.
Leo angguk. Dan dia yakin akan itu.
"So bila Dato nak perempuan tu?" Soal Leo lagi.
"Lusa bawa dia. Tempat macam biasa, dekat Sun Club. Dan I nak dia didandan cantik-cantik nanti sebelum you hantar dia pada I. I nak dia ada depan mata I tepat jam 9 malam"

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...