Charles terus berlari masuk ke dalam mansion untuk mencari Mak Som. Nak minta Mak Som pinjamkan pakaian untuk Darlina. Tak tahu lah kenapa dia baik hati sangat nak ambil berat pasal Darlina ni. Tak sanggup nak biarkan Darlina berjemur dekat tepi kolam tu nak tunggu sampai pakaian dia kering. Kang jadi ikan masin pulak minah tu nanti.
Leo kekal memerhati Darlina dari jauh. Segala gelagat si pencuri itu dia perhati tanpa lepas. Masih terbayang-bayang raut wajah bersih milik Darlina tadi. Not bad jugak rupanya si pencuri tu. Cantik. Boleh tahan! Dan... ehem. Leo berdehem kecil. Tapi, perempuan kelas macam tu bukan taste dia. Kalau untuk dijual atau dijadikan barang cagaran untuk bisnes dia, mungkin si pencuri berguna nanti.
Kebetulan pula dia teringat dengan tawaran Dato Norman tempoh hari. Persetujuan untuk menjadi rakan kongsi share saham syarikat dengan syarat kalau dia boleh carikan 'pucuk muda' untuk orang tua itu. Mulanya dia nak tawarkan Lily, tapi orang tua itu tak nak sebab dia tahu Lily tu dah puas kena tebuk dengan jantan. Bukan setakat Leo seorang saja. Dato Norman nak kan yang masih fresh dan bergetah. Dan saat ini, syaitan mula menghasut akal Leo untuk melakukan kerja terkutuk itu.
Leo bukan lah menjalankan perniagaan jual beli wanita. Tapi kalau ianya melibatkan syarat demi untuk mengembangkan empayar perniagaan nya, dia akan buat juga. Cuma tidak selalu. Dan ini kali kedua ada permintaan sebegitu dari klien yang mahu bekerjasama dengan dia. Sebab semua rakan bisnes sedia maklum akan kuasa dan kemampuan Leo bagaimana. Apa saja arahan yang keluar dari mulutnya, tak pernah tak tertunai. Dan sekarang ini, si pencuri itu yang menjadi perhatiannya.
Jemari mengetuk dagu berkali-kali sambil matanya tak lepas dari memerhati Darlina yang masih berdiri di sana.
"Sayang..."
Tumpuan Leo terganggu bila tangan Lily menjalar dari belakang dan memeluk tubuhnya. Ciuman dari ulas bibir perempuan itu berlabuh di pipi nya.
"Yes baby" Leo mendongak dan mengucup sekilas ulas bibir Lily.
"I nak kena balik lah. Ada rehearsel untuk catwalk petang ni. Lusa I nak fly ke Dubai untuk fashion show dekat sana. You tak nak ikut I?" Soal Lily dan dia beralih duduk di atas riba Leo.
"Oh ya? Lusa you pergi? How long?" Soal Leo pula. Jemarinya galak mengusap paha Lily yang terdedah.
"Maybe dalam 3 weeks. Lama tu. Jom lah ikut I sayang. Boleh kita honeymoon sambil bercuti. Nanti I rindu lah dengan you.." Lily merengek dengan harapan Leo akan bersetuju. Leo tu lubuk emas dia. Mana mungkin dia nak lepaskan Leo begitu saja. Ayahnya awal-awal sudah memberi amaran padanya. Walau apa pun yang berlaku, pastikan Leo tidak terlepas dari tangan nya.
"Sorry baby, I can't. Banyak kerja I nak kena uruskan. Lagi pun I baru nak mulakan projek dengan Dato Norman" Leo ukir senyum sekilas.
"Hmmm, jadi memang tak boleh nak ikut I lah ni?" Lily mula hendak merajuk.
"I'm sorry sangat-sangat. Memang tak boleh baby. Ni melibatkan keuntungan empayar I. I tak nak rugi. Nanti you jugak yang senang kan?" Leo mencuit dagu Lily menyebabkan ulas bibir Lily tersenyum lebar.
"Yah, I know. Sebab tu I sayang sangat dengan you. Sayang, tak boleh ke you pertimbangkan untuk kita ikat hubungan ni dengan perkahwinan? Sampai bila nak macam ni? Ayah dah bising lah. I tak tahan nak dengar!"
"Oh please Lily. Jangan berbicara soal perkahwinan dengan I. You tahu apa jawapan I"
"But why? Kita pun dah tak ubah macam suami isteri. Jadi ada baik nya kita jadi suami isteri dalam erti kata yang sebenar" Lily mendesak lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...